Bismillahirahmanirahim
Terima kasih admin kerana siar lagi kisah aku. Aku ada baca komen para pembaca tapi tak semua. Yang bagi semangat aku ucapkan terima kasih. Tapi ada jugak yang komen aku tiru tulisan buku orang. Yang tu aku nak cakap cerita ni cerita arwah ayah dan arwah mak aku. Aku tak tahu pasal buku yang korang sebut tu. Benda ni berlaku di Johor dan hospital pakar yang aku hantar arwah ayah memang doktor pakarnya seorang cina (memang pakar yang bangsa nya cina lebih ramai, itu maksud aku). Depan hospital tu ada gerai nasi beriani gam (beriani melayu) terkenal satu Malaysia. Adakah isi cerita aku sama? Mungkin betul ilmunya sama, gurunya sama , entahlah mana mungkin aku tahu kisah semua orang? Nama cerita yang kamu catat tu pun baru aku dengar. Adakah dia tulis dalam FS ni?. Adakah sama juga dengan cara arwah ayah, waktu meninggal tubuhnya harus di jirus cuka bermula umbun2 hingga ke jari kaki, jirusan sekali jalan, syarat untuk membuka kunci dan meluruhkan barang-barang yang tersimpan dalam badannya. Sama jugakah dengan cerita buku tu? Cerita arwah ayah berkait rapat dengan punca arwah mak meninggal. Sebab tu aku cerita pasal ilmu arwah ayah dulu. Aku bukan penulis buku, atau pakar penulis cerita hantu. Aku jugak takda ilmu lawan hantu atau tahu macamana nak tangkap hantu macam sesetengah pencerita lain disini. Aku orang biasa yang cuma dapat melihat dan hanya ceritakan tentang pengalaman keluarga aku. Moga semua jelas dengan penerangan aku ni ya.
Izinkan aku sambung cerita aku tentang arwah mak pulak. Arwah mak jarang sakit, sebab dia tak makan benda-benda segera KFC, McD atau sewaktu dengannya (aku anggap begitu, sebab dia berpantang makan minum). Arwah mak memang jaga makan minum macam orang kampung, makan ulam-ulam segar, minum air akar kayu, makan makjun, macam-macam petua lagi. Pendek kata tiap kali jururawat desa buat pemeriksaan, dia lulus dengan cemerlang. Cuma badan arwah mak aku agak berisi. Masih ingat tak kisah pertama dimana nenek aku halau pemilik toyol iaitu makcik aku merangkap jiran aku? Jadi kisahnya satu hari mereka tiba-tiba pulang dan terus menetap di kampung selepas genap lima tahun. Waktu ni mereka ada bawak balik seorang anak angkat. Budak lelaki berumur lima tahun jugak, kebetulan sama dengan jumlah tahun mereka tak balik kan?! Ada kaitan kah? Wallahualam.
Pekara yang dahulu tu , telahpun menjadi buah mulut dan sampai ke pengetahuan keluarga. Termasuklah arwah ayah. Dia sangat tak suka pada keluarga makcik sepupu aku ni disebabkan itu. Jadi sebagai ketua keluarga aku rasa arwah ayah cuba melindungi kawasan rumahnya dan keluarga dia dengan ilmu yang dia ada dan mungkin ini telah mendatangkan amarah pakcik muda aku tu. Nenek pun terlibat sama sebab kami ni kan berjiran. Kali ini nenek berkata ilmu pakcik aku bertambah kuat. Pendek cerita dek kerana pertarungan batin antara mereka tulah, satu hari arwah ayah tertewas dan bermulalah rentetan keluarga aku diganggu hingga waktu arwah mak meninggal.
Ceritanya macam ni, satu tengahari tu waktu arwah ayah tengah bersiap selepas mandi dan ingin memakai baju, dia terlihat lintasan bayangan hitam di dalam bilik. Tak sempat arwah ayah bersedia (alpa sebentar) bayangan tu terus memukul arwah ayah yang waktu tu membelakanginya secara pukul curi( ni cerita menurut arwah ayah bila dia dapat bercakap dengan jelas). Ayah terus jatuh dan terkena sawan. Masa dia menjerit kuat sebelum terjatuh, arwah mak terdengar dan terus terpa masuk bilik. Masa ni arwah ayah dah terkejang mulut berbuih. Adik lelaki arwah mak panggil ambulan dan bawak arwah ayah ke hospital ( waktu kejadian takda sorang anakpun dirumah. Kami semua merantau jauh bekerja. Arwah ayah dikatakan terkena strok dan lumpuh sebelah badan. Lama jugaklah terlantar di hospital. Owh ya bil hospital pakar tu semua aku yang tanggung sebab dahulu aku berjawatan tinggi, alhamdulillah aku sempat jaga kedua-dua orang tuaku sampai mereka hembus nafas.
Bila dah bawa arwah ayah balik, nenek dan beberapa orang yang datang mengubat dan mengurut berkata benda ni ada kaitan dengan ilmu sihir. Ilmu pukul curi (atau diorang sebut pukulan ghaib) tu dibuat sebab nak arwah ayah mati. Tukang buat ni dendam, pada orang yang asyik tutup jalan dia. Kata mereka, si polan susah nak buat kerja jahatnya sebab arwah ayah suka hantar pendampingnya suruh kunci pergerakkan kadam-kadam orang tu. Nenek pun bagitau kat aku pekara yang sama. Ada musuh yang dendam kat kami. Mujur Allah panjangkan nyawa arwah ayah. Tu pun seksalah jugak.
Kata nenek kalau ikutkan, pada hari yang sama dia pun kena musibah. Subuh tu dia ke kebun menoreh macam biasa. Tiba-tiba, entah macamana satu dahan besar jatuh hampir menimpa nenek. Nasib baik nenek sempat elak. Bergegar pokok-pokok getah sekeliling nenek macam ada yang ranggah. Nenek tengok dahan tu macam patah tapi waktu tu dada dia dah debar bukan main. Nak kata angkara monyet dia sangsi takda bayangan monyet seekorpun diatas pokok walaupun dahan-dahan masih teruk diranggah. Lama juga pokok-pokok getah keliling tempat dia menoreh bergegar-gegar. Nenek kata dia baca beberapa potong ayat Quran dan ayat kursi tujuh kali, sambil berdoa. Pada ayat “wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a ,Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard yang ke 7 kali nenek kata dia dengar dentum bunyi guruh sekali kemudian suasana kembali elok macam asal. Terus nenek patah balik rumah. Tinggalkan semua pekakasan sebab dia rasa tak sedap hati.
Entahlah, ikut hukum akal aku, arwah ayah kena sakit jantung. Lama juga arwah ayah tak boleh bertutur betul, herot-herot mulutnya, berbuih-buih masa nak bercakap. Semakin lama semakin baik pertuturan arwah ayah dan dia pun ceritalah macam aku tulis kat atas tu tadi. Ada orang pukul dia dari belakang. Tapi walaupun arwah ayah dah boleh bertutur secara baik badannya masih lumpuh separuh. Jalannya menyeret tubuh. Kadangkala dia berkerusi roda. Tapi dia lebih suka berjalan dari naik kerusi roda. Senaman katanya. Sampai ke ajalnya dia masih lumpuh separuh badan. Lepas arwah mak meninggal dunia, selang dua tahun baru arwah ayah menyusul.
Owh ya ,macamana arwah mak meninggal?. Adakah ia berkaitan dengan makcik sepupu aku, Wallahualam. Tapi benda-benda pelik ni hanya terjadi selepas makcik sepupu aku ni balik. Lima tahun kami semua aman damai takda benda mengganggu pun. Lepas arwah ayah lumpuh, arwah mak lah yang buat kebanyakkan kerja. Mencangkul, meracun, menjaga keliling rumah kami termasuklah kebun belakang rumah. Kami adik beradik nak aja upah orang buat, tapi arwah ayah larang keras. Dalam cerita terdahulu aku dah catat bagaimana rumah aku dan rumah makcik sepupu kami ni berjiran kan. Jadi kisahnya masa tu aku dan adik nombor dua aku ja ada dirumah. Adik bongsu aku takda kat rumah masa tu. Mak meracun keliling kebun. Puas aku nak menolongpun arwah mak dan arwah ayah melarang. Masa tu aku tak tahu puncanya lagi.
Dipendekkan cerita, waktu tu arwah mak teracun sekali anak-anak pokok pisang makcik sepupu hantu aku tu ( aku yang bagi gelaran macam tu) yang tumbuh disempadan tanah kitaorang. Namanya pun teracun, bukan sengaja. Malam tu arwah mak mimpi. Disebabkan aku manja dengan mak, aku memang akan tidur sebelah dia tiap kali aku balik. Aku tersedar bila aku dengar arwah mak menjerit-jerit, mengingau. Aku kejut dia suruh bangun dia menjerit lagi nyaring. Petua nenek nak kejut orang, kepit ibu jari kaki dia dan panggil nama dia perlahan tapi tegas. Amalkan dengan budak-budak masa nak kejut bangun subuhpun ok. Akupun buat sambil tepuk-tepuk lembut badan arwah. Arwah terjaga sekejap lepas tu pejam mata balik. Aku dengar dia istighfar banyak kali. “Mak mimpi hantu “, tu ja aku dengar. Terus aku potong cakap ” Mainan tidur tu mak”. Aku suruh arwah mak tidur balik. Aku tengok jam masa tu pukul tiga pagi.
Esok pagi, masa sarapan aku minta dia cerita. Arwah mak kata dia mimpi ada orang marahkan dia sebab bunuh anak-anak dia. Lepas tu dia mimpi di kelilingi satu kepala tanpa badan yang terbang. Masa tu kepala tu nak cederakan dia dan cuba serang arwah mak ni. Sebab tulaa aku dengar dia menjerit. Dia kata dia berlawan cakap dengan kepala tu. “Dia marah Mak,dia nak bunuh mak” Arwah mak kata dia melawan sambil jerit Allahuakhbar dan tarik rambut kepala tu sampai nak tercabut rambut-rambut dia. Arwah cerita dia tak tunduk sikitpun pada ancaman hantu tu. Dia risau benda tu kacau anak-anak dia. Masa tulah sayup-sayup dia dengar suara aku panggil dia. Terus dia terjaga.
Beberapa minggu berlalu kami anggap tu hanya gangguan mimpi biasalah kan. Aku pun tak ambil berat sangat akan hal tu. Hujung bulan aku balik lagi hajatnya nak bawa arwah ayah berubat kat melaka. Pergilah berurut kat sorang pakcik di bukit katil Melaka. Masa tu adik lelaki (Pak ngah) mak aku ikut tunjuk jalan. Sesi urutan tu macam biasa ja takda benda-benda pelik yang terjadi. Yang seram tu waktu kami dalam perjalanan balik semula ke kampung. Malam masa tu dah larut benar. Pakcik aku ni suruh aku ikut jalan dalam dan singgah muar untuk jumpa kawan dia. Lepas jumpa tu kami teruskan perjalananan. Waktu tu dah pukul satu lebih. Mata aku dah mengantuk sangat. Sampai kat kawasan kampung berhampiran parit sulong aku macam tak boleh nak tumpu kat pemanduan. Yang hairannya semua yang lainpun sama. Arwah mak dan arwah ayah kat belakang dah terlelap. Pakcik aku kat sebelah pun dah lama berdengkur. Aku ternampak macam ada balai raya kecil tepi jalan. Ada pagar kayu dan nampak kawasan tu terang sikitlah. Aku berhenti, tutup enjin dan buka tingkap sedikit. Aku cadang nak lelap sekejap ja barang 10-15 minit.
Aku rendahkan sikit kerusi dan terus tertidur. Masa terlena tu lah aku bermimpi. Aku nampak ada susuk tubuh perempuan gempal terendap-hendap balik pagar kayu tu. Mukanya putih melepak macam cina tapi bentuk muka tu yang pelik. Empat segi bentuk muka dia. Aku renung makcik tu. Tiba-tiba makcik tu melompat dan bertenggek atas pagar. Boleh korang bayangkan tak perasaan aku masa tu. Makcik tu cuma berbaju kurung kedah, berkain batik dan berbadan gempal sedang bertenggek atas pagar sekeping tu macam ayam. Makhluk tu tersengih. Aku macam terkejang tak dapat bergerak. Nak menjerit pun tak boleh. Terkejang aja tengok benda tu terjun dan menuju kepintu kereta. Terus dia bukak pintu belakang sebelah arwah mak duduk. Benda tu tarik tubuh arwah mak macam tarik guni beras. Diheretnya tubuh arwah mak ke dalam semak. Aku meronta-ronta nak bangkit. Nak jerit supaya pakcik dan arwah ayah aku sedar tapi suara ni tak dapat keluar. Aku cuba gerak lidah, boleh. Aku tekan lidah ke lelangit sekuat tenaga dan jerit Allahuakhbar dalam hati sambil pejam mata. Tersentak aku tersedar dari tidur. Mimpi rupanya aku, aku tengok pakcik aku, arwah mak dan arwah ayah masih dalam kereta. Tak sampai sepuluh saat lepas aku pandang mereka, arwah mak pulak menjerit dalam tidur. Masa ni Pak Ngah aku terjaga termasuklah arwah ayah. Aku hidupkan enjin kereta dan terus bergerak keluar dari kawasan tu. Masa tu aku tengok arwah ayah dah kejutkan arwah mak. Semua dalam kereta membisu sampai kami tiba dirumah. Kerana penat dan sudah lewat malam kami semua tidur tanpa membincangkan apa yang telah terjadi.
