#Althea: Aku dan Azah Ep 2 (Pilihan Hati)

Assalamualaikum bersambung lagi kisah aku dan Azah. Tak pasti berapa episod ye. Sebab sehingga sekarang, kami masih lagi bersidang. Sebelum aku terlupa, syabas aku ucapkan pada FS kerana gambar pilihan FS untuk artikel-artikelku, hampir sangat. Aku mulakan cerita kali ini dengan Bismillah.

***
Tok, tok, tok.. pintu bilikku diketuk dengan kuat. “Althea, oh althea ku sayang,” jerit Azah dari luar bilik. Aduh, hang ni la Azah. Memang tak kasi can aku tido lama sikit, bebelku dalam hati. Tup tup pintu bilik dah dibuka, dan elok je si Azah menepek di tepi katilku.

Azah: Weh, apa plan hang arini? Aku tak p keje arini. Sedar-sedar dah lewat.
Aku: Aku plan nak tido je sampai petang, hahahaha.
Azah: Weh, aku bukan saje tak nak pegi. Hang tau la, tempat keje aku tu. Boleh terbelahak aku bile dah start sendawa.

Alkisahnya, Azah juga berkebolehan dalam ‘sensing the unknown’. Cuma cara berbeza sahaja. Bila mana aku, biasanya bila ke tempat yang merasa kehadiran sesuatu, tanganku auto bergerak seperti meraba-raba. Ala-ala seperti kita merasa masakan dah panas ke belum, kita tak sentuh tapi merasa dari jauh. Manakala Azah, dia senang tersendawa. Mula-mula dulu sangat tak terkawal. Aku sudah mula dapat mengawal ‘naik syeikh’, tapi tangan masih bergerak-gerak. Paling masalah, bila kami lalu highway. Sorang dah macam Ucop Wilcha, sorang dah rupa sesak nafas. Seksa pada mulanya kerana tak pandai mengawal, kami kadang-kadang menahan nafas di kawasan-kawasan tertentu sambil Azah akan tekan minyak selaju-lajunya supaya kami lepas kawasan yang terasa berat. Bagaimana pula proses penerimaan Azah pada masa ini? Aku ceritakan.

Pada mulanya Azah tak ceritakan padaku beberapa hal. Aku cuma katakan pada Azah, “hang tu ada keturunan mengurut. Sedikit sebanyak hang pun ada sense. Yang aku pelik, pasei le terok beno sendawa hang tu. Angin apa la banyak sangat haih”. Dia gelak.

Aku pada masa ini rajin balik kampung, alang-alang dah tahu ‘mengubat’ sikit-sikit, aku tolong mak bapak dan adikku yang sakit. Alhamdulillah, Allah izinkan sembuh. Dapatlah 23 ekor dalam botol yang aku hanyutkan di air deras dan pohon Allah jauhkan dari family aku dan semoga penghuni-penghuni botol tu tidak lagi menganiaya orang. Nak tahu dalam bentuk apa? Segala macam mak nenek ada. Paling banyak, beruk kecik-kecik. Dah beranak-pinak agaknya.

Asalnya susah juga, aku memang tak tahu ape nak buat. Boleh mengubat, tapi nak buat camana? Mana aku ada rujukan ape-ape. Family aku semua bukan dalam bidang perbidanan atau perubatan, kisah perkara-perkara ghaib memang jauh dari kehidupan kami. Puas google (masa ni tu je la tau). Satu-satunya tempat aku boleh tanyakan adalah pada Allah. Aku mulakan dengan solat hajat dan istikharah. 2 hari buat takde ape-ape, hari ketiga barulah aku mendapat petunjuk dalam mimpi.

Secara pendeknya, aku didatangi seseorang yang tidak dapat kulihat rupanya kerana silau. ‘Dia’ menunjukkan ‘perkara-perkara hitam’ yang akan aku hadapi. Dan aku dihadiahkan Al-Quran dan Tasbih dalam mimpi itu. Aku tak tahu siapa ‘dia’ pada masa itu. Dan bila bangun, tak ada tasbih dan Al-Quran yang muncul pada aku, sebaliknya aku menganggap petunjuk mimpi itu secara simbolik. Jadi aku faham, sentiasalah baca Al-Quran dan zikir Allah tanpa henti. Itu amalan perlu aku buat. Dan setiap kali ala-ala mengubat, aku cuma selawat Nabi dan zikir ‘La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim’. Biasanya aku ni rasa jenis kesakitan orang.

