#anakdiabetes (aku ja kah nampak ? )

Hai korang , assalammualaikum ,. Hmm takyah la tahu nama aku cukup kenal dengan gelaran #anakdiabetes ? Bila baca FS wahh seronok ! Sebab aku suka benda mistik ii Ni . Dan dahlama aku nak cerita kat korang (FS) huhu.. Thanks dekat admin dan adminah yang tolong post kan cerita aku sebab aku teringin nak sangat nak post kat FS ?mungkin cerita Aku tak gempak ! Tak Seram macam citer orang lain , Tapi aku cuma nak kongsi pengalaman Aku hidup . Harap korang sudi membacakan dan minta maaflah kalau ada typo atau ayat terbelit belit huhu . Hei aku tahu ada family dan kawan aku dalam ni mohon senyap ii eh ? . Mungkin dulu aku selalu minta kat Allah supaya menampakkan benda ii nih ? sebab jelaous kat orang yang ADA kelebihan melihat . Amik Kau Jangan kata “Allah s.W.t” tak pernah dengar doa Kita . ?

Part 1 – Rumah Baru
Kami pindah ke Johor Dan beli rumah di Johor. Rumahnya dah dibaiki dulu kalau masuk masyaallah ! Kotor sekotornya. Semua bilik air ada pad wanita yang tak di basuh! Sumpah aku tak tipu banyak ! Dalam tangki pam dalam lubang jamban! Aku takleh blah. Rumah tu rumah seorang ustazah dari sekolah rendah agama. Bila masuk rumahnya ya Allah suram betul takde cahaya masuk senang cakap macam takde cahaya keimanan ( hmm )

Tempat tu dulu tempat penagih dadah. Oleh kerana abah nak sangat beli, mama uruskan  dari A – Z. Rumah tu pon dah cantik, selesa nak duduk. Katanya abah selalu risau tentang hutang ni. Dia tak mahu hutang. Semua tanah dah jual waktu dia sakit sebab bayar sana sini ( Ni aku takthu sangat). So kami sekeluarga hidup bergantung dengan duit pencen abah dan adalah sikit kakak aku bagi mama abah .

Rumah kali ni kami duduk dekat 8 tahun. Rumah ni dekat dengan surau senang  abah nak pi surau, kedai pon dekat, nak keluar ke jalan besar pon senang. Rumah ni ada 3 ruang tamu 1 dapur 3 bilik air 4 bilik ( a, b,c,d). Rumah ni berbentuk huruf L. Hujung sekali yang dekat bahagian ralan raya adalah dapur, hujung ke belakang lagi satu adalah bilik b.c.d. Kalau nak pi dapur nak nak aku kena lari pecut. Satu toilet mewakili 2 bilik ( a, b) mean boleh tembus lalu bilik. Bilik air lagi satu tembus bilik (c ,d) faham?

Ruang tamu 3 dekat dengan dapur dan bilik a. Ruang tamu 2 ada bilik b, c, d . Ruangtamu 1 bertutup hanya untuk tetamu luar sahaja boleh masuk . ( Harap fahamlah ??). Kalau tak buka tingkap pagi pon nampak gelap scary beb macam rumah hantu. Kalau kau duduk rumah tu rasa nak tidur je . . Kami tinggal 3 orang dalam rumah tu aku , abah , mama ( yg lain dah kahwin , kerja , belajar ).

Kadang rumah ni ada lah juga barang hilang. Dalam 3-5 hari lepastu jumpa balik. Kadang nasi basi lauk basi , dahla balik sekolah penat lapar ?. Dengan orang seret meja sesekali je. Aku yakin bunyi tu bukan jiran sebelah. Sebab rumah aku dengan sebelah agak jauh dan kosong takde penghuni .

 

Part 2-Dalam Rumah

Penah sekali sepupu aku yang 3 orang kecil stay rumah aku sebab mak diorang ada kursus. Aku rapat yang si bungsu tu umurnya dalam 2 tahun namanya H. Budak2 biasa lah tengok TV karton waktu maghrib dekat ruang tamu 2. Aku pon terjebak sekali

Si H yang main loncat kerusi sana ke sini, sampai kerusi yang sebelah tingkap. Tiba dia nangis dan tunjuk kat ruang tamu 1 yang tertutup pintu. Dia kata ” hantu! Cuak jugala ” Cepat I dukung dia pergi ke arah tempat yang dia tunjuk ” mana ? Tkde pon” Saja nak buktikan takde apa ( dalam pada masa sama aku pon takut). Selepas lalu kat situ ya Allah bulu Roma aku naik beb ! Si H lagi kuat nangis aku apalagi, matikan TV ajak budak tu masuk bilik sembahyang maghrib ( Tiba ii rasa berdosa hahah).

