Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. First of all aku nak ucap terima kasih kat admin FS sebab sudi siarkan kisah aku. Apa-apa pun sebelum aku sambung kisah aku ni, aku nak mintak maaf jugaklah dekat pembaca-pembaca cerita Angkara Sihir yang lepas atas masalah typo yang boleh tahan banyaknya. Aku mintak maaf andai kata typo yang berlaku menyebabkan mood seram korang hilang. Nak type bulu roma pun boleh jadik buku roma. Apa-apa pun aku dah janji untuk sambung cerita kalau terpublish so itulah tujuan aku kali ni. Haa, okay haritu aku stop cerita aku selepas aku tabur garam kasar tu. So, harap korang terhibur.
Aku ingatkan selepas aku tabur garam tu, semuanya akan okay. Tak sangka pula semakin menjadi-jadi. Siang selepas aku tabur garam tu, aku rasa tubuh aku panas. Aku ingatkan sebab aku nak demam ke ape so aku abaikan. Seminggu aku rasa macam tak berapa nak sihat, rasa macam nak demam, tubuh terasa panas tiba-tiba sampailah satu haritu aku rasa kulit aku jadi gatal. Sangat gatal. Aku tak fikir buruk pun masatu. Aku ingatkan aku allergic tapi keadaan kulit aku makin teruk.
Aku garu bagai nak rak sebab gatal sangat-sangat! Memang tak boleh nak tahan, dia punya gatal tu aduhaiii boleh terbalik mata kalo digaru. Lega sangat kalau digaru tapi perbuatan aku tu menyebabkan kulit aku luka, masa luka tu pun aku still tak boleh tahan kalau tak garu. Dah macam orang kena kurap dah aku. Mula-mula kawasan kaki aku yang gatal, lepastu naik ke kawasan kemaluan, punggung, perut, dada, leher,tangan last sekali muka.
Masa aku mula-mula gatal kat kaki tu, mak aku tak tahu. Aku pun tak tahu kenapa aku sorokkan benda tu. Mungkin sebab aku takut mak aku cakap aku kena kurap kot. Entahlah, aku tak pasti. Apa yang aku tahu masa tu kurap ni something yang buruk. Yelah, pemikiran budak 10 tahun. Masa tu aku jadi malu dengan keadaan kaki aku yang memburuk. Lalat pun sudi singgah melepak.
Tambahan lagi aku ni selalu pakai seluar panjang so mak aku tak perasan la. Ya allah, menderitanya aku masa tu. Tapi aku tak boleh nak sorok dah bila leher aku pun start gatal. Yes, keadaan yang sama jadi kat leher aku. Buruk, berkudis malah bernanah. Masa ni mak aku dah mula perasaan yang aku kena sakit kulIt yang sangat teruk. Bila dah sampai gatal kat kawasan muka, aku mula tak nak ke sekolah. Takde satu tempat pun kat tubuh aku yang terlepas dari masalah gatal ni.
Mak aku ade bawak aku pergi berubat kat klinik luar ngan hospital tapi tak ada sebarang perubahan.
Korang ingat tak lagi dukun yang aku cakap akan datang balik sebulan kemudian tu? Haa, bila dia datang ke rumah and tengok aku yang dah buruk dengan lalat yang singgah kat luka tubuh aku tu, dia jadi semacam. Dia jadi macam gelisah. Dia teruskan rawatan dia kat ayah aku macam biasa. Mak aku pun buat la special request kat dia untuk ubatkan aku sekali sebab sakit aku masa tu tak ada ubatnya di hospital.
“Aku cuba tapi…benda tu sangat hodoh. Bertenggek kat bahu adik tu… Hodoh sungguh!” terkejut aku bila dengar ada yang bertenggek kat bahu aku. Tiba-tiba aku teringat bisikan yang aku dengar selepas aku selesai tabur garam malam tu.
“ Aaaa…ko tungguuu…” haaa itu yang aku dengar malam tu. Benda yang sama ke yang bertenggek kat bahu aku masa ni? Aku tak pasti tapi masa dukun tu try rawat aku, aku rasa sihat. Kulit aku tak gatal.
