Atok

Assalamualaikum dan hai korang.. Aku Leah. Aku dah lama duk baca FS ni, jadi diberi ruang dan peluang sikit untuk aku kongsikan kisah seram aku dan mungkin tidak seram pada pembaca semua. Terlebih dahulu aku nk ucapkan terima kasih kepada pihak FS kalau cerita aku ni dapat disiarkan dan kepada pembaca FS semua, selamat membaca.

Ok, kisah aku ni bermula dengan atok aku. Atok ni orangnya tinggi, berbadan sasa. Atok jenis orang yang tegas, garang pun ada lah. Sebab tu adik beradik aku ni takut sangat dengan atok. Try la kau buat benda pelik-pelik sikit, tak dibedalnya dengan getah paip air, diikatnya dekat pokok jambu air yang batang dia sebesar empat lima pemeluk orang dewasa. Besar gila pokok ni. Tapi bila dengan orang-orang kampung, atok memang ramah, baik hati pula tu. Belum lagi kenduri. Kalau tak diajaknya sekampung tak sah. Senang cerita orang memang hormatkan atok aku ni.

Nak dijadikan cerita, rumah aku ni memang dekat dengan rumah atok. Dulu abah aku ni kerja jauh, balik kampung sebulan sekali. Tu yang bila abah tak ada dekat rumah, kau jangan ingat kau boleh berjimba (beruka ria) tak ingat dunia. Nak terjun sungai ke, nak main basikal sampai magrib ke, nak ponteng kelas mengaji ke. Ha ni ‘abah’ no 2 ada. Atok aku la tu.. sebab tu adik-adik aku ‘perit ‘sikit la dengan atok.

Tapi nak cakap atok ni bengis sangat tak adalah. Atok aku pun macam orang lain juga. Kalau dia pergi mana-nana mesti ada buah tangan yang dibawa balik. Garang-garang dia tetap sayang dekat nenek aku. Kalau diaorang pergi pekan sari (pasar pagi) memang sedondonlah bajunya. Putih kemeja atok aku, putihlah baju kurung nenek. Yang pasti mesti ada pengikutnya. Aku la tu. Tukang habiskan duit atok. Ha ha ha ha.

Aku masa kecik memang sakit je kerja dia. Sekejap demam, sekejap demam. Atok aku lah yang duk baca dalam air rendaman daun bunga raya, basahkan kepala aku bagi kebah demam. Ubat tak yah nak cakap la. Selagi dia boleh usahakan, selagi tu la dia cari. Dulu mana mampu nak pergi klinik, klinik jauh. Guna ubat kampung je la.

Tapi tu semua berubah bila atok jatuh sakit. atok berubah jadi pemarah. Habis semua benda ada sahaja yang tak kena pada mata atok. Yang paling teruk nenek la yang kena. Buat air suam sikit kena marah. Masak tak kena selera kena marah. Memang kesian dekat nenek. Adik-adik aku tak yah cakap la. Memang tak masuk dekat dah dengan atok. Tapi bila dengan abah, atok boleh dengar nasihat abah. Aku pun tak tau macam mana abah boleh tackle atuk. Aku. Aku still sama la. Kena marah ke kena herdik ke, tetap la buat muka toya. Hujung minggu still tidur rumah atok walau masa tu duk tengah ambil STPM. Atok pun dah kurus kering. Tak macam dulu lagi dah.

Malam last sebelum dia pergi, aku macam biasa bentangkan tilam, nak tidur. Tapi atuk tarik tilam aku rapat dengan tilam dia. Dia dalam payah-payah pun pasangkan cadar untuk aku. Aku dan nenek hanya berpandangan. Masa aku dah mamai nak tidur tu, aku perasan yang atok duk urut belakang aku sambil berzikir. Sudah-sudah la sakit, nanti macam mana nak belajar jauh-jauh macam kak zha (kak long aku). lepas tu aku tak dengar dah apa yang atok bualkan dengan nenek. Dan itulah kali terakhir aku dengar suara atok. Selepas magrib keesokannya, atok kembali bertemu Penciptanya yang maha agung diiringi teman-teman atok dari jauh dan dekat. Aku kira selesai pengebumian atok, maka selesai lah sgala urusan atok dengan makhluk tuhan yang masih bernyawa. Tapi rupanya aku silap. Silap besar.

Lepas saja atok meninggal, pelbagai perkara pelik mula berlaku. Bermula dengan kes pecah masuk rumah arwah atok belum sampai seminggu atuk meninggal dunia. Aku pun tak faham macam mana rumah kayu lama yang memang nak cakap utuh lah buatannya boleh dikopek dindingnya tanpa kami sedar.

