Anak Bapak Setan Akhir

Assalamualaikum dan hai untuk semua ahli FS. Terima kasih admin FS sudi post cerita saya 🙂 amboi korang kemain kutuk aku haha sorry geng bukan taknak citer semua sekali, mmg cadangnya macamtu tapi time aku taip cerita #Anakbapaksetan part 1 tu aku warded sebab gugur anak kedua. bosan dah 4 hari warded tu tiba2 rasa nak kongsi pengalaman kat FS. huhu dan malam tu aku sorang2 laki aku tak teman sebab anak first demam. waktu aku taip tu dah meremang lain macam yelah hospital kot. takpe aku tak marah pon sebab korang tak tahu hehe. harini aku dah discharged jadinya jom sambung kisah aku.

-Bunga dan Harun :
Bunga ni nama mak aku. si Harun ni pulak mamat kampung sebelah yang memang gilakan mak aku dari zaman sekolah lagi. tapi mak aku tak layan sebab ayah dia ni bomoh. so mak aku tak suka la. tapi dia memang tak reti bahasa asyik kacaauuu je mak aku. dia selalu sangat bagi mak aku surat lah bunga lah tapi semua tak jalan. mak aku buat donno je. sampailah ada orang masuk meminang mak. laki ni kiranya suami pertama mak aku lah. bila Harun ni dapat tau, dia mengamuk datang rumah opah aku. bawak parang siap. tapi ayah dia yang bomoh tu datang dan pengsankan dia. Ayah dia mintak maaf then terus blah tak nampak dah muka dia kat kampung lepastu. kebetulan waktu tu kerajaan baru buka FELDA, so suami mak aku apply alhamdulillah dapat so dorang pindah masuk FELDA kat Kedah.

Bahagia dorang tak panjang sebab si Harun ni diam2 dia belajar membela dan hantar kat suami mak aku supaya mati dan ya memang ayah Tahir ( suami mak aku ) mati. Cara dia mati sungguh misteri. keluar pagi2 pergi kebun getah nak toreh. mak aku tak ikut sebab kak yong aku demam so dia gerak sorang. Sampai ke maghrib tak balik2 mak aku dah risau. pergi bagi tahu ketua Felda dan dorang turun pegi kebun cari tapi tak jumpa. Esoknya cari lagi tengah hari baru jumpa. jumpa atas pokok getah dengan darah penuh kat kepala. pokok getah tu muda lagi batang dia masih tak kuat dah tu macam mana ayah Tahir boleh panjat hmm. makanya jadi balu lah mak aku dengan 2 orang anak kecik2 lagi. kemudian kawin dengan ayah aku macam yang aku cerita kat part 1 tu.

-Siapa Aman? :
Aman ni setelah mak aku balik kampung dan siasat dengan orang2 kat sana baru lah tahu dia ni sebenarnya anak luar nikah Harun dengan mak tiri dia sendiri which is isteri bomoh kat kampung sebelah mak aku. haaa faham kan? mak tiri dia ni jadi balu dah lepas bomoh tu mati kena serangan jantung. lepas mak tiri dia lahirkan Aman dia meninggal. jadi Harun lah bela Aman sorang2 kat rumah pusaka ke puaka entah aku tak tahu lah. sebab aku cakap macamtu tak dak sorang pon yang berani lalu depan rumah dia malam2. banyak kali sangat kena ganggu dengan belaan2 kat rumah tu. pocong lah polong lah semua berkampung situ.

Tapi Aman ni budak pandai. Sekolah kluster semua dia masuk. belajar u pon dapat biasiswa. aku ni ptptn je haha. tapi tu lah sayang. pandai2 tapi gila huhu aku kesian je kat dia sebab dari kecik dia tak pernah dapat didikan agama yang betul. oh ye Harun ni sekarang dah meninggal dah. tapi sebelum dia nak meninggal tu memang seksa sangat roh dia nak keluar. seminggu tu orang kampung habis kena kacau belaan dia nak cari tuan baru. habis tingkap2 rumah kena cakar semua. kena tindih waktu tidur tu biasa lah jiran mak aku cakap.

