#Atoi- Meaningless Exploration

Salam I am back for another story. From the previous one, masyaAllah so many hatred I received eh? Am just thinking kongsi cerita gembira pun jadi isukah? Dang, Malaysians. Mungkin aku rase komuniti FS ni dah macam family, so nak la kongsi cerita gembira ye dok? Lupa pulak ada yang baru masuk family dan tak suke orang bahagia. Haha! Yes, maaflah untuk cerita kelam kabut, am always on the run, tulis pun kat notes je bila tak busy. Well, nevermind, jangan lupa baca comments dulu so I won’t waste your time for those yang mencari cerita yang kene dengan jiwa memberontak tu. Cerita aku nak cerita ni dari husband aku, Cinnamon. Aku ceritakan aje, actually aku translatekan aje dari German to Malay, ikut kemampuan bahasa Melayu kedai kopi aku.

AKU DALAM NI ADALAH CINNAMON.
Sejak aku lahir sampai umur 28, aku bukan amalkan Islam pun, walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam. Solat 5 waktu & solat Jumaat baru setahun dua ni aku buat, dulu aku minum, Islam atas nama dan darah keturunan je. For those who were born as a Muslim, let me tell you, we’re damned lucky. Aku terlebih Islam sikit dulu-dulu bile balik kampung mak aku kat Abbotabad, Pakistan. Since the possibilities untuk diorang bukak FS ni 0%, maka aku guna watak dengan nama sebenar. Haha. Okay, masa ni aku baru nak hit puberty kononnye, dalam 14-15 years old. Aku rapat dengan seketul sepupu aku nama Fahad ni, muda setahun je dari aku tapi masyaAllah nakalnye kekadang aku tengok mak cik aku belasah belasah die macam eh memang dah tak nak la anak tu. Haha. Kire belasah bunuh terus, tapi padan muke sebab weh setan pun segan tengok die punye nakal.

Satu hari tu mamu (pak cik) aku ajak kitorang pegi jenjalan kat Hunza Valley, holiday dalam 2-3 hari kat sana, mid spring punye vacation katenye. Sebelum mula, Hunza Valley is heaven on earth oiii, bini aku si Atoi approved the place. Haha, pegi tak nak balik. Minah tu rupenye dah backpacking cara berani iaitu masuk Kashmir belah India keluar Kashmir belah Pakistan. Knowing the political tension between the 2 countries kan. Lepas tu terus die ke Hunza Valley dan balik Malaysia dari China (Xinjiang Province) melalui Khunjerab Pass (Gilgit-Baltistan Highway). Sape2 nak try backpacking macam tu, boleh try. Seronok, kate beliau.

Okay, back to the story. So sampai Hunza Valley, aku tak ingat kitorang lepak which town tapi town tu kat Central Hunza, senang nak ke Upper Hunza & Lower Hunza ammu cakap. So near to our lodging, menghadap lodging tu ada sungai cetek, paling dalam area situ sekerat peha lelaki dewasa je, tapi sejuk nak mati la, fresh melted snow. Hari kitorang sampai tu dah petang dah, so memang takda pape malam tu. Esoknye! Yes esoknye. Tapi dalam trip ni ada watak cousins lain selain Fahad. Kaizer dalam umur 12, Hurrayn 15 & Nur 13. So 3 boys 2 girls.

Esoknye, lepas breakfast Fahad ajak kitorang jenjalan around the place la kononnye, tapi sebelum keluar, bapak die dah sound die jangan macam2, jaga cousins pompuan ko. Hah cenggitu. Dapat green light, semua orang berlari mcm kambing lepas kandang keluar cottage tu, terus si Fahad cakap weh jom cross sungai pegi belah sane jom! I bet ade kampung lain kat sane. Aku macam pelik eh budak ni mane ade kampung sebelah sana, hutan kot. Tapi memang ada jambatan gantung situ, jauh kekanan sikit (upstream), kalau berjalan dari cottage ke jambatan tu dalam 5 minit. Lepas tu Hurrayn & Nur cakap weh semalam takde nampak pon jambatan bagai. Tengah semua orang berfikir kewujudan jambatan tu, sedar2 Fahad dah menapak menghala ke jambatan tu, bingai betul budak tu, ikut kepala die je. Kitorang pun follow la, pastu Kaizer cakap kat aku, eh betul la hade kampung kat seberang, nampak tak asap tu, macam house chimney punya asap. Aku pon eh, tadi takdee weh, pelik jugak, tapi since aku budak paling besar kat situ, relax macho handsome bergaya macam botol.