Kat rumah ni aku paling takut bilik di Sebab bilik ni terpinggir jarang orang masuk. Dengar citer ada orang penah meninggal dalam bilik d. Makin takut nak singgah apalagi nak lalu , Bila lalu pon aku lari ii hahahaha . ( Yg dekat dengan dapur )

Part3 – luar rumah
MASA Baru ii pindah , malam tu lepas isyak aku kena tinggal kat rumah. Mama dengan sis 4 beli makanan kat luar so aku duduk lah luar kat tangga sebab seram duk dalam rumah. Kebetulan abang baru balik surau. Aku nampak abang sebab rumah sebelah alan raya. ” ehh ? Abang tumpangkan sapa ?” Aku pelik gak, perempuan baju putih , rambut panjang tengah main rambut. Bila abang sampai dekat dengan rumah “dia ” dah terbang kat depan rumah yang ADA pokok sawit . Aku blur ! Ah Baru perasan tu Pontianak ? wahh takdela buruk sangat bajunya , rambut pon lawa (hahaha). Aku diam ja tak citer kat mama .

Part 4 – Ruangtamu
Waktu dulu abang penah lah duduk rumah ni sebab cuti kat madrasah. Dia sorang ja kat rumah kami pula takde masih duduk KL (ulang alik). Abang cerita la kat kami, malam tu dia tidur dekat ruang tamu 2. Ruang tamu 2 ada pintu keluar untuk laluan tepi rumah sebab sidai kain mesti lalu pintu tu. Pintu jenis yang ADA dua pintu ( aku tak tahu namanya faham kanlah). Satu lagi pintu ruang tamu 1 ( masatu ruang tamu 1 tak di bina lagi ). Ruangtamu 3 ada 2 pintu masuk satu untuk pintu belakang satu lagi pintu masuk dari depan keluar masuk . Jadi ada 4 pintu rumah nie yang boleh keluar masuk .

Malam tu abang tidur ruang tamu 2. Tiba dia terbangun dalam pukul 12 gitu. Pintu semua terbuka! Abang aku tutup ja lah semua pintu ( dia ni sebenarnye blur hahaha ) tidur balik. 2 – 3 kali berlaku lagi. Abang aku tengok kat bilik takut ada perompak ke tak ( SEL SEL otak baru berhubung) tapi takde orang pun. Dia dah rasa lain macam dia duduk ruang tamu 2 buka semua lampu lepas sahaja kunci semua pintu sambil duduk bersila, dia mulalah baca surah yang dia tahu.

Meremang jugala , lepastu Alhamdulillah takde apa yang berlaku. Mula aku tak caye juga tapi lama bila fikir balik , baru percaya .

Lepas aku tingkatan 4 , makin aktif syaitonn ni mengusik. Benda ni makin bermaharajalela kat rumah. Aku dengan mama selalu tidur ruang tamu 2 sebab selesa senang tengok TV dan luas. Dah malam tu aku tidur tak buka lampu sebelah kanan dari ruang tamu 2, ada ruang tamu 3 sebelah kiri dan sedikit pintu ruang tamu 1 yang dah dikunci. Ruangtamu 3 sepatutnya buka lampu aku degil tak mahu bukak. Lampu luar sebelah kiri dah buka jadi terang lah juga so aku yang tengah nak tidur mengiring ke Kanan pandangla ruang tamu 3.

Tengah berangan nak tidur, perasan ada benda gerak ii , , Pandang lagi untuk kepastian. Bila dah tenung tu adoyaii ! Apa benda kat bawah meja makan ruangtamu 3 tu !! Sekali dia gerak mak aihh ” jerangkung ” beb ! Hitam seluruhnya duduk bawah meja makan tengah cangkung ya Allah ! ” Jerangkung nya makin dekat dengan aku ! Aku cepat ii selibung ngesot kan badan ke mama baca ayat Kursi terus terrtidur . Bila cerita balik kat mama , tak percaya beb ! Sakit hati ! Hanya cakap halusinasi .

Malam tu dalam kol 12 semua dah tidur. TV aku matikan selalunya tak sebab buka radio. Malas nak tutup sebab kena bangun kena tekan kat TV. Aku terlelap lah sekejap dengan selibung satu badan sebab aku takut huhu.. Pernah terjadi masa tidur ada orang bercakap kat telinga Tapi tak dapat tangkap cakap apa . aku tunggu abang aku , dia kata nak balik , terdengar orang hon depan rumah , aku yang terus buka selibung terkejut ! Mak aih ! “Lembaga Hitam ” berdiri sebelah aku tengah tenung agak bongkok sikit badannya dan besar . Cepat ii aku selibung aku istigfar banyak ii , tetiba mama terperanjat mama jerit ” ahh ” terus Terduduk . aku yang mukanya selibung terus duduk rapat sebelah mama . Tanya lah kenapa dengan mama. Lepastu mama cakap ” tadi dalam mimpi mama ada lembaga nak cekik mama ” . maknanya betulla aku Nampak . Mama Ni selalu mimpi benda ii macam tu , yang aku tahu belah mama ni banyak simpan Tapi takthula sapa Bela , yang aku tahu ada Bela buaya kat tasik chini , harimau , saka ( tu ja aku tahu) .

