Asrama Angker T.I

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca Fiksyen Shasha sekalian, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku .

Aku ialah bekas pelajar di salah satu sekolah kemahiran yang terletak di Teluk Intan , Perak . Aku pada asalnya merupakan seorang pelajar sekolah kluster yang terletak di Kuala Lumpur bermula dari tahun 2005 sehingga 2013 . Maka , pada awal tahun 2013 aku telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ku ke salah satu sekolah kemahiran yang berada di Teluk Intan seperti yang dinyatakan tadi . Aku melanjutkan pelajaran ku dalam bidang bioteknologi pertanian .

Untuk makluman para pembaca aku tidak pernah berjauhan daripada ahli keluarga ku sebelum ini dan keputusan ku untuk menyambung pegajian ku ialah keputusan yang pertama aku buat yang memerlukan aku berjauhan dari keluarga tercinta ku .

Sekolah ini merupakan satu sekolah yang luas kawasannya dan dikelilingi ladang kelapa sawit di bahagian kiri , kanan dan belakang . Asrama putera , puteri , dewan makan , sekolah , kantin semuannya adalah di dalam satu tempat dimana ianya dikelilingi ladang kelapa sawit .

Aku mendaftar diri pada hari pertama aku tiba bersama keluarga ku , selepas mendaftar untuk jurusan pengajianku maka aku terus mendaftar untuk tempatku di asrama . Lalu , aku mendapat dorm TERATAI iaitu dorm paling hujung berdekatan dengan tangga yang berada di aras 3 (aras tertinggi) bersebelahan dengan ladang kelapa sawit . Dorm itu boleh memuatkan 16 orang pelajar dan merupakan dorm paling besar di blok Asrama Puteri . Aku memilih katil bawah , kedua dari hujung .

Kisah pertama bermula apabila kami menjalani minggu orientasi yang mengambil masa selama 7 hari . Seperti biasa , sesi perkenal dimulakan diantara semua pelajar yang baharu dan beberapa orang senior sebagai facilitator . Malam itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan Alhamdulillah .

Sejurus selepas kami selesai orientasi pada malam pertama , aku dan rakan-rakan dorm yang lain menaiki ke dorm masing-masing . Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk mandi kerana badan dah melekit-lekit akibat aktiviti yang diadakan dalam program orientasi tadi . Jam menunjukkan pukul 01:30 pagi aku bergegas ke bilik mandi , pada waktu itu aku tidaklah terfikir apa-apa yang menakutkan oleh kerana ramai juga pelajar yang mengambil keputusan untuk membersihkan diri setelah seharian beraktiviti . Selepas selesai semuanya aku kembali ke dorm , apabila aku kembali ke dorm lampu semua sudah dipadamkan kerana ‘Lights Off’ kami adalah pada jam 11:00 malam . Jadi dalam keadaan samar-samar dan berbaki kan lampu koridor aku menyelongkar locker ku mencari pakaian .

Selesai sudah aku terus berbaring di atas katil ku , beberapa ketika aku memejamkan mata aku pun terlelap . Tiba-tiba sedang aku nyenyak tidur ada satu tangan mengenggam bahuku keras dan mengoncangkan ku , aku panik! Aku toleh rupa-rupanya Amira (nama samaran) yang mengejutkan aku . Aku dalam keadaan marah , terkejut dan bingung bertanya kepada Amira mengapa dia mengejutkan aku . Lalu , Amira pun berkata kepada ku “ada senior ni datang dorm nak cerita hantu tentang dorm kita , aku takut jadi aku kejutlah kau ” aku pun dengan lemah nya join the group lah .

Saat aku turun dari katilku kedua senior tersebut sudah pun berasa di tengah dorm duduk bersila bersama dua rakan dorm ku iaitu Amira dan K (nama samaran) . Jadi , kami berlima lah sedang duduk di tengah dorm dalam bulatan berbekalkan lampu suluh yang dibawa senior .

Untuk makluman semua si Amira ni seorang yang lemah semangat kalau ada apa-apa kes berkenaan dengan makluk halus ni dia lah diantara orang yang wajib kena . Sedang syok senior kami bercerita tiba-tiba datang satu bau yang tidak menyenangkan sepertinya hanyir d***h period . Si K pun menegur “hanyirnya bau macam d***h period” , senior kami terus berkata “eh , tak ada apalah tu .. bau sawit je tu” selang beberapa saat selepas menegur si Amira terkulai , daripada duduk bersila tiba-tiba tersebam ke lantai . Si K panik! Dia yang menegur tapi si Amira pula yang kena .

