Assalamualaikum semua. Aku kenalkan diri sebagai Althea. Terima kasih FS kerana sudi siarkan ceritaku lagi. Kepada pembaca-pembaca setia FS, terima kasih kerana sudi membaca dan selalu memberi sokongan atas cerita-ceritaku sebelum ini. Ini memberi aku semangat untuk terus bercerita tentang pengalamanku yang selalu berdepan dengan perkara-perkara mistik.
Allah lebih tahu, mungkin ini ujian aku.
Berkenaan pengalamanku kali ini, mungkin ini adalah pengalaman pertama yang memberi kesan pada aku. Kerana pengalaman inilah aku sedar, di sinilah bermulanya semua. Maaf jika agak panjang. Mungkin dahulu aku dah pernah berdepan, cuma tak terbuka mata hati untuk melihat. Lagipun dulu aku terlampau lagha dan agak sosial terutama bila melibatkan muzik.
Pengalaman ini terjadi bermula semasa awal tahun 2012. Aku baru sahaja selesai proses penceraian yang sebenarnya dah lama tertangguh. Hampir 2tahun sebelum ini, aku dan bekas suamiku sudah pun duduk berasingan. Saat ini, aku bekerja di sebuah syarikat IT di kawasan Selangor. Memandangkan aku tinggal sendiri, aku lebih selesa menyewa bilik sahaja di sebuah condo. Agak mahal juga kerana bilik master dan sekali dengan bilik air yang besar. Tapi aku selesa dan rasa selamat dengan aspek keselamatan tempat itu, dan kerana kriteria pekerjaanku, aku jarang berada di rumah kecuali waktu malam dan hujung minggu. Manakala anakku tinggal di kampung bersama ibu bapaku. Kebiasaannya dua minggu sekali aku akan pulang luangkan masa bersama anakku.
Pada mulanya, aku bekerja dengan syarikat ku itu, dengan selesa. Bermula pada bulan march 2012 aku mula jadi malas bila tiba waktu pagi nak masuk bekerja. Kadang-kadang tidurku sehingga tidak sedar apapun. Yang menjadi masalah, bila malam aku tidak dapat lelapkan mata. Nak masuk subuh baru boleh tidur. Pada awalnya, memang tak nampak ketara kerana aku memang selalu tidur lewat dari kecil tapi kalau aku terlewat tidur, aku pasti bangun bila alarm berbunyi. Dan jenis aku, kalau terlewat sangat nak sampai subuh tak boleh tidur, pasti aku takkan tidur langsung. Aku boleh sahaja kerja terus dan cuma tidur hari selepasnya. Dan yang paling tak best, aku ni suka sangat mimpi tak elok. Mula-mula taklah keterlaluan sangat, lama-lama makin melampau. Masa time ni aku memang tak taula kenapa selalu mimpi camtu. Selepas berubat beberapa kali, aku memang ada baca itu jin asyik.
Tapi pada masa ini, memang rasa ketara sangat sehingga bos aku yang cukup baik mula bertanya-tanya. Banyak kali dah dia tolong cover aku dari big boss. Kononnya aku ke tempat client. Lagipun, jenis kerja aku agak fleksibel. Kami boleh bekerja dari rumah kerana kebanyakan kerja aku hanya melibatkan online dan sistem komputer sahaja. Tapi tak sedapla, kalau seminggu dah sampai 3hari aku tak masuk pejabat. Lepas dua bulan tu, aku memang rasa lemau sangat-sangat. Bila lepas asar je aku ‘segar’. Duduk bersendirian dalam bilik empat segi tu, walaupun besar, aku memang merasakan seperti ada yang bersama-sama aku. Mula nak runsing masa tu. Orang utara kata ghonsoi.
