Apartment Bangi

Hai semua. Assalamualaikum. Aku sebenarnya dah kerja dah. Cuma cerita dekat FS banyak cerita zaman U masa student. Story aku ni agak typical. Tapi kalau siapa yang ada kelebihan boleh nampak benda tu, mungkin dia paham. Banyak lar jugak yang aku alami. Nak cerita satu per satu pun malas sebab tak nak ingat pun. Okay back to my story. Aku dah umur 28 tapi cerita nie masih segar dalam ingatan.

Macam student lain, kami yang perempuan ni cari rumah sewa apartment lepas dah tak layak duduk kat kolej asrama. Tempat aku belajar degree dulu kat Bangi. Aku rasa Bangi ni area keras. Aku kerap giler nampak benda-benda ni dekat Bangi. Berselisih dengan pakcik tua mata semua putih lar, nampak jelmaan lembu yang korang tengok dekat Spain tu. Alar orang yang kibar2 kain merah nak kasi lembu kejar diorang tu. Nampak benda dalam bertelekung, muka hitam legam, mata macam marah. Hm. Macam-macam lar yang aku dah pernah nampak.

Tapi aku nk cerita dalam rumah sewa aku. Kami masuk rumah sewa tu sebelum semester start sebab kami ade masuk pertandingan. Tak ingat dah pertandingan ape. Silat kot. Kami jadikan master bedroom tu bilik salin pakaian, 2nd bedroom tu jadi bilik study and bililk kecik untuk gosok baju and simpan barang-barang. Jadi ruang tamu yang luas memanjang tu lar tempat kami tidur.

Kisah Pertama

Masa masuk rumah tu, aku dah perasan ada lembaga hitam besar dalam bilik master bedroom tu. Tapi aku buat bodoh je sebab kebanyakan benda-benda nie nak singgah je. Jadi aku tak hirau sangat. Satu malam tu, kami tengah tidur ramai-ramai macam biasa dekat ruang tamu tu, aku terjaga sebab dengar bunyi tapak kaki. Tapak kaki tu berjalan keluar dari master bedroom ke arah ruang tamu. Aku tidur dekat tengah-tengah antara housemates aku.

‘Dia’ berjalan ke arah aku. Kemudian ke kiri, then ke kanan ruang tamu. Dan patah balik ke arah aku. ‘Benda-benda’ ni tahu kalau kita tersedar atau kita boleh nampak diorang. Benda common aku buat, aku baca ape yang patut, dan gagahkan jugak kejut kawan sebelah aku dengan mata terpejam. Dengan harapan biar kawan aku tu terjaga dulu bukak mata. Baru aku confident nak bukak mata jugak. Muahahahah.

Aku gelarkan dia Lily je lar. Lily pun terjaga lepas aku dah gegar vaganza kan badan dia. Aku mintak tolong die pasang ayat al-quran kat handphone die. Siang tu bila diorang tanya, aku tak cerita. Tak nak takut kan diorang.

Kisah Kedua

Yang ni, gangguan yang paling extreme kat ruamah sewa aku. Masa tu dah lewat malam. Aku kat luar dengan kawan. Tepat jam 12 tengah malam aku dapat call dari housemate aku. Dia suruh aku balik cepat sebab Atie dah kena rasuk. Aku pun bergegas balik. Aku bawak sekalli kawan lelaki aku tu mana tahu boleh tolong kami yang perempuan-perempuan. Aku sampai sana, semua housemate aku dah ada kat parking kereta bawah. Aku tengok Atie duduk diam je dalam kereta. Muka berkerut macam marah. Aku tanya ape jadi?

Start dengan si Lily. Diorang tengah lepak-lepak nak tidur kat ruang tamu tu. Kemudian Lily Nampak Azzah masuk toilet. Tapi Lily cuma nampak Azzah dari tepi. Rambut Azzah tutup muka bahagian tepi tu. Lily saja panggil Azzah.

“Azzah. Azzah. Nak pergi mana tu?…”. Azzah pun keluar dari bilik study room tu (2nd bedroom).

