Apa Adik Nampak?

Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan kisah aku ni. Kalau sebelum ni aku jadi pembaca je dalam FS ni, tapi kali ni aku teringin nak kongsikan kisah sebenar yang terjadi pada diri aku. Maaf kalau kisah ini tak menepati KPI seram yang korang ingin kan. Harap korang enjoy lah dengan cerita aku ni.

Kisah ni berlaku pada aku kira-kira 5 tahun lepas. Masa tu aku masih belajar lagi dan sedang cuti semester. Untuk pengetahuan korang, mak aku ada jaga seorang anak jiran, lelaki dalam umur setahun lebih. Aku namakan budak ni Boboy (bukan nama sebenar). Boboy ni belum pandai bercakap lagi. Cuma perkataan mudah je dia boleh sebut. Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian tu aku terpaksa tinggal berdua dengan Boboy dekat rumah. Sebab masa tu mak dan ayah aku keluar ada urusan. Jadi tanggungjawab akulah yang kena mandikan, sediakan makanan dan jaga Boboy.

Pagi tu lepas Boboy bangun dari tidur, aku mandikan Boboy. Masa tengah mandikan Boboy di dalam tandas, aku dah perasan yang mata dia asyik pandang belakang aku je. Macam menjengah sesuatu. Aku abaikan jelah sebab tak fikir apa-apa. Keluar tandas aku keringkan badan Boboy dengan tuala. Sambil tu aku main cak-cak dengan dia. Aku agah buka tutup kepala dia dengan tuala. Mula-mula agah tu dia ok, senyum gelak-gelak suka. Tapi lepas kali kedua dan ketiga aku agah dia, aku perasan mata dia tak pandang aku. Mata dia pandang bahagian belakang aku. Macam ada sesuatu yang agah dia juga dari belakang aku. Lepas tu dia tunjuk kat aku sambil gelak-gelak. Bulu roma aku serta merta meremang. Aku tak berani nak toleh.

Cepat-cepat aku bawa dia pegi ruang tamu untuk pakaikan baju. Aku baringkan Boboy atas lantai untuk pakaikan lampin. Tiba-tiba Boboy tunjuk belakang aku sambil cakap “Tu..tu..tu..” seolah-olah memaksa aku untuk melihat ke belakang. Dalam hati aku cakap janganlah tunjuk. Aku turunkan tangan dia dan jawab “Tak ada apa-apa”. Lepas tu dia tunjuk kat sebelah aku pulak. Dan kali ni ‘benda’ tu betul-betul muncul sebelah aku. Daripada pandangan sisi mata, aku nampak ‘benda’ tu sangat tinggi dan badannya hitam gelap. Aku dah mengigil masa tu. Mulut hanya mampu ucap “Allahuakbar” banyak kali. Dalam beberapa saat lepas tu ‘benda’ tu dah hilang. Aku pun lega. Cepat-cepat capai phone, telefon kakak aku suruh dia balik temankan aku dekat rumah waktu makan tengahari tu. Sampai waktu tengahari tu dah tiada gangguan melainkan masa aku solat zuhur, ‘benda’ tu ada main tepuk-tepuk tengkuk aku masa aku sujud. Itu pun aku cekalkan hati teruskan solat.

Bila petang, aku ceritakan dekat abang aku pasal kejadian pagi tadi. Abang aku tanya Boboy “Boboy nampak apa pagi tadi?” . Boboy pun jawab “Hantuuuuu….” (sambil mata terbeliak dan tangan tunjuk kearah satu sudut di ruang makan rumah kami).

Sekian.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

syinorita

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “Apa Adik Nampak?”

  1. ye betul kadang-kadang anak saya pun akan tenung sesuatu tempat dalam jangka masa yang lama , contohnya waktu tidur dia akan tenung satu bahagian je di syiling, tiba-tiba mata dia akan melirik perlahan-lahan mengikut arah benda tu begerak (cthnya terbang @ melekat pada dinding). bila saya toleh tgk memang tak ada apa-apa, malah seekor cicak pun tak ada. dari situ saya tahu ada sesuatu dalam bilik kami.

    Reply
  2. Mcm mlm td.aku bwk sepupu aku umo dlm sethn.aku bwk die blk umh sbb mak die nk buat keje.disbbkn aku nk mnd aku bg die mkn dulu n main2 bila die dh leka aku trs g blk air aku mnd tp aku xttp.pintu.sbb tkt kang xpsn die buat ape.pintu bik air aku mengdp ruang tamu so senang la kn.tiba2 die nangis n dtg dkt blk air aku agah2 la die nk bg die gelak tp die buat suare mcm nangis pandg je aku.alahai lia asl kau buat mcm tu.asyik pandg aku je.last2 aku mnd ala2 kambng trs kluar siap2 trs kluar rumh.

    Reply
  3. Cerita macam tak ditamatkan dengan sempurna.
    Saya setuju memang tak seram, jika tak dilalui sendiri.
    Cerita terlalu pendek tapi padat dan ok.

    Markah: 5/10

    Teruskan berkongsi

    Reply
  4. Min, dekat email article tajuk “Apa?”..Tapi bila tekan link sebab nk baca komen netizen, keluar cite lain pulak. Mohon betulkan min

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.