“Adik panggil ustaz yang suruh adik tabur garam kasar malam tu. Benda tu nak adik hubungi ustaz tu kalau tak dia tak nak berganjak dari bahu adik. Makin lama dia bertenggek, makin memburuk kulit adik.” Bila dengar je dukun tu cakap macamtu, mak aku direct call ustaz tu.
Aku tak tahu apa yang mak aku cakap kat ustaz tu tapi selang beberapa hari kemudian ustaz tu ade datang untuk rawat aku. Berdepan dengan benda yang bertenggek kat bahu aku tu. Ustaz tu buatkan aku air mandian yang dah dicampur dengan limau nipis. Okay, korang bayangkan luka yang bernanah luka berkudis tu disiram dengan air mandian yang dah dicampur dengan limau nipis tu, Allahu pedih sakit ya ampun mengelupur aku dibuatnya.
Ustaz tu jirus air limau nipis kat aku tanpa pedulikan tangisan aku yang terjerit pedih. Sambil tu dia berkomunikasi dengan benda celaka tu.
“Pergi, balik ke tempat asal kau. Aku tak buat perjanjian dengan makhluk macam kau. Sama ada kau yang aku halau atau kau binasa aku kerjakan.” Ayat ni aku ingat sebab ustaz tu ulang berkali-kali. Mak aku masa tu menangis tengok aku mengelupur. Pedihnya ya allah, aku tak reti nak jelaskan. Ibarat kau luka then kau jirus dengan air limau nipis. Boleh bayangkan tak seksa yang aku rasa?
Habis je air dalam besen yang pertama tu, ustaz tu tengok aku. Aku tengoklah dia balik then dia marah “degilnya!” dia pun jirus lagi sampailah aku slowly hilang rasa pedih. Aku dah tak menjerit, tak mengelupur malah aku tak rasa apa-apa. Ustaz tu pun berhenti. Aku tengok dia berpeluh-peluh. Mak aku peluk aku yang tengah basah tu. Aku jadi blurr jiwa aku rasa kosong.
Ustaz tu kata benda tu dah tak ada kat aku. Aku akan sembuh seperti sediakala. Apa yang ustaz tu takut, benda tu mungkin akan kembali sebab aku biarkan dia terlalu lama bertenggek kat bahu aku sehinggakan benda tu nak berdamping dengan aku.
Menurut ustaz tu, benda lahanat tu marah sebab aku cuba usir dia dengan taburan garam kasar tu so dia bertenggek kat aku sebab dia dah tak boleh bertenggek kat mana-mana kawasan di luar rumah. Yelaa, kan aku dah pagarkan so dia bertenggek laa kat aku.
Kulit aku jadi berkudis bernanah tu sebab effect dia berdamping ngan aku. Makin lama maka makin teruk laa keadaan aku. Apa yang ustaz tu cakap memang betul. Lahanat tu kembali tapi bukan atas bahu aku, sebaliknya bahu kakak aku yang dijadikan tempatnya berteduh. Kakak aku ade balik seminggu selepas aku dimandikan dengan air limau nipis tu. Then, dia rasa gatal kat kawasan kaki. Simptom yang sama macam yang aku alami. Aku tak nak kakak aku jadi mangsa so aku sendiri yang call ustaz tu dan ustaz tu rawat kakak aku sama macam dia rawat aku. Alhamdulillah, kakak aku sembuh. Malah, kitorang berdua bebas dari masalah kulit dah.
Haa, berbalik ngan dukun tu. Ayah aku semakin okay sejak dirawat dukun tu. Ayah aku happy sangat sebab dah boleh jalan-jalan kat luar rumah. Ambik angin waktu pagi, jenguk pokok-pokok yang dia tanam sebelum dia sakit hinggakan dia bagi trust kat dukun tu yang mana aku kira dalam 100% laa dia punya trust tu. Hinggalah satu hari tu dukun sekali ngan kereta Landcruise ayah aku hilang tanpa berita. Kereta tu sampai sekarang tak jumpa dah.
