Apartment Tepi Laut di Perak

Assalamualaikum pembaca fs.. terima kasih admin sebab approve cerita pertama aku yg bertajuk Jiran Sebelah Bilik (sebenarnya jiran depan) bagi yg tak kenal aku lg, aku perkenalkan sekali lagi nama aku Anis. Sekarang aku nak cerita masa aku cuti semester dan balik ke kampung.

Kampung aku ni terletak di Perak. Dekat destinasi yg memang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kebetulan masa cuti ni, kawan aku dengan suami dia daripada Kuantan saja nak datang kampung aku. Pengantin baru inai masih merah saja gatal nak jalan pusing malaysia naik motor konon tapi sudahnya dapat pengalaman ngeri kah! kah!

Dua hari sebelum dia sampai, dia minta aku carikan hotel yang harga berpatutan di kawasan aku katanya nak tinggal 2 malam. Aku pun terus teringat hotel di dalam apartment di tepi laut ni. Hotel bajet yang paling murah di tempat aku dan terkenal la untuk orang orang belum kawin nak check in kejap (korang paham paham la). Aku pun start moto aku dan terus ke hotel yang aku maksudkan. Setel booking hanya tunggu mereka datang sahaja nanti.

2 hari selepas itu, mereka pun sampai. Selepas check in, mereka mengajak aku ke jetty untuk membeli tiket feri. Katanya nak jalan ke pulau. Aku pun kebetulan tengah bosan masa tu join laa sekali ke pulau. Ceh, adat laa jadi orang ketiga, aku la yang jadi photographer diorang sepanjang di sana. Sehari suntuk jalan kesana petang tu kami naik feri balik ke tanah besar lepak mamak, jalan jalan town dan terus ke hotel. Tah kenapa walaupun rumah aku sekangkang kera je dari hotel tapi aku gatal nak check in sama (bilik asing la weh jangan fikir aku nak kacau daun pulak) yelah sebab malam tu kami lepak sampai pukul 1 pagi kot. Kalau aku balik mesti kena bebel dengan mak aku sebab mak aku tak suka aku balik lewat.

Maka malam tu bermulalah episod ngeri. Masa aku nak tido, aku makesure tingkap (sliding door) di tutup kemas sebab aku taknak kesejukkan aircond aku keluar. Lepas je aku cuci muka, aku tengok langsir bilik aku mengerbang ngerbang macam di tiup angin bayu aa gitew. Aku pun pergi cek tingkap mana tahu terbuka kan, Tapi masalahnya tingkap tutup! Ah aku malas nak ambil pusing aku pun tido jelah!

Sekali lagi masa mata aku nak lelap aku terdengar ada ketukan di tingkap bilik aku, aku bingkas bangun nak marah siapa yg kacau aku kan tapi bila aku tengok luar tak ada orang lagipun bilik aku tingkat 4 kot bawah apartment ni tingkat parking kereta takkan ada org gila nk panjat ketuk! (tingkat 4 tu aku kira sekali dengan ruang park kereta 2tingkat di bawah) Masa tu aku da meremang.

Lagi membuatkan aku seperti terkena serangan jantung, bila aku tengok ke bawah di celah celah semak paya bakau aku nampak budak perempuan tak bermuka bergaun putih pegang teddy bear tengah tenung tingkap bilik aku. Aku malas nak fikir panjang aku ambil purse aku dengan kunci moto aku menapak keluar bilik. Sebaik sahaja aku keluar bilik aku nampak suami kawan aku tercungap berlari ke arah aku (maknanya dia dari tangga nak masuk bilik dia la tu) mungkin baru lepas habis merokok sebab kawan aku tak suka bau rokok dan disini hanya di kawasan parking kereta dibawah (basement) je di benar merokok.

Aku pun tanya dia “Airil kau kenapa mengah mengah naik tangga ni?? Nampak hantu ke?” Lalu aku ketawa konon nak berseloroh la menenangkan hati yg rawan ni kan, sekali mata Airil terjegil pandang aku sambil cakap “kau ni apa mulut cakap camtu?! Senyap la nanti dia ikot” aku mula terpisat pisat tak paham. Siapa yang ikot.

Tengah aku garuk kepala yang tak gatal kami terdengar Imah (member aku, bini Airil) menjerit dari dalam bilik. Kitorang pun laju menapak ke dalam bilik dan nampak Imah dah terduduk atas lantai depan bilik air. Airil cepat mendapatkan Imah dan tanya “awak kenapa?” Imah terketar ketar menjawab “tu tu kat atas sinki tu ada budak ajak Imah main.. muka dia tak ada!” Kata Imah sambil menunjukkan sinki bilik air. Dalam kepala aku memang tak ada lain, budak yang sama aku nampak tadi laa! Airil pun ambil kunci motor dan dompet terus ajak aku keluar lepak mamak. Sempat aku jeling jam, pukul 3:30 pagi. Tak sedar masa berlalu begitu pantas.

Sewaktu kami berjalan keluar dari bangunan apartment, sengaja aku jeling ke tingkap bilik aku. Aku masih lagi nampak budak perempuan tu merenung kami meninggalkan kawasan apartment cuma budak tu TAK ADA MUKA.

Oh korang mesti pelik kenapa aku jumpa Airil tercungap cungap kat lobby tadi kan? Begini, cerita Airil pada kami masa dia tengah merokok di basement, di ternampak sorang perempuan menangis sambil tutup muka dengan tangan. Ala mcm scene drama drama melayu tu. Airil pun kepoh sangat pergi tanya perempuan tu “kenapa akak nangis, ada yang saya boleh tolong ke?” Sekali perempuan tu buka muka dan ternampaklah wajah putih pucat perempuan tu yang tersenyum menyeringai kat dia (macam senyum jahat Siska anak Rika Sumanto dalam cerita bawang merah bawang putih tu) Kata Airil perempuan tu cantik cuma spoil sebab matanya TAK ADA MATA PUTIH..

Anis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

22 comments

  1. paling benci main ketuk tingkap ni sebab cepat jer telinga detect nak2 bila sorg apa jer tak dngar semua benda kita alert hahah..pengalaman yg seram boleh kongsikn lagi pngalaman yg lain kalau ada anis πŸ™‚

  2. Hotel mana tu nok? korang je ke yg stay kt situ pd mlm tu? .. eee seram jgk aku, takut terrrr check in plak nnti. heheee ….

      1. situ kalau mengadap depan nampak rumah usang tu, heran takde yang robohkan sampai sekarang. desair mmg murah rate dia. bilik besar.

  3. Masa kat hostel dlu aku terdengar bunyi mcm vibrate fon nokia 3310 dlm almari. Boleh pulak aku tegur roomate aku tanya tu bunyi vibrate fon dia ke. Haha terus benda tu main ketuk2 pintu smpai pagi wei. Cuak punya pasal ktorg terus tarik selimut tido je.

  4. Hotel mana tu. Bukan nak off bisnes. Cuma klau dh terlampau mengangu nnti menyusahkan kita plak. Huhuhu. Yg pnting berjaga2 ye dokk. Confirm lg lumut dh tu. Cme nye yg mne satu? apartment berlumut ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.