Pernah suatu malam tu, aku jadi terkaku. Biasanya bila aku rasa macam kurang best, aku akan pasang ayat-ayat ruqyah sambil ikut-ikut sendiri. Malam tu rasa tak best yang terlebih dari biasa. Sunyi sangat aku rasa. Housemate lain pon tak berbunyi apa-apa. Jadi aku cepat-cepatla pasang mp3 ruqyah di handphone. Boleh pulak keluar error, this type of media cannot be played. Tak ke sengal tu, beribu-ribu kali dah aku pasang sebelum ni. Masa ni aku memang dah baring di katil. Aku jadi kaku la kan, sebab sunyi sangat. Jantung berdebar-debar teruk. Aku baca bismillah 5, ayat qursi. Time nilah tingkap rumah aku diketuk-diketuk. Bukan bunyi macam tangan, tapi bunyi halus macam bunyi kuku yang panjang. Haish, tegak je mata aku pandang ke atas sambil kuatkan bacaan. Sambil tu, aku cuba nak kol mak bapak aku. Asyik tak lepas je kol aku. Tak mustahil padaku jin pun pandai bab teknologi. (Bab teknologi ni, memang aku tak ragu-ragu dah sekarang. Ada yang lebih hebat dari kita). Perasaan ni berhenti lebih kurang kul 4pagi camtu. Aku paksa tidur dan terlena akhirnya.
Jadi aku nekad minta cuti lama sikit dari bos aku yang baik tu, untuk pulang ke kampung. Cuba untuk pergi berubat atau bertanya pada yang pakar. Mak dan bapakku adalah memanggil ustaz-ustaz di masjid berdekatan rumah. Kebetulan mereka tu aku memang kenal dan agak baik dengan keluargaku.
Pengalaman pertama aku berubat, aku memang tak ada rasa takut langsung. Ustaz tu mula membaca ayat-ayat Al Quran. Mulanya aku rilek lagi. Entah kenapa tiba-tiba aku menangis sendiri. Teresak-esak teruk sampaikan basah kain baju kurung aku. Aku sedar je semua tu. Lepas pada tu dia bagi air dan aku rasa segar. Dia pesan aku untuk buat pendinding. Dia beritahu mak bapakku, aku ini memang diganggu. Esoknya aku rasa kembali runsing.
Jadi kalini, mak bapak aku bawak pulak ke Darussyifa. Okey, hampir sama pengalaman dengan ustaz tadi, tapi kali ni ustaz ni, push lagi. Kali ni bukan menangis je, aku mula meronta-ronta. 2 3 orang ustaz pegang aku termasuk bapak dan adikku. Masa time tu memang sakit aku rasa sentuhan ustaz tu. Sedangkan dia tak tekan pun. Tapi sayangnya tak ada dialog apa-apa. Ada tiga org ustaz pada masa tu. Lepas dah reda, 2 orang dari ustaz tu macam berbincang bisik-bisik. Aku namakan mereka Ustaz Rahim dan dan Ustaz Dolah. Mereka buatkan air penawar. Mereka pesan pada aku, aku kena kuatkan semangat. Lawan balik. Solat dan zikir jangan tinggal. Dia cakap kes aku ni banyak campur tangan. (Masa time ni aku tak faham maksud campur tangan) yang penting aku kena dinding diri sekuat-kuatnya. Ok fine, start dari ni aku tahu aku kena mula beribadat.
Memang dah patut dari dulu tapi aku yang lalai. Walaupun masih banyak tanda tanya, aku kuatkan semangat. Mulanya masih tertinggal-tinggal jugak. Pulangnya aku ke Selangor, aku bekerja macam biasa. Aku boleh bekerja seperti biasa walaupun ada hari yang mula datang lemau. Aku mula mengikuti video-video di internet mengenai ustaz-ustaz yang mengubat benda-benda mistik ni. Aku tahu aku masih ‘sakit’. Sesuatu dalam diri aku mengatakan aku belum sihat sepenuhnya. Salah seorang ustaz yang agak terkenal, dekat dengan area rumahku. Jadi aku berhasrat berjumpa dengan beliau.