So bermula laa sekali lagi episod family aku mencari perawat yang boleh merawat ayah aku. Cari punya cari mak aku jumpa seorang tua ni, dia ada kebolehan yang aku rasa sangat unik. Cara dia merawat nampak mengarut tapi kita yang akan terkejut. Macam ayah aku tu, pak cik tu hisap kat satu point tubuh ayah aku. Seingat aku haritu kat kawasan bahu. Dia bukanlah hisap macam hisap botol susu tu tapi cara dia lebih kepada menyedut. Tiba-tiba dia stop then capai something dalam mulut. Wah, macam magik segala macam jenis paku, jarum keluar dari mulut pakcik tu. Nampak macam aku menipu kan? Tapi sumpah dia memang reti sedut sakit dari tubuh kita dan benda tu akan keluar dalam bentuk lain. Lepas benda-benda yang tak sepatutnya ada tu keluar, ayah aku rasa sedikit lega.
Pakcik ni okay orangnya cuma dia tak boleh nak rawat ayah aku untuk sembuh. Dia hanya boleh tolong untuk melegakan sakit sahaja. So, hasil pencarian bersama dengan makcik aku, jumpa laa seorang lagi ustaz. Seingat aku, masa dengan ustaz ni laa ayah aku dapat petunjuk siapa yang menghantar sihir ni. Dengan lembutnya ustaz ni cakap orang yang hantar sihir ni memang sakit hati sangat kat ayah aku sebab kacau periuk nasi dia.
First sihir melalui makanan, lepas tu dia hantar lagi para-para askar jinnya untuk menyerang ayah aku. Bila aku tabur garam haritu, dia pun nekad untuk hancurkan aku sekali so dia kirim benda kat aku. Yang bertenggek kat bahu aku haritu sebenarnya balik sekejap jumpa tuannya sebab aku dah halau pakai garam kasar tu tapi tuan arahkan dia laksanakan tugasnya untuk kejekan aku plak.
Haa, pasal rasa kena ngendap tu pun dia yang hantar supaya hati aku sentiasa dalam keadaan yang curiga, resah dan gelisah. Tentang bunyi-bunyi kat tingkat atas rumah aku, itu bunyi depa bersorak sebab berjaya buatkan aku takut. Buatkan kitorang tak selesa supaya kitorang rapuh untuk jaga ayah aku sebab semua ni berlaku kerana dendam cikgu tu kat ayah aku. So, dia sengaja buat kami ketakutan supaya kami salahkan ayah aku. Yang aku ngan mak aku tak sangkanya tu kalo kat depan kitorang cikgu tu bukan main baik. Senyum meleret je bila tengok aku ngn family aku. Memang baik laa. Lagi aku tak sangka, dia tu cikgu tapi still nak hantar hantu jembalang untuk hancurkan someone yang dia tak suka.
Ustaz kali ni berjaya menundukkan jembalang yang dihantar tapi bisa ular yang diguna dalam sihir ni tak dapat nak dikeluarkan sebab dah terlalu lama berada di dalam tubuh ayah aku. Aku ingat lagi ayah aku muntah sebaik saja ustaz ni pukul belakangnya 3 kali. Ya allah…ada rambut, ada kaca halus, ada paku tekan kecik tu, eh macam-macam laa tapi bisa ular tak keluar. Menurut ustaz yang berkomunikasi dengan jembalang tu, si jembalang lahanat ni sudah diamanahkan oleh tuannya untuk menghancurkan kerjaya ayah aku, keluarganya malah sehingga nafas terakhir ayah aku dia akan tetap melaksanakan amanah yang diberi oleh tuannya. Wah, setia sangat.
Ustaz tu cuba hantar jembalang tu balik kepada tuannya, tapi disuruh datang semula kat ayah aku. Walau dia dibunuh sekalipun, tuannya akan hantar yang lebih hebat. Haa, kira macam tu laa apa yang ustaz tu terangkan. Ustaz ni pun surrender nak lawan sebab mulanya dia lawan dengan sekor, lepastu berekor-ekor plak yang lain datang.
Ayah aku masa ni memang dah putus harapan. Dia langsung tak mendoakan kesembuhan dah tapi meminta kematian agar cepat-cepat datang. Sedih wei bila hari-hari ayah aku asyik bercakap tentang mati. Sejak tu hari-hari yang kitorang alami suram yang amat.
Aku ingat lagi, pagi sabtu tu aku jaga ayah aku sorang. Mak aku ada kerja kat sekolah kalau tak silap aku kelas tambahan untuk murid UPSR. Aku tengok ayah aku tengah tidur, so aku on tv dok depan tv. Tapi aku tak fokus pun sebab bunyi-bunyi dari tingkat atas agak mengganggu aku. Biasanya bunyi ni akan ada setiap kali ayah aku tidur.
Tengah aku berkira-kira nak pergi jenguk ke tingkat atas atau tak, tiba-tiba pintu bilik tamu tempat ayah aku tidur tu tertutup sendiri. Kuat sangat pintu tu tertutup. Melompat dari sofa aku sebab terlampau terkejut. Aku terus pergi jenguk ayah aku. Slowly bukak pintu. Allahu, sekali lagi aku terkejut tengok ayah aku terduduk atas katil dengan mata yang masih rapat terpejam.
Aku try panggil tapi ayah tak sahut. Aku pergi dekat. Eh, ayah aku tengah tidur tapi kenapa terduduk pulak? Tadi elok je terbaring. Slow-slow aku baringkan balik ayah aku. Aku tak mahu tidur dia terganggu. Elok dah aku baringkan dia, tiba-tiba tangan sebelah kanan dia melurus tunjuk kat aku. Seram wei, benda ni dah tak kira siang atau malam. Aku bergerak ke kanan, tangan ayah aku pun follow tunjuk ke arah kanan. Bila aku ke kiri tangan dia pun follow ke kiri. Seolah-olah dia boleh nampak aku tapi tak mungkin sebab ayah aku tengah tidur. Rasa seram sejuk aku dibuatnya. Takut? Memanglah aku takut. Menangis beb, ya aku menangis sebab aku tak tau nak buat apa. Aku keluar dari bilik tu. Menangis sorang kat dapur sebelum aku sekali lagi terkejut bila ayah aku berdiri kat pintu dapur.
Untuk pengetahuan korang, ayah aku tak ada kudrat pun nak berdiri masa ni. Aku sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh ada kat situ. Dia tak tegur pun muka aku yang sembap nangis atau hidung aku yang memerah, sebaliknya dia tenung je aku. Lepas seketika dia pergi baring semula then sambung tidur. Selepas daripada kejadian tu, aku terus tunggu mak aku kat depan pintu utama sebab aku jadi takut nak dekat-dekat ayah aku. Benda ni berulang sampai laa…
Aku habiskan cerita aku terus ye? 11.03 2005 – Subuh tu aku tenung muka ayah aku. Aku cium dahi ayah. Hati aku rasa macam hiba tiba-tiba. Rasa macam tak nak pergi sekolah. Pagi tu tenang je, ayah aku tak meracau macam biasa. Tapi aku abaikan rasa hati aku tu and pergi sekolah. Masa ni aku dah naik darjah lima. Baru je bagi ucap selamat kat cikgu, kazen aku datang jemput aku ajak balik. Ayah nak jumpa katanya. Ayah sakit. Okay, dalam hati aku dah boleh agak ‘sakit’ yang macam mana.
Aku sampai ke rumah terus pergi jenguk ayah aku. Aku tengok seluruh ahli keluarga aku ada kat dalam bilik. Longlai kaki aku pergi kat ayah aku. Aku pegang tangan ayah. Kakak aku sampai pukul 9 pagi macam tu, ayah aku dah tak boleh cam kitorang. Dia asyik cakap dia dah tak nampak. Dada ayah berombak kencang. Matanya tertutup rapat. Anjang Teh aku bisik kalimah kat telinga ayah manakala aku dok perati dada ayah takut kalau-kalau dada tu berhenti berombak.
