Assalamualaikum warga FS.
Salam Syawal dan Salam PKPB. Terima kasih admin FS sudi approve cerita aku kali ini.
Kali ini aku nak ceritakan kisah berkenaan Arwah Atuk aku. Secara ringkasnya atuk aku ni orangnya sangat tenang tapi tegas. Agak pendiam tapi setiap kata-kata nya berbisa dan penuh makna. Orang lama katakan. Mak aku pernah bagitahu yang atuk tak pernah pun pukul anak-anak hatta satu cubitan sekalipun. Tapi anak-anak cukup takut dan hormat. Bagi jelingan mata je dah cukup buat anak-anak yang nakal duduk diam. Dengan cucu-cucunya pun begitu.
Dulu masa kecik, memang aku banyak habiskan masa duduk dengan atuk dan nenek di kampung. Sehingga lah aku habis SPM barulah aku kembali ke pangkuan mak ayah aku sendiri. Jadinya memang aku banyak lihat kejadian-kejadian yang pelik-pelik dan mendengar cerita-cerita hantu dari atuk aku.
Salah satu yang menjadi misteri buat aku sehingga sekarang ialah bagaimana aku beberapa terserempak melihat dan mendengar sendiri atuk bercakap sendirian di dalam tidurnya. Kebiasaannya aku akan tidur dengan nenek di dalam bilik dan atuk akan tidur sendiri di sudut luar pintu bilik. Atuk memang kurang sihat sebab menghidap penyakit asma yang agak teruk. Jadi kadang-kadang tengah malam memang akan kedengaran dia terbatuk-batuk, kadang-kadang buang kahak, ke tandas atau apa apa je bunyi kerana dia terjaga dari tidur.
Suatu malam tu, atuk dah tidur awal. Aku dan nenek baru bersiap nak tidur. Tiba-tiba terdengar suara atuk dari pembaringannya seperti berbual-bual dengan seseorang. Pada mulanya ingatkan atuk memanggil kami untuk meminta sesuatu. Nenek aku siap pergi kepadanya untuk bertanya apa yang atuk perlukan. Tapi rupanya atuk tengah bercakap seorang diri di dalam tidurnya. Jadi kami sangkakan atuk mengigau walaupun boraknya panjang dan butir percakapannya jelas. Sebaik atuk terjaga terus atuk berkata “Esok Pak Mat nak meninggal dah.”
Aku terpinga-pinga tidak memahami apa yang atuk cuba sampaikan. “Siapa yang meninggal? Macam mana atuk tahu ada orang nak meninggal?” Aku bermonolog sendirian.
Tak sempat aku bertanyakan lebih lanjut, atuk terus bercerita. Di dalam tidurnya, Pak Mat datang kepadanya dan beritahu yang dia nak pergi jauh dah dan berniat datang kepada atuk untuk meminta maaf. (Perkataan maaf dan pergi ni memang aku ada dengar masa atuk aku bercakap dalam tidur tu)
Nenek pula kata yang sememangnya setiap kali ada orang kampung nak meninggal kebiasaannya atuk memang akan bercakap di dalam tidur. Esok atau beberapa hari lagi, memang orang yang dimaksudkan itu akan meninggal dunia. Agak tak logik dan pelik, tapi acapkali terjadi. Jadi wallahualam.
Esoknya, selepas azan subuh tiba-tiba kedengaran beduk berbunyi. Di kampung kami sememangnya masih mengamalkan membunyikan beduk apabila ada orang meninggal dunia. Untuk menyebarkan berita kematian ke seluruh pelusuk kampung. Ternyata tepat yang dikatakan atuk pada malam tadi yang Pak Mat telah pun meninggal dunia.
Bagaimana atuk tahu aku pun tidak pasti. Adakah atuk mempunyai saka? Wallahualam tapi sejauh yang aku tahu membela itu tiada. Tapi orang lama-lama dulu kita tak tahu apa ilmu yang mereka ambilkan.
Cumanya atuk aku ni memang tahap berani dia lain macam. Di belakang rumah atuk nenek ada sungai. Dulu dulu atuk selalu duduk di tangga rumah memerhati keadaan di laman rumah. Sehingga ada suatu malam tu, atuk ternampak ada sesusuk tubuh perempuan muncul dari arah jeti sungai di belakang rumah. Atuk melihat perempuan yang berambut panjang sehingga tanah itu naik ke atas jeti dari dalam sungai dan berjalan menuju ke daratan (kawasan rumah). Tahulah atuk yang perempuan itu adalah jin laut atau mambang laut. Atuk tahu sebab dah banyak kali terserempak. Atuk menutup pintu dan masuk ke rumah. Tetapi sepanjang malam itu, bunyi di luar rumah terlalu bising. Bunyi seperti itik pun ada, bunyi yang terlalu bising di bawah rumah (rumah tinggi) dan seperti sengaja menganggu orang di dalam rumah.
Sepanjang malam bunyi terlalu bising menganggu tidur malam orang di dalam rumah. Atuk membuat keputusan untuk turun ke bawah. Atuk membawa pelita minyak dan sebilah parang di tangan. Sebaik turun ke bawah, atuk mengejar jin laut itu dengan parang di tangan. Hahaha. Ibarat bunyi seperti disembelih pun ada. Nenek kata bukan baru kali itu atuk mengejar menghalau jin tersebut tapi selalu juga sebab jin itu memang kerap menganggu orang-orang di dalam rumah.
Banyak lagi cerita pasal atuk tapi banyak juga yang aku dah lupa. Sebab kecik-kecik dulu selalu dengar cerita. Atuk pun dah lama meninggal dunia. Semoga arwah atuk ditempatkan dengan golongan mereka yang beriman. Amin.
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ilmu cun