Masa crossing tu, aku perasan macam jambatan tu agak usang banyak tumbuhan menjalar but no missing papan pun. Hurrayn & Nur dok borak2 tapi aku tak tangkap sangat level Urdu aku xde lah hebat. Selalunye mak aku cakap Urdu dengan aku bile die membebel. Heh. Tapi aku tangkap satu sentence bile Nur cakap kat Hurrayn ‘beb hati aku tak sedap, aku tak rase ape yang kite buat ni betul’.
Sampai kat seberang, tetibe hari gelap nak hujan wehhhhhhhhh, kebetulan ternampak macam cottage lame, Fahad pun jerit jom dok bawah tu dulu, mcm nak lebat ni, tapi tu la, brainless teenagers kan, instead of ko pusing lari balik ke jalan yg benar, ko pegi serah diri pada syaitan. Hahaha. Sampai je kat cottage tu, terus hujan lebat selebat alam, memang tak nampak ape la. Tengah lepak2 tu, tetibe Nur nanges weh, tersedu-sedu. Terkejot roti la semua orang, pastu tetibe Hurrayn sambung nanges. Aku pon pehal wehhh, tu la khilaf, amik agama enteng kan. Lidah aku keras tak boleh baca ape, baik si Kaizer and Fahad, budak dua ekor tu kecik2 bapak deme train jadi huffaz.

Aku pegang Hurrayn, aku tanye kenapa nanges weeehh, Fahad dah pegang Nur sambil mulut kumat-kamit baca ayat Quran. Tetibe lagi Nur gelak2 dan diikuti Hurrayn. Hoi ape ni! Hujan dengan guruh-guruh bagai. Kitorang lepak kat depan cottage buruk tu je, tak masuk pun. Peh tetibe dalam pujuk minah dua ketul tu, dalam cottage tu kitorang dengar ade orang gelak2, ketawa2. Syaiton wehh, confirmed. Kaizer mase tu dah peluk aku dah, yelah kecik lagi, baru 12 kot. Kitorang stuck, nak lari hujan lebat yang tak nampak ape, belakang kitorang dalam cottage tu ade syaiton. Masa ni Nur & Hurrayn selang seli gelak nanges okay. Aku sebarang surah pun tak reti oi, tahu bismillah je mase tu. Tetibe kali ketiga, bedebuk sesuatu jatuh atas bumbung tempat kitorang berteduh, mau nak tercampak jantung pisang aku, bukan setakat itu, Kaizer dari peluk aku terus tercampak atas riba aku. Nasib kurus, kalo tak aku lempang je.

Sesuatu yang jatuh tu kitorang boleh dengar mcm purposely bergerak slow2 so kitorang boleh notice die bergerak ke mana, which bunyi kuat die bergerak ke mana sampai kitorang macam dah tak dengar bunyi guruh & hujan. So kitorang tahu die bergerak ke hujung bumbung which means bende tu nak turun! Ammiiiiiiiiiiiiiiii (mak in Urdu) dalam hati aku. Teenager kot, lembik lutut weh, pengalaman hidup ape la yang aku ade sangat setakat 15 tu, aku rase 10 years of hidup aku pun dah dihabeskan kene marah ngan mak aku je. Huhu.

Tap tap tap tap bende tu gerak atas bumbung menghala ke hujung bumbung, ko pon rase mase bergerak slow beb sebab focus kat bunyi tu. Dan! Ye! Bende tu hulur tangan hitam hodoh die beb, berbulu, macam hulur tangan nak salam. Pastu Fahad boleh pandang aku and tanye, die nak salam je Cinnamon? Huhu ko Fahad. Air mata aku dah rase pekat nak mengalir, macam dah beku kat mata. Bende tu turun aku tengok sebijik-sebijik pergerakan slow yang menyiksa tu, eh tapi kan, lengan je berbulu, badan semua macam mummified body, kering & licin. Syaiton tu merangkak kearah kitorang seriously kitorang macam kene paku ke lantai, bajet kalo lari bawak lantai sekali. Memang syaiton tu nak kitorang tengok kelaku hodoh die tu. Huuu. Mase tu la Hurrayn & Nur pengsan serentak.

