Salam, terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku ni (kalau disiarkan lah kan). Cerita ni diceritakan kembali kepada aku yang dialami sendri oleh ibu aku mase umur aku 3/4 tahun.
Cerita ibu..
Masa ni keluarga kami duduk kat kuaters kerajaan di kuantan. Ayah seorang navy dan selalu tak ada kat rumah. Nak dijadikan cerita moyang aku aka nenek ayah datang kerumah untuk teman ibu aku keseorangan. Mase ni umur aku 3 tahun dan adik perempuan aku 2 tahun. Aku panggil moyamg aku mek.
Moyang sampai pagi dalam pukul 10/11 pagi di rumah kami, ayah ambik tapi malam tu ayah duty. Pada malam yang sama,masa ni ibu nak tidurkan aku dan angah,kat bilik master bedroom tapi aku ni degil sikit sibuk dok main pintu ngan kaki. Ibu pon marah ibu kata bila nak tidur. Moyang pulak tidur di bilik bertentantangan dengan kami. Ulik punya ulik main punya main aku and adik aku pon tertidur. Masa ni mek dah awal awal masuk tido.
Tepat jam3.30/4 pagi ibu terjaga dan terkejut kerana ibu nampak seperti penampakan susuk tubuh persis moyang tengah pegang kaki aku dan melihat tajam kepada ibu. Ibu meremang. Ibu cepat cepat peluk aku dan adik aku dan membaca surah surah yang ibu tahu dan azan. Alhamdulilah beberapa ketika, susuk tubuh itu hilang dengan sekelip mata.
Pada keesokkan harinya,
untuk kepastian, ibu saja je tanya moyang/mek.
” mek tido okay ke semalam?” tanya ibu
” mek tidor tok ketek semalam, penat sangat (ketek- tak sedar/terlampau lena)-jawab mek.
“mek ade ko g jambe semalam?” tanya ibu (jambe-tandas)
“takdok mek penat semalam tido leno.- jawab mek
Jeng jeng ibu mampu telan air liur jelahh..
Tamat kisah ibu.
Kisah ni terjadi macam tu sahaja tanpa ade sambungan, tapi ade cerita lain masa mek nak meninggal.
_______________________________________________________________________________
Untuk pengetahuan semua, ramai orang kata rupa aku susuk tubuh aku sama dengan
mek, tapi aku tak ingat masa mek nak meninggal pon umur aku baru 6 tahun.
Mase mek nak meninggal kecoh kampung sebab masa niminggu raya. Tapi ade kejadian lepas tu berlaku. Masa ni aku sering sakit tak tahu sakit ape. Mase mek tenat. Ayah takde, mase ni kami kat kampung. Rumah mek dan rumah nenek blah ibu aku dekat je, tapi mase tu kemudahan takde. Ayah dapat tahu dulu mek tenat sebab baru telefon, masa tu hujan lebat sangat, ayah tak balik kampung masa tu, belayar. Ibu dan makcik aku je pegi. Aku nak sangat ikut masa tu, tapi ibu tak bagi, kesudahan aku main hujan je ngan adik aku masa tu,.hahah. Sempat lagi.
Petang tu ibu balik. Ibu hanya bagitahu mek tenat je. Esok subuh aku dapat tahu mek dah takde. Aku tak dibenarkan pegi tengok pon. Ibu aku pon tak pegi. Tubuh aku pagi tu rase ringan sangat. Rasa sihat sahaja. Ade cerita disebalik semua ni sebenarnya, pagi tu ayah aku balik. Macam mane boleh balik sebab sebelum ni belayar aku pon tak tahu. Majlis pengebumian ayah je pegi.
Sejak dari mek meninggal, ibu sentiasa inagatkan aku. Kalau ade mimpi orang bagi barang bagi choc atau bagi pisau atau kain, jangan ambik. Ingat tau. Setiap masa ibu ingatkan aku.
Then lepas 3 hari arwah mek meninggal. Aku bermimpi. Sampai sekarang ingat. Aku mimpi ade seoarang nenek, mase tu aku tengah main air kat sungai. Aku pon tak tahu kat mane, nenek tu hulur kain kuning kat aku, nenek tu kata
“adik adik nak tak kain ni? Adik nak tak ngan nenek”
mase ni aku terus ingat ibu cakap. Jangan ambik ape ape.
Aku terus cakap. Adik taknak. Ibu tak bagi. Adik nak balik. Adik takmau nenek.
Aku terus lari then terjaga tercunggap. Ibu mase tu tersedar kut terus tnya kenapa. Aku cerita kat ibu. Ibu kata alhamdulillah.
Esoknya family ayah kecoh. Rupa rupanya mek ade orang jaga dan nak anak cucu cicit jaga balik. Ibu terus pandang aku. Senyum. Ibu kata biarlah. Anak ibu keluarga ibu biar allah je jaga. Tak de sapa sanggup ambik pedamping mek tu. Last sekali adik bradik sepakat semua untuk buang. Alhamdulillah.
Sebenarnya ade sebab kenapa benda tu nak kat aku, aku persis arwah mek. Senyum, susuk tubuh dan boleh dikatakan semua. Namun aturan allah tu jelas. Semoga arwah mek berada di kalangan orang beriman. Penyebab arwah mek nak berdamping biar allah dan mek je tahu. Wallahualam.
Setakat ni sahaja dari saya. Maaf jika mengecewakan.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bersepah ayat.clumsy
Nice..best citer sis..kalau ada lagi boleh la kongsi2 ye..????