Contohnya di tempat mana, dan tahap kesakitan tu akan terasa di badanku. Ada masa-masa tertentu macam ternampak ketulan atau bentuk-bentuk bahan sihir. Bukan selalu nampak. Kemudian, aku cuma bertindak seperti vacuum. Serap keluar, nanti pandai-pandaila aku buang bisa sendiri. Yang masalah, kadang-kadang ‘penanda’ rasa ni jadi bila sahaja berdepan dengan orang yang sakit. Problem jugak bila berada di hospital. Contoh kalau aku bersembang dengan seorang kawan yang memang ada sakit di rusuknya, tapi dia endahkan, kadang-kadang mulut aku terbacul sahaja tanya, “rusuk ko kenapa weh?”. Kan ke dah menimbulkan persoalan.

Inilah antara yang terjadi pada Azah kemudiannya. Dia harapkan aku ‘menengok’ dirinya sebab dia selalu rasa diperhatikan. Kadang-kadang aku berseloroh, Allah kan sentiasa ada, mestilah kena diperhatikan. Kan Allah sayang kita. Tapi aku faham maksud Azah. Antara sebab perihal Azah ni aku lengah-lengahkan, sebab pada Azah ni macam-macam sangat. Tambah pulak dia ada masalah tulang belakang, nak tidur pon problem. Hari-hari bebelnya sampailah satu malam tu aku tak tahan.
Aku: Hang pusing duduk mengadap dinding tu sekarang.
Azah: Wei, hang pasaipa.

(Tapi dia turut kataku sebab dia tahu bila aku lain macam)
Aku: Aku tak boleh buat apa pasal cecair tulang hang yang dah tak dak ni. Takkan nak suruh aku masukkan air dari mana-mana letak situ. Tapi bab bengkok ni aku cuba betulkan. Dalam hati hang mintak Allah izinkan.
(Aku tak ada Medical background apatah lagi tahu kedudukan tulang mana yang sakit. Tapi aku main ‘rasa’ dan cuba betulkan. Hampir setengah jam juga aku bergelut. Almaklumlah, aku tak pernah buat. Aku cuma harap aku tidak menjadikan penyakitnya lebih sukar sahaja)

Aku: Ha dah. Aku rasa betui dah tulang hang ni. Hat bergeser tu hang doa Allah kurangkan la rasa sakitnya. (Ayat tawakal je ni)

Azah: Ye ke weh, nasib tak rasa apa-apa.

Selang seminggu dua, Azah beritahu aku. Dia baru lepas follow up x-ray dengan doctornya. Doctor dia sendiri pelik kenapa dah tak senget seperti x-ray yang lepas. Doctor tanya bila masa buat operation. Azah senyum je, tak jawab pape. Pada aku, alhamdulillah sangatla. Paling penting sekali untuk Azah kembali bekerja. Keduanya, pada aku untuk mengesahkan benarkah Allah izinkan dan ridho apa yang aku buat.

Tapi mengenali Azah, aku tau tak habis lagi cerita tu di sini. Ini salah aku sendiri. Sebab masalah aku yang suka ‘terasa’ tuhla. Rasa dalam diri sendiri, buat aku tak selesa selagi aku tak buang.

Aku: Ish, problemla hang ni. Dekat ‘situ’ ada.
Azah: Ha, kat situ? Hang biaq betoi.

(Aku malas nak cerita panjang dekat mana. Pendeknya, aku cuma tarikkan benda tu dan masuk ke dalam botol dan aku berikan pada Azah untuk buang sendiri. Niatkan tiada lagi dekat padanya)

Aku: Nah, tengok sendiri. Aku tak tau bende ape. Kot nampakla.
Azah: Jap-jap aku amek fon.

Puaslah kami menangkap hampir 10 gambar dengan handphone. Kemudian, baru Azah tengok satu-satu. Aku tersentak dengan satu gambar tu. Sedikit pelik pun ada. Sebab kebiasaannya, akan nampak gambar jin-jin tertentu. Tapi kali ni nampak muka manusia dengan jelas sedang memegang sesuatu seperti botol minyak. Aku cepat-cepat serahkan pada Azah.

Aku: Weh, ni pelikla. Nampak real. Tapi aku tak kenal sape. Reflection kita ke?

Azah pada masa tu tengah membalas msg telefonnya, bila dia lihat gambar tu, keluar jeritan terkejut.

Azah: Ya Allah!! Macam mana boleh jadi camni? Biar betul? Aku kenal jantan ni.

Dia terdiam seketika. Berair sedikit matanya. Aku senyap tunggu dia menyambung ceritanya.

Azah: Ni last ex-boyfriend aku, Fauzi. Dah berapa tahun yang lepas. Tipu aku kaw-kaw. Rupanya suami orang. Pastu taknak lepaskan aku. Lepas break-up pun, dok rayu-rayu bagai nak rak. Aku tak nak jadi yang no 2. Dok cakap nak tinggalkan isterinya, sampai ke sudah, wayang je tu. Dalam seksa kena tipu tu, aku memang nekad. Aku belum lagi sanggup nak runtuhkan rumahtangga orang. Sampai hati dia buat aku. Guna minyak lagi tu. (Ini agakan Azah)

Aku sendiri rasa perkara yang sama. Tapi aku tak berani nak iyakan. Aku biarkan benda ni habis camtu je.