-Gangguan lepas aku kawin :
aku kenal laki aku ni Khairil kat syarikat aku praktikal tu. kawin pastu ikut Khairil duduk luar negara dia kerja sana. lepas kami 2 kerja 2 tahun kat situ kami berhenti dan pegi UK. Aku ambik keputusan sambung master kat sini.
Kan dulu aku cerita aku kena kacau waktu aku kerja. memang teruk kena kacau. lepas peristiwa tu aku kenal dengan suami dan kawin. tapi banyaaakk sangat dugaan sebelum, semasa dan selepas kami boleh disatukan. ok meh sini aku pointkan kisah dia takut korang pening nak baca.

1. waktu ni aku tengah dok angau dengan Khairil.’ tak sangka pulak cinta bertepuk dua belah haha so kami bincang elok2 dan setuju nak tunang. ada satu petang tu hujan lebat sangat aku nak pergi kat kereta then Khairil lah yang payungkan. eh tiba2 boleh pulak aku nampak muka dia ni macam Aman. senyum dia mata dia semua sama. aku jadi takut. aku terus lari sebab aku ingat dia ada kaitan dengan Aman. malam yang sama jugak Aman call aku. dia jerkah2 aku cakap gatal lah perempuan sundal lah semua dia bedal kat aku ewaahh. dia ugut aku kalau aku teruskan untuk kawin dengan Khairil dia akan buat sampai Khairil menyesal kenal aku. ayat dia terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni : “Kau ingat eh Amy, kau takkan hidup bahagia dengan Khairil. aku sumpah korang akan mampus cepat”.

So bila kena sound macamtu dengan Aman aku dah boleh pikir yang Khairil memang takde kaitan dengan Aman langsung. jadi aku bagitau Khairil pasal hal ni pastu dia kata watlek watpeace je cis. sampai sekarang aku tak tahu macam mana dia tahu aku kawan dengan Khairil. setan dia lah kot bagitau. dalam 3 bulan lepas tu family Khairil datang nak bincang hantaran dan tunang. tengah dok makeup ni tiba2 mak aku jerit. semua gelabah kenapa makcik Bunga jerit rupa-rupanya dia nampak ada benda dok kat makanan2 di dapur tu dan muntah dalam tu. mak aku ni boleh nampak. tak cukup dengan itu, aku dapat call dari Khairil dia cakap kereta dorang rosak kat highway Plus. 3 bijik kereta pulak tu tak boleh start.

Ajaib sungguh. pastu panggil orang Plus semua dah setel so kami suruh jugak family dia datang sebab ayah kata kita jangan tunjuk kita lemah. kita kena lawan. makeup aku ni dah cair dah dok tunggu dorang. dalam debar dok tunggu, adik aku pulak pengsan. sudaaahhh! dia meracau-racau cakap suruh hentikan semua ni. tapi yang kelakarnya ayah aku cakap kat benda tu “Alah rilek ah baru nak tunang je kot gabra sangat kenapa setan” hahahaha stailo ayah walaupun dah 65tahun. lepastu adik aku pengsan lagi sekali. elok dia sedar tu family Khairil sampai. dah puas berbalas pantun semua maka kami pun officially jadi tunang. hah tadi aku cakap mak aku nampak ada benda muntah dalam makanan kan? ayah aku memang tuang ke tanah sup tulang + daging tu. asalnya nak makan bihun sup jadi bihun goreng jelah.