Senior kami yang dua orang tu terus pecut lari keluar daripada dorm meninggalkan aku dan si K yang ‘menegur’ tadi . Aku buntu kerana aku tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Kami cuba mengejutkan si Amira dengan menampar-nampar mukanya pelahan namun dia tetap longlai . Lalu , aku dan K mengejutkan semua ahli dorm dan ramai-ramai kami membaca surah-surah lazim dan ayatul kursi Amira kembali sedar akan tetapi tetap longlai .

Keesokkan harinya , Amira mengadu belakang badannya sakit . Maka , kami pun menyelak bajunya untuk melihat keadaan belakangnya apa yang kami lihat seperti tidak masuk akal , di belakang badan Amira terdapat satu lebam yang besar , lebih besar daripada telapak tangan seorang lelaki dewasa . Terdapat dua lebam satu dibahagian atas badan sebelah kiri , satu lagi dibahagian bawah sebelah kanan . Amira mengadu kesakitan yang teramat sangat sehingga dia tidak boleh duduk , dia hanya mampu terbaring meniarap akan kerana belakangnya yg sakit .

Pada hari yang sama juga Amira telah dibawa pulang ibunya untuk mendapatkan rawatan tradisional . Selang beberapa hari , Amira telah kembali semua ke sekolah dan menceritakan bahawa tindakan K menegur bau tersebut telah menyebabkan dirinya terkena teguran bnda tersebut kerana Amira lemah semangat .

Kisah seterusnya pula ialah tentang aku yg suka bersiap sangat awal untuk le sekolah . Aku kebiasaannya akan bangun mandi pada jam 0400 pagi kerana tidak mahu berebut-rebut dengan pelajar lain untuk mandi pada jam 0600 pagi lagipun aku tidak suka akan kesesakkan dan rushing untuk pergi ke sekolah nanti . Dalam dorm aku hanya aku , Mi dan Bom sahaja yang sering mandi pada waktu-waktu sebegini ketika pelajar lain masih lagi lena dibuai mimpi . Pada suatu pagi yang malang , aku terbangun pada jam 0330 pagi 30minit awal daripada kebiasaannya aku mandi .

Memandang aku pun dah terjaga lalu aku membuat keputusan untuk terus sahaja mandi . Aku pun berjalan menuju ke bilik mandi berseorangan pada waktu begini dengan baldi barang-barang mandianku . Setibanya aku di bilik mandi aku terus memilih bilik mandi kedua daripada pintu masuk itu merupakan bilik mandi kesukaan ku kerana air nya deras hehe . Selesai aku mandi aku menutup pili aku terdengar seseorang memasuki bilik mandi tetapi aku tidak pula berfikir negatif kerana Mi dan Bom juga suka mandi pada waktu begini jadi aku assume itu diorang lah . Aku pun mengapai tuala yang aku sangkutkan diatas pintu bilik air ketika aku hendal menariknya sepertinya ada seseorang yang menariknya kembali dari luar .. aku tarik semula ‘orang’ diluar pun tarik lagi.. permainan tarik tali ini pun berlaku beberapa kali sehingga aku naik marah (aku jenis cepat naik angin jugalah) lalu aku pun berkata “Mi aku nak lap badan ni jangan main-mainlah” , aku intai bawah pintu tidak ada bayangan orang pun yang berdiri di hadapan pintu bilik mandi aku tapi aku kehairan kerana ada yang menarik tuala aku dari luar .

Akhirnya, aku sentap tuala aku kuat-kuat dan aku pun gembira kerana aku berjaya mendapatkan tuala aku selesai aku lap badan aku pun keluar meliar mata aku mencari Mi atau Bom kot-kot lah mereka hendan menakutkan aku . Tetapi hampeh tak ada orang pun hanya aku je dalam bilik mandi . Aku keluar daripada bilik mandi dalam hati tunggu kau Mi dan Bom mengenakan aku bukan main ya .

Setibanya aku di dorm selesai mengenakan pakaian semua aku pun menjenguk ke katil Mi dengan niat nak mengejutkannya sekali aku yang terkejut! Eh dia ni tak mandi lagi dan masih dalam baju tidurnya . Aku pun ok tak apa ini mesti kerja Bom mengacau aku , aku pun beralih ke katil tempat Bom tidur sekali lagi aku terkejut Bom juga masih dalam pakaian tidur . Bulu roma ku meremang tiba-tiba aku melompat ke katil ku memejam mata ku serapat-rapatnya lalu tertidur . Sehinggalah sebelum azan Subuh rakan-rakan dorm mengejutkan ku untuk melaksanakan solat subuh . Banyak lagi kisah di asrama dan sekolah nanti aku kongsikan lagi .

Terima Kasih kerana sudi membaca…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dede

1 thought on “Asrama Angker T.I”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.