Tetibe lagi, aku dengar bunyi senapang. Pehhhh, senapang kat Pakistan macam pistol air beb. Haha. Kawen pun orang sambut dengan tembakan rifle ke langit. Sayup2 aku dengar allahuakbar, mase tu la badan aku ringan, kepala pun dah boleh pusing, dan aku dengar Kaizer jerit abbu (bapak in urdu)!! Rupenye mamu aku datang, hujan tetibe stop, dan kat belakang ammu aku, aku nampak dalam 3-4 lelaki lain termasuk bapak aku. Syaiton tu dengar je bunyi senapang terus bunyi screeching and sepantas kilat lari masuk hutan belakang tu. Air mata aku pun tetibe cair, lagi2 bile nampak mamu & bapak aku. Salah seorang dari lelaki tadi pegi kejar syaiton tu dan mase tu la bergema bunyi gelak2 dalam hutan. Perghhhh, syaiton punye syaiton. Disebabkan Hurrayn & Nur pengsan, baba aku & ammu gendong deme balik, masa bergerak nak blah, aku pusing balik, cottage buruk dah takde beb, kosong! Tanah lapang je. Kaizer salah sorang pak cik tu dukung sebab dah lembik lutut lemah semangat. Dan aku perasan hari dah malam, perasaan aku bende tu jadi sejam dua je. Dah sampai tepi sungai tu aku nampak 2 boat plastic utk air cetek, aku cakap ammu, kat sane ade jambatan, kenapa nak naik boat? Ammu cakap nanti balik cerita.

Rupenye jambatan gantung tu xde wehhhh, dah tu kitorang terbang ke pegi seberang. Dan! Rupenye kitorang dah hilang dari pukul 9.30 pagi & ammu jumpa kitorang pukul 10 lebih malam beb. Sebabnye dalam pukul 3.30 petang mak aku bising suh cari kitorang sbb tak balik lunch, mamu & baba aku cari kitorang, tetibe ade budak kecik comot tunjuk tu kat seberang tu. Pastu budak tu blah. Ammu aku dah dapat tangkap sesuatu & die cari local people yang boleh tolong nak cross sungai. Even cetek, sungai tu sangat sejuk & current laju.

Esoknye terus kitorang balik Abbotabad, jumpe macam sheikh la kat sane. Hurrayn, Nur & Kaizer demam panas sampai warded 2 minggu. Aku & Fahad Alhamdulillah, terkejut sehari dua je, tapi kene bebel setahun la. Later aku tye Hurrayn kenape ko nanges ritu. Die cakap muke korang semua jadi hodoh lepas tu die tak tahu pape, die cakap die dh pengsan awal2 lagi. Pergh, muka takde nur gamaknye. Haha. Sekian.

*begitulah cerita Cinnamon, aku sebagai Atoi cuba terbaik untuk sampai, aku dah kurangkan cara aku menulis supaya korang tak menyampah. Haha. Oh btw, Cinnamon cakap next time die nak cerita die kene sumpah dengan orang tua menakutkan yang membawa kepada kejadian pelik pada die masa die balik bercuti kat kampung baba die kat bahagian Karadeniz, Turki. Baiklah, till then people.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Atoi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

51 comments

    1. Itu mmg style dia, cuba baca cerita2 dia yg sebelum ni. Cuma yg ni hambar sikit. Kadang2 cara penulisan sama bukan sebab meniru, tetapi itu caranya. Kalau meniru tak mungkin cara penulisan sama dari cerita pertama dia tulis sampai sekarang. ☺️

  1. Atoi, apa sebenarnya cerita cottage dan jambatan ?

    Terus berkongsi cerita . Ignore org yg complain cause bukan senang nak karang cerita .

  2. Siapa budak kecik yg bgtau cinnamon amd cousins kat seberang? Geng syaiton tu jugak ke? Scaryyyyyyy. Especially bila fikir jambatan gantumg tu tetiba ada

  3. Sempat lagi penulis ni angkat bakul :p Tabik sebab adventurous dan berani travel ke Pakistan guna cara tu.

    Takut pula benda tu dengan senapang ye.

    Cerita ni agak uniklah. Tak sabar nak baca sambungan. Take your time writing. Certain parts susah nak faham contohnya masa penulis describe macam mana penulis boleh tahu ke arah mana benda tu bergerak. Kena baca berulang kali.

    Best!

  4. Bestla cite ni…aku tersengih sorg2 baca cite dia..lagiw masa sepupu dia tetibe lompat atas riba dia.

    Haha..sambung please!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.