2. sepanjang kami tunang, lagi dahsyat dia hantar. ada sekali malam tu aku lapar sangat suruh Khairil delivery bihun tomyam. dia pun pergi la beli. lepas 10minit macamtu aku dengar bunyi hon moto. “aik takkan lah dia dah sampai. cepat betul kedai tu buat”. aku pun malas pikir keluar lah nak ambik. bukak je pintu eh takde pon moto kat bawah apartment. hmm aku pon tutup lah balik pintu. pastu dengar bunyi orang tekan loceng. oh dia tengah naik tangga kot tadi. aku pun bukak lah lagi sekali pintu. takde orang jugak. sekali pranggggggggg!!! bunyi pinggan kaca jatuh kat dapor. cepat2 aku tutup pintu terus lari ke dapor. aikk takde apa pon. elokk je pinggan. tetiba dengar bunyi air shower macam orang tengah mandi dan dengar bunyi orang menyanyi mcam hmmm hmm hmmm haa gitu aku tak tau la nak cakap apa benda tu. aku dah menggeletar dah tangan nak bukak pintu toilet. sebab waktu tu aku sorang je kat rumah. Nita dan Ja takde. diorang pergi keluar dengan sepupu sepapat dorang.

Oh ye dorang berdua ni sepupu. malam tu pukul 2pg lebih baru dorang balik. jadinya sorang2 lah aku hadap semua ni. elok je aku bukak pintu tu takde orang pon. lantai pon tak basah. haaa sudah. pastu dengar sayup2 suara macam Khairil tengah borak dengan orang. aku laju je lari keluar rumah nak nangis kat Khairil. sekali tengah lari tu Khairil call cakap dia masih lagi kat kedai tu tengah queue. waduhhhhhh dugaan apakah ini. aku suruh dia ambik aku sekarang bawak pegi kedai tu. so dia datang aku pun blah dari apartment tu lepak luar. Nita call cakap dia otw dah balik tapi mungkin 1 lebih baru sampai. waktu tu pukul 12 baru. dah hilang dah rasa takut aku balik. dalam 1.30pg macamtu la. aku ingat semua dah okay tapi tak wehhh dia tengah tunggu aku balik rupanya. masuk2 je rumah aku bagi salam. ade yang jawab salam aku baiiiii. suara dia takyah cakap la buat aku lompat terkejut gila. aku keluar balik call Khairil suruh patah balik teman aku kat basement.

20minit lepastu Nita dengan Ja balik. dorang berdua tanya aku macam2 sebab nampak muka aku pucat. tapi aku tak mampu nak cakap apa2. Khairil je cerita semua. so malamtu aku tido dengan Nita sebab takut huhu. esoknya dekat pejabat Khairil tak datang kerja. dia ambik EL. aku pelik lah kenapa. call tak berangkat. lunch hour tu aku pegi rumah dia takde orang. call housemate dia pun tak dapat. so aku tunggu dalam 10minit nampak Haziq, housemate dia balik. aku tanya la Haziq mana Khairil. dia kata semalam Khairil balik rumah gigil2 tangan dia dan calar habis muka tangan. dia jatuh moto terseret 5meter. dia kata dia nampak ada benda lintas jalan dan berhenti betul2 depan moto. ya Allah aku nangis situ jugak. sebab aku Khairil kena. aku mintak izin Haziq nak masuk rumah. dia kasi. aku masuk tengok Khairil habis tampal2 dengan plaster tangan dia muka dia. muka pucat. tapi sempat dia senyum cakap biasa lah kita kena kuat. jangan tunjuk lemah dekat setan. so lepas habis lunch hour aku balik pejabat.

3. ok waktu ni tinggal lagi sebulan je majlis kami. kad semua dah tempah. kiranya semua benda lah dah setel tinggal nak langsungkan je. mak aku suruh balik rumah sebab nak kena mengurut lah apa lah so aku pun balik. sepanjang dekat rumah tu takde apa pon yang pelik tapi aku langsung tak contact Khairil. sebut nama dia pon aku taknak. aku rasa benci sangat dengan dia waktu tu. dia call aku pun aku suruh adik aku yang jawab. ayah aku perasan. dia ada je tanya gaduh ke apa. aku cakap la tak sebab memang kami tak gaduh pun tapi aku benci sangat dengan Khairil. ayah aku terus panggil imam. suruh scan aku. iman tu kata benda tu cuba nak buat aku dengan bakal suami tak jadi kawin. jadi benci. jadi musuh. dia ruqyahkan aku. waktu tu aku rasa sakit sangat kat perut. yang tepatnya rahim. imam terus mengucap panjang. dia kata orang ni cuba nak rosakkan rahim aku supaya nanti aku kawin aku takkan ada anak. tapi betul weh aku rasa macam ada orang cakar2 rahim aku. lebih teruk dari senggugut.