Keesokkan harinya waktu aku arwah mak dan arwah ayah sedang minum petang, Pak Ngah datang menyinggah. Barulah kami saling membuka mulut. Arwah mak bermimpi seorang perempuan membuka pintu kereta dan mengheret arwah ayah keluar. Puas dia menjerit sambil berlari mengejar, tapi makhluk tu terlalu pantas dan tiba-tiba dia berada di dalam hutan yang gelap-gelita. Dia menjeritlah panggil nama aku sebab dia dah tak nampak jalan. Bila dibanding wajah dan gaya perempuan tu persis sama macam dalam mimpi aku. Pak Ngah pulak kata dia ditindih waktu tidur. Telinganya menangkap macam-macam bunyi kat luar tapi mata dan tubuhnya tak mampu digerakkan sehinggalah dia dengar arwah mak menjerit. Sejak dari haritu arwah mak selalu sangat sakit-sakit sendi. Tiap-tiap pagi waktu ingin bangun solat subuh, telapak kakinya akan rasa mencucuk-cucuk bisa dan badan berat. Sakit tu akan reda selepas arwah mak solat dhuha dan mulai sakit semula selepas asar, banyak kali mak akan pitam waktu membuat kerja rumah. Sangka kami ada penyakit tapi bila ke doktor, takda pulak penyebabnya sehinggalah satu hari mak sedang mesin rumput. Waktu ni bermulalah gangguan ke atas seluruh keluarga kami dan arwah mak kena penyakit yang membawa maut…maaf jika terpanjang. Nanti aku akan sambung semula
wahhhh…dendam aurora ye cu…cu asl dendam je mesti nama Aurora erk…nenek pon nama Aurora gak..tapi nenek tak berdendam..huhu….nenek komen je dlu ni, baca nya belom..hohoho…
cu, nenek nak tanya…kalau ikotkan cerita ko ni, mesti hopsital yg kau maksudkan tu Hospital Putra Specialist kan? sebab dpn hospital tu ada beryani Md Shah yg popular tu…dikuatkan pulak hujah nenek ni apabila ko sebut parit sulong..hehehe..nenek punya kampung kat parit mampan simpang Lima…Arwah nenek kepada nenek dlu dok kat spital tu jugak…
aku pun nama aurora juga nek tp aku bukan penulis cerita ne hehe
amboi cu..kemain ko yek…add laa nenek kat fb..hihihi..siang nenek jd kebayan, mlm nenek jd cantik….zasssss!!
nenek dulu nama lain ker ek, pandainya tukaq nama plak..hihi
nenek nenek nk nenal bole..haha
meh bak sini fb nenek hahaha
amboi bukan main ye nek,malam2 bleh jadi cantik erk
kat sini nenek jadi nenek kebayan..luar ni nenek jadi aurora…hehehee…nenek mlm2 jd cantik tau..cu jgn terkejut plak..huhu..nnt nenek muncul dlm mimpi korang ye….zasssss!!
halaaaa tetengah syiokkk baca tetiba abes. dukacitanyaaaaa
“Owh ya bil hospital pakar tu semua aku yang tanggung sebab dahulu aku berjawatan tinggi, ”
tak payah cter pun tak pe kot .. haha
Takut nnti ada yang bertanya..so tuan rumah jawab siap2…
setuju2. mula-mula mcm nk kesian jgk sbb kne kecam ngan readers, bile sampai part tersebut, patut la kne kecam. bile nk bercerita, cerita yg patut je. bile termasuk part2 meninggi diri mcm nie, readers kurg berminat nk baca.
http://fiksyenshasha.com/amalan-salah-arwah-ayah/
ni yg pertama ke?
bukan.. y 1st tajuknye jiran membela.