Aku: Ha takpa la, janji pasni hang p buang botol tu. Mintak kat Allah jangan lupa. Tuh lohong dalam badan tu, isi balik. Zikir banyak-banyak.

Dalam kejadian yang lain kami sedang me’ngopi’. Tetibe aku rasa geram pada sesuatu di atas kedua-dua dadanya. (Maaf jika sedikit lucah). Tanpa bertanya, aku terus tunjukkan kedua-dua telunjukku ke tempat-tempat itu, dan ‘menarik’ keluar dan masuk ke dalam botol. Terkejut Azah kerana dia terasa sesuatu ditarik dari atas dadanya dan mungkin sedikit pedih. (Biasanya kata pesakit akan terasa seperti pisau) Aku lupa gambar kamera botol itu seperti apa. Tapi aku marahkan Azah.

Aku: Yang hang pakai semua ni untuk apa? Kan ke merepek. (Aku bukan tau benda apa pun, auto je mulut ni)

Azah: Ha pakai apa plak?

Aku: Ni ha, simpan benda ni atas dada. Ni bukan orang hantar. Ni hang yang mintak.

Tersengih kerang si Azah masa ni. Dia dah tau la tu benda apa.

Azah: Alamak, baru aku teringat. Dulu-dulu aku ada kenal satu bomoh orang asli. Bawak member aku sebenarnya. Alang-alang kat situ, auto plak mintak kot-kot ada yang boleh naikkan **#$**** aku ni supaya tak kendur. Aku pun dah lupa.

Aku: Hang ni la merepek-repek la kerja hang ni. Benda ni semua datang balik pada kita. Allah nak tunjuk bukan kira masa. Dah-dah, toksah dahla benda-benda yang nak kasi merana masa depan. Ni kalau ber’condo’ kat diri hang, gagahla hang nak mengadap masa tua nanti. Aku cakap ja, aku pun belum tentu betul.

Tapi Azah ok, sebab dia mengaku semua tu. Banyak perkara yang dia tinggalkan untuk kembali ke jalan Allah.

Kemudian aku tak berhenti di situ. Maybe ‘satellite’ tengah on. Aku tekan jariku ke jantungnya. Yang ini sedikit susah untukku ‘tarik’. Aku mendapat gambaran tuan pelaku. Aku masukkan dalam botol lagi. Yang ni memang kuat ‘rasa’ aku. Terus aku serah pada Azah untuk ambil gambar.

Aku: Nah tengok yang ni cepat-cepat! Takut karang hilang. Sebab aku tahu sapa ni. ‘Orang’ sana pun tahu aku dah ‘tarik’ .

Azah terpinga-pinga.
Azah: Ya Allah, ‘ayah’?????? Sebiji muka dia, eee dia muka marahla. But why? Walaupun sebenarnya aku tak terkejut.

Aku: Hang sendiri tau. Hang sendiri rasa. Tapi buat-buat tak nampak. Tapi sebab dia pegang hati hang, apa nak kata kan? Turut jela.

Azah: Ikutkan memang dari dulu kadang-kadang ada rasa tak best dengan ‘ayah’ ni. Memanjang je nak datang rumah masa aku dok sorang-sorang. Tapi terkadang, aku macam takde pilihan je. Sebab dia selalu tengok-tengokkan aku.

Aku: Aku faham kadang-kadang tu betul niat dia nak tolong. Tapi cara dia tu, dia tersendiri tersalah langkah. Bila ada ilmu pun kadang-kadang takut, sebab riak merasa kita yang hebat.

Part ni aku sendiri takut tersalah langkah. Sebab, yang mampu itu bukan aku tapi Allah. Kene selalu pupuk dalam hati.

Malam itu, aku didatangi ‘konco-konco’ ‘ayah’ yang berang padaku dalam mimpi. Nyaris aku d*****r. Aku cuma bertahan dengat ayat Qursi dan keyakinan pada Allah. Alhamdulillah aku terselamat.

Start pada hari tu, Azah katakan dia sendiri rasa perubahan. Walaupun sebenarnya, kami ini sama-sama masih belajar sehingga sekarang. Rasanya tak akan berhenti belajar. Aku sendiri banyak yang tak betul. Roh masih tidak selari dengan jasadku yang telah aku ‘kotorkan’ dengan perlakuan-perlakuanku masa silam. Azah sedikit sebanyak, sudah agak bersih dari perkara unknown. Perjalanannya agak lancar dan tenang kerana semakin sering dekatkan diri dengan Allah. Azah pun sudah mula mengurut, walaupun dia elak-elak kerana dia tak nak jadikan itu kerjayanya. Tambahan kalau suruh mengurut aku, paling dia tak suka. Dia akan cakap malas, orang macam papan, urat macam besi lepas tu pandai lari-lari. Hehehe, kesian Azah. Bab sendawa pula, Azah sudah pandai control. Cuma bila ‘berat’ sangat baru terkeluar sendawanya. Itupun dia tidak lagi tegur atau runsing macam dulu.