Lepastu imam suruh aku pegi toilet tengok kot2 ada apa2 yang keluar. ya Allah aku nangis wehhhh tengok ada macam rambut2 lepastu darah berketul-ketul keluar dari rahim aku. banyakkk sangat. aku dah takut gila dah la anak dara lagi. aku pengsan. esoknya tu aku bangun, ummi Khairil ada kat sebelah. dia tengah baca ayat ruqyah. aku cuba nak bangun tapi perit. ummi halang cakap jangan bangun sebab rahim aku masih bleeding. jangan terlalu tekan rahim nanti lagi keluar banyak. ummi Khairil ni nama dia Rahmah. lebih tepat ustazh Rahmah. dia cikgu sekolah agama dan tukang urut jugak. sebab tu mak aku panggil dia datang. dia suruh aku jangan stop baca ayat ruqyah dalam hati. dia urut rahim aku sambil selawat2. selang seli dengan ruqyah. terharu sangat waktu tu dah nangis dah haha. ummi dia cakap “takpa sayang, selagi kita mampu lawan, kita lawan. Allah ada. jangan takut. ummi akan tolong Amy” dah pulih sikit aku dah boleh solat macam biasa so aku nak balik lah selangor. dan aku hantar sekali ummi. aku dengan ummi bertolak lepas zohor. tapi jalan jammed sangat. lama kami terkandas kat highway. elok dah bajet masa sampai selangor sebelum maghrib tapi tulah takdir Allah waktu maghrib masih lagi atas highway. jadi ummi cakap singgah rnr lah solat semua. ummi pegi solat terus sebab dia ada wudhuk dah. aku masuk toilet semua bagai dulu. dah habis solat aku keluar lah eh takde pon ummi. kat kereta takde. cafe takde. call tak berangkat.

Tiba2 ada orang tepuk bahu aku. tekejut gila waktu maghrib2 macamni main tepuk2 bahu. rupanya ummi. terus lah kami gerak. yang aku pelik tak silap aku ummi bawak handbag sekali tadi turun. tapi ni asal lenggang je? hmm biarlah dia tak bawak kot tadi. tak sampai 3minit aku drive, ada call masuk. eh ummi??? “amy kat mana? ummi tak nampak pon kereta. ummi masuk toilet kejap tadi.” haaa sudahhh siapa pulak kat sebelah aku ni kalau ummi kt rnr lagi. aku tak berani nak toleh kiri wehh sumpah. aku stop kat lane emergency. aku bukak tingkap pintu semua aku cakap, “tolong keluar. aku takkan bakar kau dengan ruqyah kalau kau keluar cara baik” sambil pejam mata. bukak je mata Alhamdulillah dah takda. aku pon park kereta situ suruh ummi ajak orang rnr hantar dia kat kereta. nasib ada yang sudi tolong. aku cerita pasal tadi kat ummi. ummi kata dia saja nak pisahkan ummi dengan aku sebab ummi banyak tolong aku. dan ummi jugak mak kepada Khairil. dia tak suka. begitulah. lepastu dah sampai selangor aku hantar ummi balik dan terus pulang ke apartment.