Aku namakan beliau Ustaz M. Ustaz M ni sangat busy orangnya. Jadi satu-satunya masa aku dapat curi untuk berjumpa dengan beliau, adalah pada masa beliau membuka satu booth di sebuah karnival. Aku sampai di tempat karnival dengan seorang sahabat aku, Mila. Aku dan Mila cuma berdiri sahaja di depan booth itu melihatkan Ustaz M dengan pekerja-pekerjanya berada di pentas kecil dalam booth itu. Sesi bersama Ustaz M ni, dia akan panggil ke pentas tu siapa-siapa yang nak minta dia ‘scan awal’. Setiap kali dalam 5 orang camtu la. Time ni, aku dan Mila cuma perhatikan sahaja dari kawasan penonton. Aku nak tengok dulu macam mana orang-orang yang pergi ke pentas tu. Ade la dua tiga orang yang muntah-muntah atau marah-marah. Kemudian, dia sebut last call sebab dah nak dekat senja. Jap lagi dah nak maghrib pulak kan. Aku kata pada diri, ah pegi jela. Aku dah datang dari jauh ni. Entah bila-bila pulak berkesempatan. Malu pun ada sebab ramai yang akan tengok, tapi aku gagahkan jugak.
Ada la sedikit rasa berdebar-debar. Dia bacakan sekaligus untuk kami 5 orang ni. Mulanya, aku ok je. Tak ada rasa ape-ape. Kemudian lama sikit Ustaz M berhenti depan aku. Dia macam hembus di kepala aku. Saat tu, aku rasa lain macam. Mula aku mendengus. Dalam keadaan sedar tapi tak terkawal anggota aku, aku mula duduk seperti orang bersilat. Staff Ustaz M start pegang aku. Kira pesakit-pesakit lain mula beredar. Tinggal la aku seorang masa tu. Kali ni berbeza sedikit aku rasa dari masa-masa aku dirawat dulu. Aku macam rasa energy yang berbeza. Kerana aku tidak melawan. Tak ada rasa sakit atau apa pun. Tapi Ustaz M tengok aku, tak berbuat apa pun. Tidak pula cuba berdialog atau apa-apa. Cuma dia minta staffnya azankan aku sahaja. Aku berdiri tegak sahaja. Masa staff tu azankan aku, dia pesan dalam padaku, kembali pada diri cik. Cik kena kuat. Bila aku dah reda kepada keadaa asal, dia pesan suruh datang ke HQ Ustaz M.
Terus-terang aku katakan, aku jadi terpinga-pinga. Mungkin kerana tiada dialog apa-apa seperti yang selalu aku tengok di video. Sejak dari rawatan kedua yang aku pergi haritu, macam tak ada apa-apa pun susulan dari Ustaz-ustaz ni bila aku ‘berubah’. Bila aku pulang ke kampung untuk berjumpa semula dengan Ustaz Rahim dan Ustaz Dolah, barulah aku tahu kenapa.
Aku ceritakan pula kejadian semasa perjumpaan ini. Memang aku telefon Ustaz Dolah dan Ustaz Rahim secara peribadi untuk merawat aku. Ditemani dengan ibu bapa dan adik-adikku, mereka pun memulakan bacaan ruqyah seperti biasa. Agak lama kali ini, aku ok sahaja. Kemudian, mereka tanya aku rasa apa-apa tak. Masa itu, memang normal je rasa. Mereka menyuruh lagi supaya aku minta pada Allah dalam hati segala apa yang aku ingin tanyakan. Memang masa ini, aku bercakap dalam hati sambil Ustaz-ustaz itu membaca ruqyah, “Ya Allah, kau tunjukkanlah kebenaran. Aku takut duduk dalam runsing dan kegelapan. Dan aku takut berasa was was.”
Tidak lama selepas itu, aku seperti menghela nafas yang dalam secara tiba-tiba. Posisi aku yang sedang duduk bersimpuh bertukar bersila. Dan tangan kananku menegak ke dada. Aku merasakan diriku seperti kebal. Keluargaku mula memandang sesama sendiri. Ya, aku sedar semua ini berlaku cuma aku tidak mengawal keadaan ini. Bermulalah dialog pertama sekali.
Ustaz Dolah: Assalamualaikum.
Aku: Waalaikummussalam
Ustaz Dolah: Boleh kami tahu, tok ni siapa?
(Tak tahulah macammana dia tahu nak gelarkan tok tu pulak. Tapi dia berpengalaman, mungkin dah biasa)
Aku: Aku di antara penjaga-penjaga cucu ini.