“Ye, Lily. Kenapa?”, sahut Azzah yang baru keluar dari study room. Cewah. Macam tulisan novel pulak. Hahah.

Okay. Lily pun terdiam. Sebab dia nampak dengan mata dia sendiri yang Azzah masuk toilet. Time tu lar cermin dalam toilet jatuh pecah. Semua terdiam. Tiba-tiba si Atie ni yang dari tadi tengah main handphone gelak kecil sorang-sorang. Semua pandang Atie. Then housemate aku tegur, “Kenapa kau gelak Atie?”. Azzah dah rasa tak sedap hati and rumah tu terasa macam bahang panas. Diorang sume decide nak keluar sambil call aku. Diorang dah perasan Atie ni dah jadi orang lain. Diorang bawak Atie keluar. Atie pulak tanya, “Kita nak pergi mana nie?”. Berkali-kali Atie tanya. Kaki Atie melangkah keluar je dari pintu rumah sewa kami, Atie pengsan.

Housemate aku yang lain cuba bawak Atie turun ke parking dari tingkat 5 rumah kami. Tak ada lift. Tangga je ada. Kebetulan rumah kami sebelah tangga. Atie yang badan kecik molek tu, nak angkat dia seorang, terasa sangat lar berat. Sampai 2-3 orang kena tolong pimpin turun bawah. Bila aku dah sampai parking rumah sewa, kami semua tunggu pakcik si Lily ni. Kami ikut kereta pakcik Lily ni sampai ke rumah orang yang boleh ubatkan rasuk-rasuk nie. Nasib baik Atie tak mengganas. Die senyap je. Tapi masa dalam perjalanan, aku rasa ‘Atie’ resah sebab mungkin bukan tempat atau kawasan ‘dia’ lar kot.

Sampai di tempat tu, senang je orang tu keluarkan ‘benda’ tu dari badan Atie. Kata orang tu, benda tu ada dalam kereta kami pula. Dia pun tolong lar halau benda tu. Cerita nya, benda tu adalah betina. Cuma lalu nak menumpang saja di rumah. Tapi nie bukan lar benda yang kacau aku dengan tapak kaki tu.

Orang tu pun tahu yang aku boleh nampak. Katanya benda yang kacau aku tu duduk belakang pintu master bedroom. Lembaga hitam besar. Aku cakap betul. Kata pakcik tu pula, benda tu suka kat aku. ‘Dia’ tak sabar, excited, tunggu aku balik dari kelas. Pergh. Ada peminat lar pulak. Macam psycho. Seram. Pakcik tu pun tolong kami pagarkan rumah and sejak dari tu, dah tak ada gangguan. Atie pun okay dah macam biasa.

Haa. Tak ada cerita seram sangat-sangat pun yang ni. Dah banyak aku alami, dah banyak nampak membuatkan aku jadi lali dengan kehadiran dan gangguan mereka. Cuma aku perasan, semakin aku dekat kan diri dengan Allah, semakin kuat gangguan, semakin kerap aku boleh nampak. Tapi itu cuma trick nak menyesatkan umat Islam. Aku pun bukan nya alim mana. Banyak lagi yang aku tak tahu pasal agama aku sendiri. Sama-sama lar kita perbaiki diri ya.

Kalau ada masa, nanti aku cerita yang lain. Aku pun seram jugak nak tulis karangan ni dalam bilik hotel sorang-sorang. Kerja aku banyak travel. Jadi tak selalu tengok social media ni. Sebelum tidur je lar aku scroll kejap sampai lar mengantuk. Okay lar. Nak pergi keluar dinner. Bye2 semua. Assalamualaikum.

-Mawar-

7 comments

  1. Agak mencabar jugak baca kisah kau malam-malam buta macam ni dek non…
    Elok-elok aku berani, tetiba macam nak off lappy plak! Eheh eheh ehehehehehehehe

  2. Yang part makin nak mendekatkan diri dengan allah..makin bnyk kena ganggu makin banyk nampk..aku ada perasan jgk tu..betol mmg makin bnyk..tabah dan jgn putus asa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *