Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua readers Fiksyen Shasha. Sebelum mula cerita, saya nak perkenalkan diri saya dulu. Nama saya Ambarningsih. Sebelum ni kalau pernah baca cerita Ambarsari, tu adalah kakanda tidak se-ibu saya. Senang cerita BFF saya lah. Hehe. *dan ya kami peminat setia JBDM or Jangan Biar Dia Masuk by A. Darwisy*
Saya dilahirkan di Negeri Melaka Bersejarah, berasal dari Kedah Darul Aman dan Negeri Sembilan Darul Khusus dan telah menetap di Kuching, Sarawak negeriku tercinta. Saya sebenarnya banyak kenangan-kenangan seram. Tapi biar saya cerita satu kisah berdasarkan kisah benar yang sepupu saya lalui dahulu.
(Untuk memudahkan penceritaan, saya akan mengunakan Aku sebagai ganti nama untuk sepupu saya, dan cerita ini telah di olah jalan ceritanya supaya nampak lebih menarik)
Malam hampir menjelang dan azan maghrib pasti akan berbunyi sebentar lagi. Otakku ligat memikirkan cara untukku ponteng daripada pergi ke masjid. Aku adalah pelajar sekolah agama yang dahulunya agak terkenal di Kuching. Jadi sudah menjadi rutin wajib sebagai pelajar sekolah agama untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah.
Tapi pada hari itu aku berasa malas untuk menjejakkan kaki ke masjid. Jadi aku dan rakan-rakanku iaitu Majid & Ali (bukan nama sebenar) bersepakat untuk ponteng dan bersembunyi di kuartes guru lama sehingga tiba waktu kelas prep sambil menghisap rokok kerana sudah lama aku tidak merasakan kenikmatan rokok.
Azan maghrib sudah pun berkumandang, lalu kami bergegas ke ‘port’ yang telah kami tetapkan. Ayat2 suci alquran kedengaran sayup berkumandang dari tempat kami.
Sedang leka kami berbual tiba-tiba aku dapat merasakan susana menjadi sunyi sepi. Macam tak ada apa apa pun yang berlaku. Bunyi di masjid pun tidak kedengaran lagi. “Itu perasaan kau sahaja, jangan fikir bukan-bukanlah”, getus hatiku.
Tidak lama selepas itu, ku terdengar bunyi katak, saling bersahutan seperti mahu memanggil hujan. Malam pun terasa semakin dingin. Kemudian si ali menegur,
“Oi ada dengar x bunyi ya? Bunyi apa ya do? Tang lain macam jak”, rupanya seperti ketakutan.
(eh korg dengar tak? Bunyi apa tu do)
“Kau boh di tego. Eh. Sikda apa apa ya bah. Katak jak ya. Boh nak pike bukan-bukan eh. Kelak di agak nya kita, lalu mati berlari x cukup tanah taukko?”, Seloroh Majid bergurau, sambil menakut-nakutkan Ali.
(Kau ni jangan lah tegur. Bunyi katak je kot. Jgn nak pikir macam macam lah. Nanti kalau ‘dia’ datang, mati kita lari tak cukup tanah tau tak?)
Aku cuma tersengih. Walaupun berasal dari semenanjung tapi setelah setahun menetap di kuching, aku sudah faham bahasa yang mereka tuturkan.
“Yalah miak bandar, ne pernah dengar bunyi gitok”, kata ku kepada Majid dalam nada memerli Ali.
(Yela budak bandar mana pernah dengar bunyi macam ni)
Majid dan aku asal dari kampung. Jadi bunyi-bunyi sebegini memang keraplah kami dengar sebab rumah kami dekat dengan paya dan sungai. Rumah pula separuh kayu, memang tak kalis bunyi lah. Hahaha. Selang berberapa minit kemudian aku terhidu bau yang amat busuk dan meloyakan.
“Oi kitakorang kentut tek kah? Kimen bau do. Mun mok melepas pun tangga lah juak org kiri kanan.” , kata ku kepada mereka.
(Korang ke yang kentut tadi? Busuk lahh. Kalau nak melepas pun, tengok tengok lah org lain)
Aku tidak dengar sebarang repson dari mereka. Aku pun melihat kearah mereka dan mata mereka hanya memandang ke arah ku tanpa berkedip.
“Pahal do?”, Aku bertanya
(Kenapa do?)
“Bun, bun lari do.”, ujar ali sambil menunjuk ke arah belakang ku dengan mukanya yang pucat dan kelihatan seperti hendak menangis
(Bun, bun lari wei)
Aku pun menoleh belakang dan melihat satu lembaga duduk bersila di atas meja lama dengan rambut berjuntai kehadapan dan muka yang begitu hodoh! Perasaan ku pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu (baru nak ingat Tuhan hahaha). Aku mendengar majid terkumat kamit membaca ayat suci Alquran yang sudah tentu berterabur.
Kami pun cabut lari menginggalkan tempat tersebut. Bila ku toleh ke belakang, aku melihat makhluk tersebut berpusing dan terbang sambil mengejar kami. Aku pun cuba untuk berlari sepantas yang mungkin cuba untuk ke masjid.
Sewaktu hendak menghampiri masjid, azan isyaak pun berkumandang, dan bila aku toleh kebelakang, kelibat lembaga tersebut sudah tiada. Kami bergegas masuk dalam masjid dan masuk ke saf untuk solat isyak.
Itu adalah pengajaran dan kenangan terbesar dalam hidupku yang tak akan aku lupakan semasa berada di Sarawak.
Ps: sorry kalau jalan cerita kurang menarik. Baru nak start menulis semula hahaha.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
XD berani sangat yer
A.Darwisy punye novel bestla aq dh beli dh pon
siapa suruh ponteng solat jemaah, dowh? 😀
Bun bun tu apa ya??
Bun tu nama samaran “Aku” maaf lupa nak tulis hehe
baru nk sedap ttbe dh abis…aisey..tu je? crite la ckit mngkin ade sejarah tempat tu ke…ape ke…
Sejarah tempat tu ceritq satu lagi ye. Hehe
Hermmmmmmm