Ustaz Dolah mula bersuara sedikit keras.
Ustaz Dolah: Ceritakan kenapa dengan cucu ini? Kenapa tidak dijaga, kalau betul tok penjaganya.
Aku: Dia sendiri tidak menjaga dirinya. Yang jadi padanya bukan dari kami. Itu semua tingkah lakunya yang mengundang makhluk lain. Dan ada satu barang kiriman. Jangan tanya kiriman dari siapa.
Ustaz Rahim: Jadi macammana pada pendapat tok sebenarnya? Cucu tok ni tersiksa?
Ibu bapaku hanya melihat sahaja, masih banyak persoalan.
Aku: Ada dua perkara di sini. Hal barang kiriman sudah kami selesaikan. Yang makhluk berminat padanya, hanya dia mampu usir sendiri. Dengan bekalan ibadahnya dan zikir-zikir. Dia akan tahu bagaimana bila tiba masanya.
Ustaz Dolah: Tak boleh buangkan terus ke tok semuanya? Dia masih baru berhijrah.
Aku: Tak boleh, itu proses dia. Perlu dari sekarang. Masa hadapan, lagi besar dugaan dia.
(Aku dengar yang ni, memang buat aku risau)
Dia ada amanah lain selain dr amanah yang sedia ada.
Ustaz Dolah: Baik tok, kami faham. Lagi satu, sebenarnya penjaga-penjaga cucu ini dari sebelah siapa?
Aku: Dari dua-dua keturunan berkumpul padanya. Ada sebab yang kemudiannya dia akan dapat petunjuk sendiri.
Ustaz Dolah: Baiklah kalau camtu, harapnya tok betul la. Assalamualaikum tok.
(Ustaz Dolah suruh aku istighfar dan selawat)
Aku: Waalaikummussalam
(Perlahan-perlahan aku rasa hilang kebal tapi sedar sepenuhnya)
Saat ini Ustaz Dolah dan Ustaz Rahim mula bertanya pada ibu bapaku tentang salasilah keturunan mereka. Memang aku ini sebenarnya anak, cucu dan cicit sulung bagi semua. Moyang-moyangku dari ibu bapaku juga berkawan baik dari muda. Kiranya ibu bapaku juga berkahwin atas persahabatan kedua-dua belah moyangku ini. Ibu bapa moyang-moyang ini merupakan antara kerabat raja dari Gangga Negara dan Kesultanan Acheh.
Tapi diingatkan, aku tidak membesar dalam kerabat raja-raja. Kehidupan kami sama sahaja seperti yang lain. Cuma masa kecil aku biasa berjumpa dengan Sultan dan kerabat-kerabat raja tempat kelahiranku yang selalu melawat arwah nenekku semasa hidupnya. Ya, aku beruntung dapat berjumpa semua moyang-moyangku semasa kecil.
Ustaz Rahim bertanya lagi jika kami ada menyimpan barang-barang lama di rumah milik arwah moyang-moyangku seperti alat-alat kebesaran raja. Ibu bapaku menjawab tidak ada kerana mereka ingat kata moyang-moyangku itu, mereka tidak mahu ada benda-benda yang melambangkan kebesaran. Masa aku kecil, memang aku pernah nampak peralatan-peralatan emas dan tembaga. Rasanya bila aku masuk darjah-darjah semua tu dah tak ada.
Ustaz Dolah menoleh ke arahku. Dia tanyakan jika aku mendengar semua yang diperkatakan oleh ‘tok’ itu tadi. Aku menggangguk. Jadi dia nasihatkan aku untuk terus istiqomah dan perbanyakkan ibadah dari sebelumnya. Ustaz Dolah berfirasat bahawa akan ada perkara-perkara yang menantiku kemudian. Amal harus cukup untuk ujian yang lebih besar. Jika ditanya secara peribadi, aku masih terkejut dan tak boleh bayangkan ujian apa lagi kerana sekarang pun aku tak mampu nak tangani. Sekali lagi, aku cuma mengangguk akur.