Antara perkara yang Azah selalu runsingkan adalah jodohnya. Bab ini memang aku serah pada Allah. Lagipun, banyak yang datang pada Azah ni aku kurang berkenan. Azah pun tidaklah bersungguh-sungguh sangat. Cuma dengan seorang tu, selalulah dia minta Allah permudahkan dan percepatkan walaupun Azah tahu aku tak berkenan. Dah hampir 2-3 tahun, seperti tarik tali sahaja. Kadang-kadang dia makan hati, dia mintak pada Allah sapa-sapa pun jodoh asalkan yang terbaik dari Allah. Allah perkenankan dan muncullah kawan lama dari sekolah kami yang berkenan dengan dia. Azah pulak rasa terlalu lurus lelaki ini. Kerana itu yang aku sendiri tak masuk campur dah bab jodoh ni. Pernah kami berjumpa bersembang dengan seorang guru mursyid bab jodoh ni. Azah dengan pokpek-pokpeknya terkeluar la bab jodoh.

Azah: Saya ni jodoh pun tak nampak lagi. Entah bila nak kahwin.
Guru: Kerana kamu fikirkan pilihan kamu, bukan pilihan Allah.

Ikutkan guru itu baru pertama kali berjumpa kami.
Azah tersenyum kerana mengakui kebenaran kata-kata guru itu. Doakan Azah berjumpa jodoh terbaik buatnya.

Akanku sambung pengalamanku lagi nanti. Kali ini bersama seorang sahabat merangkap ‘abang sealiran’ yang juga hampir serupa denganku. Dia juga boleh ‘vacuum’, gerak rasa yang sangat sama, dan seperti ada telepati antara kami berdua. Pengalaman bersamanya, agak baru kerana pertama kalinya kami melangkah ke alam ghaib tanpa sengaja. Nantikan ye, Aku dan Anas.

#Althea

Althea

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

16 thoughts on “#Althea: Aku dan Azah Ep 2 (Pilihan Hati)”

    • aku ingat aku sorang je rasa cite ni buLlshit.. mcm org tak cukup akal je.. lau betol leh ubat org.. meh pm aku lutut aku injured.. bengkok sket.. leh ko betolkan??? jgn sembang je weh

      Reply
    • nie mesti penulis citer ni kan…. sya ok jer ngan citer ni..sambunglah lagi…n smbung cpt skit..jenuh nunggu..hihihihihi..

      Reply
  1. setelah membaca komen komen terdahulu…kot yer pon citer ni rekaan semata…mohon sambung lagi yer…ku ok jer baca…best kot jalan citer…kalo kisah benar…semoga cekallah dengan kelebihan yg diberi 🙂

    Reply
  2. dap fanfare sebab tuhan tak kata kun fa ya kun..sebab tu la kaki kau masih tak elok..percakapan pun x reti nak jaga..ada hati nak mintak baik..
    Btw cerita ni sy follow dr awal mmng best..

    Reply
  3. senangnya dia mengubat.tarik keluar mcm tu je.HEBAT.
    nak minta tolong betulkan kaki kawan saya.kaki dia patah masuk besi.tolong betulkan?
    mana lah tahu doc check nanti besi dah hilang.hehe.

    Reply
    • Mestila Senang dan Cepat
      Sekarangkan zaman serba canggih
      Lahir generasi bijak pandai
      Pakar It Pakar ekonomi
      Jaguh Sukan dan Juga Jutawan
      Teknologi perubatan sekarang teknologi dah advance
      Teknologi spiritual sebenarnya jauh lagi advance
      Contohnya dekat perkampungan Orang Asli di luar negara kita
      Halau hantu guna penyapu lidi ja…
      Cepat kan..
      hihihi

      Reply
  4. Ok..yang kedua ni simple…
    Maybe ramai susah percaya sebab ala2 Xmen versi tanah melayu..
    Kalau ikut ‘sealiran’ tu macam dah start ada orang guide
    Ok..seperti biasa..
    tulis sekarang…besok postt okayy..
    Ampoonnnn…..

    Reply
  5. salam.. sy baru habis marathon semua stori althea kt sini.. sambung la lg pliss.🙏🏽🙏🏽.. semua best2❤️❤️❤️ sgt bminat nak taw kisah dgn anas tu.. mohon penulis abaikan haters,, ramai ja yg bminat & pcaya dgn kebolehan yg Allah bg cmni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.