4. 3hari sebelum majlis aku balik. nak buat persiapan terakhir. malam tu kecoh la semua adik beradik mak dengan ayah datang tido. aku sampai pon dah malam so terus tido. esok pg bangun nk solat subuh tapi aku pelik. apasal orang takde kat rumah. kosong weh. takpe aku solat dulu. habis tu aku towaf satu rumah. sorangg pon aku tak jumpa. aku dah nangis. baring balik atas katil aku cuba lelapkan mata. sedar2 aku dekat ruang tamu kena ikat kaki tangan. blur sangat tak tau apa jadi. ayah aku volunteer nak cerita haha. dia kata malam yang aku sampai tu dia tengok aku masuk rumah. dia dah rasa lain. dia jenguk tengok dalam kereta aku nampak macam Harun dengan Aman. ayah aku keluar nak tengok betul ke tak tapi dah hilang. dari jauh ayah aku nampak dekat tiang elektrik depan rumah tu macam ada benda dok perhati rumah kami. tak sempat dia nak fokus berdesup angin kuat kena ayah dan terus masuk rumah.

Ayah tak sempat nak bagitau aku sebab aku dah tido. pukul 3pagi aku menjerit-jerit macam orang kena rasuk. semua terbangun sebab aku. bila mak ayah aku masuk bilik aku, dorang tengok aku dah tak betul. dengan rambut serabai kuku hitam muka bengis tengok dorang. sepupu aku yang tido dengan aku dah lari keluar duduk ruang tamu. aku lari2 dalam rumah tu terus terjun tingkap. rumah aku 2 tingkat weh aku terjun. kat bawah tu bukan tanah tapi batu kecik2 tu. pastu aku lari masuk dalam semak depan rumah. dekat dengan tiang elektrik tadi. ayah aku dengan yang lelaki semua kejar aku. cari punya cari jumpa atas pokok. dok tengah senyum elokk je kat dorang. aku tak tahu macam mana dorang bawak turun aku, tapi yang ayah aku cakap dah jumpa tu terus bawak balik. elok je aku jalan macam orang dah sembuh. sampai2 je rumah aku meracau balik sebab rumah tu ayah aku dah pagarkan. so benda tu tak boleh masuk. aku tendang sesiapa ja yang dekat dengan aku. aku cakar muka ayah ngah aku. tu yang kena ikat kaki tangan semua. masuk dalam rumah aku pengsan dan ustaz datang ruqyahkan. ustaz cuba nak komunikasi dengan benda tu tapi gagal. esoknya aku bangun tu lah sedar kaki tangan kena ikat. hmm dahtu yang aku bangun subuh takde orang tu ape? huhu

5. pagi ni aku debar weh nak jadi isteri orang. kawan aku datang makeupkan aku bagai. yang kelakarnya inai pun aku baru pakai lepas subuh tu. bukan tak sempat tapi tangan aku masih sakit sebab dok cakar orang lah tumbuk orang la. dekat lengan aku waktu tu ada kesan lebam bekas tali huhu. aku cuba lah sedaya upaya bagi nampak seri pengantin tu. aku call Khairil tanya semua okay tak, dia cakap okay semua tinggal nak gerak je. aku pon matikan call dan sambung hias sikit2 bilik. kami akad nikah pagi tu tau sekali kenduri belah aku. sebab tu siap awal. 2jam lepas tu rombongan Khairil sampai. Alhamdulillah sepanjang proses nikah tu takda apa yang ganggu. Allah tolong. kami tak buat batal air sembahyang sebab nanti nak solat zohor so masing2 masih berwuduk.

Yang aku perasan kalau aku berwuduk, benda tu memang tak boleh kacau aku. aturcara dia pukul12.30 pengantin makan beradab. elok kami nak pegi tempat makan, mak aku datang bisik cakap nasi basi. aku dah macam nak nangis dah sebab dapat agak benda ni akan jadi. nasi tu baru je masak sejam yang lalu tapi dah basi. kelam kabut orang kampung keluarkan laksa, bihun sup dengan bubur pulut hitam untuk cover. bagi alasan nasi belum masak lagi. nasib lah masak nasi berskala bukan sekali gus. ayah long aku dia datang kat ayah bisik sesuatu. ayah aku angguk bawak ayah long pegi belakang rumah. rupanya ayah long aku tanam sesuatu katanya nak tahan hujan dan halau hantu. tak tahu lah. tapi waktu tu memang mendung pun. lepas ayang long aku tanam terus cerah. aku tak tahu lah kebetulan je kot. itu semua kuasa Allah kan? tu lah gangguan semasa majlis.