10.20 pagi, apa yang aku takutkan pun berlaku. Dada ayah aku dah berhenti turun naik. The end. Tamatlah riwayat ayah aku angkara sihir, dengki, sifat benci dan iri hati. Korang, ayah aku dah takde. Ayah aku tewas dalam perjuangan dia. Ayah aku pun dah terlalu lama berjuang. Setahun lebih dia kena sihir, cuba bertahan tapi Allah dengar permintaan ayah aku yang meminta agar kematian didekatkan dengannya.
Perginya ayah aku tu sekali dengan jembalang hantu lahanat semua tu. Serta-merta gangguan terhenti. Takde lagi bunyi-bunyi pelik dari tingkat atas. Takde lagi rasa semacam ada yang mengendap. Semuanya hilang macam tu je.
Cuma apa yang tinggal kat aku sekarang aku boleh rasa kalau-kalau ada benda lain cuba mengganggu. Aku tak pasti bila aku boleh merasa kehadiran benda ni tapi disebabkan perkara ni laa si putih berbungkus memunculkan diri depan mata aku masa aku di sekolah menengah. Tak masuk lagi aku terkira kawan-kawan aku yang sepatutnya ada 9 orang tapi terkira 10 orang tu. Haa, masa ni laa aku kantoi yang aku boleh nampak sesetengah daripada depa.
Benda ni guys dia pelik tau. Bila mana dia tahu kau boleh nampak dia, makin tu dia akan usik kau. Masa kawan aku kena rasuk something tu pun aku dulu yang perasan tapi masa ni aku dah pun kat alam kampus. Ya, sejak kes sihir tu aku boleh nampak dan rasa kehadiran benda ni tapi aku bersyukur hijab aku tak selalu terbukak. Cumanya bila terbukak tu aku akan teringat sampai sekarang. Muka si putih berbungkus tu masih jelas dalam kepala aku.
Akhir kata, doakan ayah aku kat alam sana ya semua? Aku rindu sangat kat dia. Benarlah kata orang rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah pergi. Al-fatihah.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
yehhhaaaaa!!!!!!!! im da 1st pengomen in here.. tq..
and im da second too..peewwiittt
third..
Lan bingai
kejam Nye lahai…al fatihah untuk ayah kamu..
😣
Al fatihah buat arwah ayah awk….semoga arwah di tempatkn di kalangan org2 yg beriman…
Ksiann nyaaa hmmm
Sad ending..
apa jadi dekat si penyihir?
Penyihir lps ayh meninggal, dia pindah sekolah dan x tau khabar brita…ntah kn hidup ntah kn mati dh… Satu je yg ayah pesan haritu, biar kn penyihir tu, jgn terbalikkan sihir, krana kita ada pegangan, kita ada tuhan, kita ada Allah 😊
betol tu…kalau dia trlps d dunia, d akhirat lg teruk dia kena…moga roh ayah awk d cucuri rahmatNya dan d tempatkn d kalangan org yg beriman…Aminnn
semoga tabah sis sekeluarga… btw your mom still kt sekolh tu lgi ke??
Terbaik. Jangan berdendam.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Sya doa kan Allah tempat roh nya bersama2 orang2 soleh dan beriman. Di ampunkan segala dosa2 nya dan diberkahi segala amalan2 nya.Alfateha.
AlFatihah untuk arwah ayah awak..
Sedihnya 😭 sampai hati manusia yg buat mcmtu.
sedih betul cerita ni 🙁
Weh sedihnya 🙁 terima kasih sebab berkongsi. Peringatan tentang berapa jahatnya manusia kalau dah dengki. Semoga keluarga awak tenang dan tabah.
Sad. Semoga lu tbh brother
Dunia isinya penuh hitam.. Tapi jangan pernah putus asa mencari yang putih itu untuk berpegang..
Semoga keluarga kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT..
Apsal rasa cm sebak ek? hmmm,.. Semoga ayah awk tenang di sana.
Giler la sape yg sihir orang sampai ajal. Betul2 dah takde iman.
Kejam. Hati hangus hitam legam likat melekat sendat ketat kaw2 punye hitam.