Mmg cerita tu ko kopi paste kami penah baca cerita yg doktor ckp pakai besi bagai tu bkn ko punye cerita..sebelum ni pn dh ad org post ni ko pos lagi..bangang menipu..nak populariti bukan kat sini..
Cerita tipu
Some “Doctor Pakar” Hospital Putra Specialist BP tak ada ETIKA doktor! Penyakit pesakit suppose be “confidential” ! Tapi main sedap je cakap lepas! WTF for that!
hai cu, cu org bp ke? heh, nenek bgthu kat atas tu, baru ko tahu yg ni hospital putra specialist kan..baik ngaku cpt..kalau tak nenek mncul dlm mimpi ko…zasssss!
cerita best tapi bersambung pulak, takpe la cerita panjang janji dh tau apa yg berlaku.
harap #aurora sambung cepat sikit ye.
TQ.
Cerita best..tapi jgn minta maaf kalau cerita terpanjanh..cerita pendek pemati klimaks yg aku tak suka..cerita laa lagi..okay..Al Fatihah utk ayah dan bonda uu…
Smbung cpt sikit tau
Dont ever feel burdened reading unsupportive comments from ur readers. Ko tak boleh expect semua yg baca akan suka dengan cara penceritaan and cerita ko.. just keep on writing ye writer sebab ada yg tertunggu tunggu dgn sambungan cerita ko ni and one of them is me. Me likey!
menarik ceritanya… pasal berdendam ni.. mmg smpi bila2 pon x kan abes.. manusia dgn dendam
Berani je ekkk benti tepi jalan pastu satu keta tdo…
Ngantok bebenor semuanya tu…
Asben akk pn suke drive pastu benti utk lelap sekejap…
Tp entahlar, bior asal ngantok cemane pon akk akn jd xleh tdo bile keta benti tu…
Lelagi dh mlm buta, memacam akk pikir…
Plg xleh blah pikir org towing keta time sedap tdo tu, hahahahahha…
Bile keta dh gerak barulah akk smbg tdo…
Papepon, beruntungnye sempat berbakti pd mak pak smpi akhr hayat diorg…
Cume akk nk tanye, klu dlu berjawatan tggi skrg ni dh berjawatan lain plak ke???
sy tertanya gak tu kak yulie..ke dia dh benti keje n buat bisnes?
Klu bisnes iye gak kot…
Maybe x semewah dlu tp puas hati keje sdri gak eeiii…
tu la dok pikiaq gak jawatan apa skrg dia pegang, sy pun jwatan tinggi jgak
Jawatan akk pon tggi gaakkkkkk…
Fulltime profesional housewife…
Haahahahahha…
ka yulie, lau sy benti tdo kt petronas @ kedai 24jam..
xde nye nk tdo tepi bakairaya.heheheee…
btw, skrg jawatan rendah sikit kot… 😉
Kaannn…
Itu pon akk ttp otometik mata tu teros segar pastu gateeeiiii jer mate tu melilau tgk keliling…
Tapi bile keta gerak jer teruuussss mata layu di tasik titiwangsa…
Hahahahahah…
kak yulie aku pon berjawatAn tinggi.. assistan suppritendan kat umah.. sebab lagak aku kat umah macam boss..
Haahahahha…
Akk antara tugas hakiki jadi WARDEN PENJARA…
Bak kate anak akk UMMI KAN HARIMAAAUUUUU…
org Johor ek, cerita demdam sihir ni kalu org yg bt tu x taubat sampai ke sudh ler jwbnya, x akan abih sampai ke innalillah…melayu ni biasalah yek..cau
Ek ek ni org Johor eak ??
eh kome ni,,,asal johor je nak ber ek ek kan kami ye….opiez ni johor kat mana? mlm2 nnt bole le nenenk ronda2 naik sapu terbang..hihihiiiiiii
Aurora nnti sambung lagi k
X sabor nie…
Dendam x ksudahan kan kluarga makcik spupu hantu tu
Beruntung yer dpt berbakti kpd kdua ibubapa sampai akhir hayat…
Smoga dmurahkan rezeki slalu….
Aku pening memang makcik tu belah sepupu kau ke? Atau tu sepupu mak or ayah kau? Maaf sila perjelaskan hehe
Aikk.. ramai gak org beepee ya yg baca FS…
apa sambungan nya??
?
👍
Al-Fatihah utk arwah mak dan ayah penulis…byk bersaba dan kuatkn smgt..