Dulu aku suka tidur bilik c sebab dekat dengan bilik abah ngan mama. Kalau ada APA senang lari tembus lalu tandas. Katil bilik c dua tingkat atas aku baring, bawah kakak aku yang no 4. Sejak dia takde aku tidur sorang buat pertama kali. Tak pernah lagi tidur sorang selalunya tidur dengan mama ( Anak Manja ?). Tengah aku tengok Korea kat laptop dalam gelap terdengar suara orang berdehem dekat aku. Ingat kan abah yelah tandas sebelah je , aku diamkn ja. Batu pukul 1 am. Tengok lagi Korea , lepastu dengar lagi orang berdehem tak sedap hati terus Matikan laptop , baring selimut tutup sehingga Leher . Tiba ii tengah cuba untuk tidur ada hembusan nafas kat telinga kiri . Ya Allah ! Aku terus selimut terus selibung , tak sudah dengan tu katil Tiba ii goyang ii . Macam ade orang kat bawah tengah baring. Nak nangis rasanya . Dalam beberapa minit dah senyap . Baru aku boleh tidur ? . Bilik c tu memang aku dapat rasa ada sebab aku study kat bilik tu walaupon pintu buka ada ja suara orang kat belakang, hembusan nafas lah , mungkin nak ajar aku buat math kot .

Pagitu lepas siap ii kemas rumah pergi Mandi kat tandas bilik a Dan b . Abah takde pergi keluar 3 Hari , lepas sahaja Mandi aku pergi cari mama , ketuk bilik mama ” mama ! Mama !” Adalah something aku nak cakap (lupa ) ada orang nyahut , aku bukanlah pintu , pintu tandas tertutup aku panggil lagi ” mama dalam tandas ke ?” Lepastu mama nyahut ” hmmm ” , mama tak buka air tandas mungkin tengah tututut kot . Aku berjalan la pergi dapur nak makan , alahai ! Nampak mama tengah makan mee goreng ! Habis siapa kat tandas tadi ??? .

Hahaha , Kau bayangkanla tinggal bertiga kat rumah yang besar . Bila pukul 10pm dah sunyi , kadang ii aku tak tengok TV tkut punya pasal duduk bilik main fone . Dah tak berani tidur tutup lampu , rasa tak Aman tidur . Nasib mama tak bisimg electric Naik . Oleh kerana aku sorang ja nampak semua tak percaya . Nak suruh pindah rumah mama kata takpayah sebab Ni rumah Kita , ” dia” yang kena keluar . Time Ni tak berubat lagi . Relaks baca Ni tkkena kacau lah ? sebab ” mereka” hanya berminat dengan aku . Admin mintalah post kan , aku dah try post Kali ke 7 dah Ni , kasihanilah Hamba . Banyak lagi aku nak citer tapi takpalah takut ada yang bosan hahahha .

Maaf dari Anak diabetes .

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#anakdiabetes

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “#anakdiabetes (aku ja kah nampak ? )”

  1. Ko ni kena buat kenduri..doa selamat/buka rumah..panggil Ustaz suruh buat apa yg patut, buka/masuk semua bilik, supaya yg terperap dlm tu keluar..

    Reply
  2. Umah tu sebelum korg stay jd sarang penagih…
    Sebelum tu plak yg dok ustazah…
    Sooo yg buang pad2 tu sume sape benornye????
    Issshhh…jijik plak terbyg nih…

    Besor umh ko ekkk…
    Umah mak akk pon berbelok2 korner sna sni…
    Kdg blk kg dok blk depan sekali…
    Bile tetbe memlm nk g toilet, cuaaakkk jerrr Nk kuor blk sbb depan blk tu ade 3bhgn hall yg sgt luas dan lapaaannnggg sbb mak x suke perabot bebyk…
    Bile dh belok nk ke toilet plak akn terpandang 2bhgn hall blkg plak yg sunyiiiiii gituuuu…
    Mmg haruuussss ku kejut en.somi soh temankan…nasebleeerrr…
    Haahahahahha…

    Reply
  3. mmg besor rumah ni…nak kedapur pun boleh pecut…..adoyai….mmg kene wat kenduri doa selamat tu klw nak masuk umah yang lama kene tinggal

    Reply
  4. aku banyak skip baca nie.. agak boring dan tak berapa nak paham.. patut la sampai kene try post 7 kali.. apepom, citer nie ok..

    Reply
  5. Takde apa nak komen; just nak tanya je :
    Sekarang ni memang trend ke atau memang Cikgu Bahasa Melayu kat sekolah ajar kata ganda tu jadi ‘ii’ ?

    Takdelah.. Hakak ni masih leeer gunapakai kamus dewan edisi sekolah menengah dulu.. So mungkinlah tak terkejor dek Edisi terbaru.

    Dah mcm SKii (SKII) pulak yer.

    Reply
  6. Akak suka cerita ni.. memang menarik & tak sabar nak baca sambungannya (kalo ada yg part pegi berubat tu). Tapi 1 la akak nk mntak tlg.. mohon adik pasni off kan auto-correct tu pastu mohon betulkn kata ganda tu pliss. Tak paham akak membacanye.. at least kalo letak nombor 2 ke lepas perkataan tu adalah gak akak phm.. maafkan akak yg old skool nih ye 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.