6. ok ni dah masuk gangguan selepas kami kawin. kan aku cakap lepas kawin kami pindah UK? haaa Khairil dapat kerja sana. kawan dia tolong. dah 2 tahun kami kerja kat Wangsa Maju kemudian berhenti. pergi UK berazam nak lupakan kisah di Malaysia. tapi jangan haraplah Aman nak bagi aku aman hahaha. setan dia tetap ada walaupun di UK. ok waktu baru sampai tu kawan Khairil bawakkan ke rumah sewa kami. cantik. rumah semi D satu tingkat dan rekaan dia unik. aku suka. Khairil pon tak pikir panjang dia terus ambik kunci. tengah dok kemas barang2 tu kawan dia datang balik bawak ustaz. ustaz ni orang tempatan lah tapi Islam. dia tolong bersihkan rumah tu dan pagarkan sekali. Alhamdulillah. baik sangat orangnya. malam pertama tido situ takda apa yang jadi. bila malam kedua dia dah start.

Laki aku ni hobi dia pelik sikit. suka usik2 aku. malamtu aku sorang kat rumah. Khairil pegi beli makanan. tengah2 dok syok layan tv dengar ada orang bagi salam. bunyi suara garau sangat “Assalamualaikuuummmm”. aku diam “Assalamualaikuuuummm”. aku terus masuk bilik nangis. lepastu dengar bunyi orang bukak pintu gelak2 rupanya laki aku duhhhh aku piat jugak telinga dia nanti. malam tu tido ada la dengar bunyi2 orang lari2 tepi rumah. tapi aku buat tak tahu je malas layan. esok siang aku bangun pegi dapor, tingkap dapor rumah pecah. dan dekat cermin tingkap tu ada darah dan macam hangit terbakar. aku buat tak tahu je. Khairil perasan dia tutup dengan cermin mana ntah dia ambik. ada satu malamtu Khairil keluar pegi ambik barang kat rumah kawan dia. aku malas ikut sebab time tu aku tengah mabuk2 pregnant anak first. lagipun dekat je naik keta 10minit dah sampai.

Situasi dia sama macam malam kedua aku sampai sini. dengar bunyi orang bagi salam 3 kali. aku terus cakap “Eh b tak kelakar eh buat macamtu. lantak situ takleh masuk. taknak bukakkan pintu. sape suruh tak bawak kunci”. diam. “b…”. diam. kemudian dengar bunyi enjin keta laki aku baru balik. “eh kalau dia baru balik habis tadi tu sape?” ya Allah terus demam panas aku esoknya. kena warded 2 hari. memang aku nangis gila2 kat Khairil. dia sabar betul layan aku jaga aku. hari2 dia akan baca ayat ruqyah dalam rumah. kalau dia pegi kerja, isteri kawan dia aku panggil kak Su temankan aku. banyak benda aku belajar dari dia. aku bukanlah alim sangat yang wajib je aku buat. sunat tak lekat satu pon. sejak kak Su teman, aku dapat rasa kekuatan dalaman aku jadi lebih kuat. dan dah perasan dah makin kurang gangguan2. sebenarnya banyak je lagi gangguan tapi yang aku bagitau ni memang paling takut aku pernah alami. bila nak bersalin aku balik Malaysia. mak dengan ummi suruh pantang kat Malaysia. ok aku pun balik Malaysia, kak Su temankan.

