Asrama Sekolah di Perak 2

Assalamualaikum pembaca and admin FS. Terima kasih admin sebab post cerita Asrama Sekolah di Perak tu. So Ara here, again and again. Ni nak sambung cerita pasal asrama lagi. Maaf lahh aku ni takde kerja so rajin la nak mencoret kisah ni. ahahaha. Ni last pasal asrama, lepas ni kita cerita pasal sekolah pulak .

First cerita ni masa form 4 kot. Dalam dorm tu kan ada 10 katil. 2 katil double decker tu gabung and ada jalan kosong then 2 katil double decker lagi and sambung la terus. Katil aku paling hujung, kira kalau masuk pintu tu akan nampak katil aku dulu la. So aku tido sblh Wana. Katil atas ada Feeya and Min. Time tu ade la dalam bape orang je dalam dorm, yang lain balik homesick. Tengah aku bermimpi indahh sampai ke taman bunga *pfftt over*, tetiba aku dengar Wana ni macam meracau . Haa sudah. Terus aku bangun tengok Wana. Hangpa tau dah masa aku bukak mata tu nampak badan Wana ni terapung and dia cakap “orang pompuan ni kalau baca doa bukan kuat pun” lepas habis je ayat tu terus badan dia macam terhempas atas katil and terbeliak mata dia tu. Imagine lahh aku yang duduk sebelah dia tu terkejut beruk mcm mana ? .

Kelam kabut aku kejut Feeya dengan Min. Time tu memang buntu gila taktau nak buat apa and malas nak kecoh kecoh. Aku amik yaasin tu letak letak kat mata dia, anak mata tu lari. Taktau cemana dia buat sampai juling. hahahahaha. Then aku bukak yaasin tu dua2 letak terus kat mata dia. Ni betul tak tipu. Min dengan Feeya lari pegi rumah warden. Kira jauh gak lah rumah warden tu sebab asrama puteri ni macam ke dalam sikit . Dahla tinggal aku dgn bebudak dorm yang lena dibuai mimpi. Tapi aku still lek amik sejadah gi selimut dia. Pastu tak lame pastu warden sampai dengan feeya and min. Ya Ampun terus jadi riuhh. Bebudak dorm yang lena tu teruih segaq mata taktau la nak habaq. Warden tu call ustaz . Wana dah start tak tentu arah.

Dia turun katil tu merangkak then badan dia lentik semacam tau. Nasib time aku sorang tu dia tak buat bebukan. Masa ustaz sampai tu kitorang kena halau kluar. Tinggal warden dengan ustaz je dalam dorm tu . Tapi kat luar tu dengar la yang wana dah jerit jerit. Dalam pukul 4 pagi baru settle. Ustaz pun dah nak gerak balik. Tinggal warden je teman kitorang malam tu. Warden cita yang ustaz tu kata half dalam badan dia tu saka family dia, half lagi mmg benda yang nak mengacau. Then Wana cerita time meracau tu dia tak tidur lagi, dia tengah baca doa , surah2 yang dia tau. Dia sedar badan dia terapung semua tu.

Sampai sini jelah cerita pasal asrama, lepasni kalau rajin aku cerita lagi time kat sekolah. Maaflah kalau cerita tak cukup seram.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.