Semoga si penyihir terima balasan yg setimpal sebelum temui ajal. tu tak kira kat akhirat lagi. Dosa syirik menduakan tuhan
Sedih kan..bergenang air mata…
Mmg tiada ‘nur’ pemain santau nie…..
semoga arwah tenang disana dan pelaku akan dpt balasan yang setimpal..be strong ye awk!
assalamualaikum.. semua dan salam ramadhan… i am the new guy here
W’salam… Salam Ramadhan
jadi? nak kena bentang kapet merah ke?
bertabahlah ye awk… semoga arwah tenang disana.. by the way good writing…. i give u 9/10
Scary……. sangat2 kejam….. Balasan telah tertulis untuk pengamal sihir….. InsyaAllah Ayah saudara/saudari ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
kerana sihir lah keluarga saya musnah, ayah berpisah dengan mak gara2 seorang perempuan yang berperangai syaitonirrojim
Sebak pulak..huhu. Jadi ank y solehah, selalu doa kt ayah, inshAllah nanti dapat jumpa di syurga 😍
sebakkk sgat bile part ayah dia meninggal tuh, menitis air mata .. jahatnya mnusia , kejamnya dia bila hati berajakan hasad dengki . Al-fatihah buat arwah . semoga sentiasa tenang disana & syurga tempatmu .
Allahu..stay strong sis..
semoga rohnya tenang disana..
al-fatihah..semoga roh nya tenang d sana..ikhlas kan hati relakan pemergiannye dari hidup terus terseksa.
Sapa yang hantar sihir tu
Nice
Ade sorg ckgu kt sklh yg sam jgk…
Allahu sedihnya..alfatihah..semoga arwah dtempatkan dkalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh
sedihnye..benci btol org yg suka pakai sihir ni
sambung lah cite yg berbungkus dan 9 to 10 tu.. mcm best je 😬
Dah Banyak dengar pasal sihir ni..Dan boleh bawa kematian..semoga arwah ayah awak ditempatkn kalangan orang soleh.dan bagi mereka yg melakukan,semoga mendapat azab diakhirat nt..aamin
Best, Apa pun Al-Fatihah untuk ayah kamu yaa..
Sedihnya.. Semoga ayah ko ditempatkan dikalangan org2 beriman. Aamiin
Semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman… alfatihah
Sebenarnya dia hantar sebb apa? Sebb bende kecik je? Dahla cg.
Sbb bila mana arwah ayh dh jadi pk1, dia khilangan elaun memangku…elaun memangku ni besar so dia kira rugi laa…ats sebab tu je…
ni org sarawak ke? blh share x no ustaz yg blh ubat org ..
Yup, org srwk…dh lost cntct dh semua yg pnh merawat…bnda dh masuk 13 taun yg lps…
asal sine ktk? kmk asal lapar jak terus makan. haih. hahahahahahhaha
Kmk asal ngantuk terus tdo 😁
Kmk kadang2 asal lapar mala jak makan. Selamat sungkey! Hahahahahah
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Alfatihah utk ayah awk. Smoga tmsk dlm klangan org2 biman n soleh. Amin
sedih
Al-fatihah..Salam takziah.Sy doakan arwah ayah awak tergolong dalam org yg di redhai Allah.amin
Jangan lemah,sentiasa kuat utk ibu awk..
Sedihnya.. Go strong ok
Ok boleh lah cerita ni…
SEDIH LH
Tak sangka ada lagi cikgu sebusuk tu
Ayah awak setahun dah kena sihir meninggal. Mama saya dah 4 tahun lebih kena sihir. Natang tu buat dia susah nak jalan. Perot membesar. Kaki berat. Sesak dada. Haihhh. Org yg sihir tu mengaku buat tapi dia macam takdak maruah. Still datang rumah makan. Kadang2 aku rasa nak bunuh ja setan tu.
Al-Fatihah utk arwah..
Moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman..
Arwah ayah saya pun meninggal angkara sihir.tapi org yg menyihir tu dah mati lama dah pun cuma sebelum dia mati tu dia suruh benda tu tetap ada dsisi ayah saya smpai ayah saya meninggal.kira mcm benda tu anggap ayah saya tu tuan baru dia la.Ayah saya meninggal pada 1.11.2017.
alfatihah utk ayah awak
ya allah sakitnya kena kurapp…mogasihat2 saja hendaknya..