7. sepanjang aku berpantang, ada banyak gangguan yang jadi dekat anak aku. malam2 nangis tak berhenti dan tiba2 saja mata dia jadi putih semua anak mata dah naik atas. mulut pucat dan langsung taknak minum susu. lembik sangat badan dia. ustaz datang tengok dia kata benda tu menumpang dalam badan anak aku. Aman menang nak keturunan aku mati. ustaz kata Aman ni dia memang akan buat apa saja sebab sekarang semua belaan ayah dia, dia yang kawal. meraung aku dah macam nk meroyan kenangkan anak aku baby lagi kot sanggup dia buat macamtu. 3hari jugak anak aku baru pulih. lepas dah pulih tu laju je dia minum susu. lapar sangat dahtu.

aku balik UK semula. lamaa aku dah tak kena gangguan apa2 lepas pantang. satu hari dapat call dari mak aku cakap Aman dah mati. Aku terkejut gila. orang jumpa Aman kemalangan dekat kawasan kampung jugak. katanya kereta masuk sungai dan dia mati lemas. sebelum dia mati tu ramai dah orang cakap dia macam tak betul dan sangat tak terurus. rumah puaka yang dia duduk tu terus menerus jadi puaka sehingga sekarang. takda siapa berani lalu sampaikan orang kampung sanggup buat jalan baru semata-mata taknak lalu depan rumah dia. sampai mati aku tak boleh lupa apa yang Harun dengan Aman buat kat aku dan mak aku.

Oh ye aku lupa bagitau kenapa dia kacau aku sorang je teruk2 bukan adik beradik lain. hmm sebab aku yang paling iras dengan mak aku dan waktu mak aku mengandungkan aku, dia pernah terserempak dan dari situ dia dah aim aku yang akan jadi mangsa seterusnya. mangsa untuk dia balas dendam dekat mak aku. jadi Harun ni memang bagi Aman sukakan aku dah dia suruh belaan dia tolong Aman untuk dapatkan aku. Alhamdulillah sekarang semua dah selesai. mak ayah family aku semua bahagia. family mertua pon sama. aku makin bahagia dengan Khairil cuma tu lah Allah uji gugur anak kedua. doakan aku cepat sembuh ye semua. terima kasih followers yang sudi tunggu aku untuk sambung. yang kecam jugak terima kasih sebab berjaya buat aku gelak baca ayat korang haha. ada rezeki nanti aku cerita pulak pasal orang lain. yang aku alami sendiri jugak. pasal aku dah habis hehe. ok terima kasih semua. Assalamualaikum 🙂

-Amy #sissombong

16 thoughts on “Anak Bapak Setan Akhir”

  1. Alhamdulillah. Dh selesai smua. Scary nye pengalaman akk. Kuat dugaan akk nk kawin kn.Semoga akak terus bhgia dgn suami, anak, kluarga yg lain & cepat sihat. In Shaa Allah, aamiiin

    Reply
  2. Alhamdulillah happy ending ats kesabaran yg sis ada. Bertabahlah ya. In syaa Allah ada rezki lain Kali tu. So sweetlah suami kak…

    Reply
  3. Akhirnya….
    Semoga segala pengakhiran untuk si Aman dan Harun, menjadi iktibar unutk kita yang masih hidup ni.
    Syukur Amy dah terlepas dari semua kerja-kerja syirik dek penangan orang yang menduakan Allah.
    Semoga Amy sekeluarga bahagia dunia akhirat.

    Reply
  4. kesiannya sampai hati diorng buat mcm tu …. tapi kekadang manusia yg bersekutu dengan syaitan ni suka menguji or wat testimoni dekat orang lain… kadang kadang orang x berdosa jadi mangsa

    Reply
  5. Cite akak bagus sgt tapi tu la bila ber sambung tu cerita lama dah lupa jadi xsemangat haha..apa2 pun ble baca semangat blik..well done!.

    Reply
  6. Mmg babi tul Harun ngan Aman anak beranak…padan muka mampos…dok lah kt neraka…elok mampos usah tanam ikut islam…bakar jer lg bagus

    Reply
  7. Jhatnya mnusia sgup nk bunuh org len sb dendam. Ksian Aman mti dgn keadaan bgitu. Rugi. Sungguh rugi…. syukur sis dh ok skrg. Smoga cpt dpt bby bru yg sihat.

    Reply

Leave a Comment