Bermula juga kisah macam mana aku sering ditindih. kadang-kadang aku hanya berbaring berehat seperti biasa, kadang-kadang datang angin, gambaran atau lintasan yang membuatkan aku seperti mamai seketika dan kemudian ditindih. Siang hari ke malam hari ke, tak kira waktu. Masa ni al fatihah pun kau boleh lupa. Sakitnya memang berat.

Kalau aku balik bercuti dekat rumah lagi lah teruk. Rumah aku ni ada bahagian atas dan bawah. Atas 3 buah bilik, bawah pun 3 buah bilik. Aku selalu tidur bilik tingkap atas. Pernah sekali tu aku kena tindih memang tak boleh nak bernafas dah. Memang terasa dekat kulit aku bulu bulu ‘benda tu’ yang lebat. Ya Allah, teriak nak keluar anak tekak pun tak guna, memang orang tak dengar. Aku hanya mampu menyebut Subhanallah saja.Selepas tu memang aku bertaubat dah. Sampai sekarang pun aku dah tak tidur dekat bilik atas lagi dah. Tu belum tambah mimpi mimpi mengarut lagi. pernah tu aku mimpi nak kena terkam dengan baby. Apa lagi menjerit la aku..satu rumah tersedar dengar jeritan aku. Masa ni aku jadi takut nak tidur. Takut kalau apa-berlaku, orang tak dengar teriakan aku.

Tu belum lagi kalau dekat kolej. sebelum tidur, aku selalu dengar dengusan kuat dekat telinga aku. Ala macam lembu tengah mengamuk tu. ‘benda tu’ seperti berada dekat dengan aku. Bila aku tanya rakan sebilik, tak pula dia dengar. tapi kalau nak diikutkan memang rakan aku ni jenis tidur awal
Pernah sekali tu aku duk layan drama denga adik aku dekat tingkat atas, tak ada hujan tak ada angin tiba-tiba aku dengar seperti sesuatu yang tajam sedang diseret di dinding rumah. Betul-betul dekat bahagian tempat adik aku tengah berbaring. Mula-mula tu aku ingatkan ranting kayu pokok-pokok yang bergesel dengan dinding rumah. Eh makin lama makin main kasar pulak. Makin kuat pulak cakarannya. Aku dan adik hanya berpandangan sebelum masing-masing lari lintang pukang menuju ke tingkat bawah.

Dia dah main usik-usik macam tu agak-agak bila lama dah bosan, dia bagi yang ekstrim sikit. ‘Benda tu’ dah mula menyerupai aku. Tu belum lagi kalau aku duk sorang. Dengar orang berjalan atas rumah, orang membasuh dekat dapur, orang berlari atas atap rumah, orang duk seret kerusi, mesin jahit dan banyak lagi la. Nnti kalau berkesempatan aku cerita lagi.

Masa ni la juga ayah aku kena buatan orang sampai berbulan ayah tak boleh nak berniaga. Bayaangkan ayah aku sampai keluar nanah ikut telinga. Badan rasa panas dan banyak lagi la. Alhamdulillah, kami didatangi kawan-kawan abah dan juga kenalan arwah atok yang banyak menolong. Sebutlah ke mana tempat yang boleh berubat mesti mereka usahakan. Terutamanya Pak shin dan pak Berahim Putih. Mereka ni memang baik dengan arwah atok. Jujur aku cakap masa susah ni lah baru kau boleh kenal mana kawan, mana lawan kau yang sebenar. Kenapa aku cakap macam tu?

Mengikut Pak Shin, perkara macam ni tak pernah berlaku masa arwah atok hidup. Kenapa sekarang semua benda ni terjadi. Serentak. Makin lama makin kuat yang dibuatnya.
Yang paling teruk kena aku dan abah la. Rupa-rupanya ada orang yang dah berani menunjukkan taring setelah kematian atok. Hanya menunggu masa sahaja sebenarnya. Mereka yang membuat onar bukan orang lain, dalam kalangan kenalan juga.

Memanglah kalau nak diikutkan abah sikapnya berbeza dengan arwah atok. Abah jenis yang cool dan merendah diri. Mungkin sebab tu abah dan arwah atok boleh ngam. Masa arwah atok ada, memang orang takut dengan atok. Tak macam abah yang penyabar dan bertimbang rasa. Aku pun tak faham maksudnya takut dari segi apa. Seolah ada sesuatu yang menghalang mereka membuat khianat terhadap keluarga aku semasa atok masih ada. Bila aku tanya abah diam je. Semoga apa yang berlaku menyedarkan kita bahawa ada entiti lain yang turut menumpang di atas bumi ni. So, jangan terlalu berlagak.

Sampai disini dulu lah kisah aku. Kalau berkesempatan, aku tulis lagi nanti. Terima kasih.

FOLLOW FB KAMI.

4 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Moga Allah menjentik hati insan2 yg berdengki dan khianat tu dengan hidayah-Nya supaya bertaubat..aamin ya rabbal alamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.