Ya alhamdulillah sejak dari hari itu, runsing aku kekurangan. Perasaan malas dan tidur tak sedar pun hilang. Tapi kalau aku tertinggal solat ke ape, mula lah rasa macam tak best keliling aku. Yang bagusnya, ini macam nak pastikan supaya aku tak tinggal solat dahla. Aku beringat sikit la. Yang timbul masalah adalah, aku hidup dalam keadaan tertanya-tanya. Aku ni berdosa ke ye? Kira aku ni macam membela ke eh? Time tu pulak, kalau orang sebut saka je, mesti kata kita membela dan syirik. Aku cuba kuatkan hati, supaya apa terjadi pun, pertolongan sejenis apapun semua dari Allah.
Aku memang nekad untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung buat freelance sahaja untuk syarikatku. Telahku hantar notis sebulan. Bos kecil dan bos besar juga bersetuju. Dan kebetulan, owner condo tu sebenarnya mahukan condo tu semula. Good timing sebenarnya.
Dan suatu hari, aku terjumpa kawan lama masa awal sekolah menengah dulu di kawasan rumahku di Selangor. Aku terserempak di kedai makan. Dia memang duduk sebelah condo aku jugak dah hampir 3 tahun. Pelik betul kami tak pernah berjumpa. Nak dijadikan cerita, Allah susun kami berjumpa hari tu.
Nama kawanku ini adalah Azah. Dia seorang pengurus jualan besar di sebuah syarikat media tersohor. Boleh dikatakan dia ni orang kuat la, sebab selalu jadi top employee every year. Sejak pada hari tu, aku rapat semula dengan Azah seperti masa sekolah. Dia pun tidak berkahwin lagi. Jadi agak mudah kami ini melepak-lepak dan luangkan masa. Dan pengalaman bersama Azah selepas-selepas ini, benar-benar membuka mata. Akan ku sambung pengalaman ku bersama Azah ini dalam artikel yang lain. Kerana perjalanan aku sudah bermula, dan antara tugas pertamaku, adalah untuk Azah.
Assalamualaikum semua.
#Althea
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best! Sambung lagi.
Harap dapat baca sambungannya
cepat sambung…!!
kalo ade penjaga tu mcm saka la jgk.. biar pon baik atau tidak.. harap bole buang sbb akan bawa mudarat pada diri wlpn bole bantu org lain.. perantaranye bukan Allah tapi makhluk lain.. itu yg saye paham. sekian
Saya rasa sebaiknya dibuang penjaga tu. Kalau tak lagi mudarat. Nak2 bila dah dikasi warning.
Sudah cuba pergi ke HQ Ustaz M? Mungkin dia lebih berkebolehan untuk membuangkan?
nice
Assalam …
rupanya ada siri panjang Althea ni …
lupa nak lerek bawah2 …
Saudari waris keturunan Gangga Nagara+Manjung dan Beruas yang bersemenda gitu …
Gangga Nagara sebuah Kerajaan besar dan hebat dinegeri Perak yang dahulunya dalam Persekutuan Langkasuka dan Kedatuan Srivijaya …
Gangga Nagara adalah Outpost Dinasti Sailendera yang kuat dan gagah …
disana masih terdapat kota asal dan tinggalan Gangga Nagara yang hampir lenyap terbiar kerana ditinggalkan setelah diserang oleh Rajendra dari Chola dalam 1024/25 masihi ….
mengikut legenda masih terdapat tinggalan harta-harta dan emas-emas yang hanya dapat diambil oleh waris sah dari keturunan Gangga Nagara …
itu bukan persoalan penting ..yang penting Gangga Nagara masih ada waris-waris yang hidup meskipun sudah menjadi Orang biasa bukan lagi Bangsawan mahupun Raja-Raja …
Gangga Nagara bukan sebuah dongengan ianya sebuah bukti adanya sebuah kerajaan Hebat,besar dan gagah sebelum era Kesultanan Perak dari Dinasti Mauli Bukit Seguntang Melaka itu …tetapi tetap bersemenda dengan Marga Gangga Nagara juga …
Menarik betul ….