Waddup..? Pertama sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kt admin FS sebab publishkan cerita aku. Tak sangka pulak korg suka baca cerita aku ni. *terharu(sobsob). Memandangkan ramai lg nak tahu apa jadi lepas kes aku jumpa awek kebaya tu. Ni kisah lagi satu yg aku nak share pasal ‘dia’. Kali ni xtau lh seram ke tak yerr. Hehe.
Ok mula, kisah ni terjadi sebulan dua lepas kes B tu. Dgn hasil kerja keras aku dan rezeki aku pun melimpah ruah masa tu(bukan menunjuk), aku beli satu kereta. Kereta lama aku, aku suruh kakak aku pakai. Aku beli kereta second je. Aku pilih honda civic. Tp aku nk bangga skit sbb kereta ni aku beli cash.(hehe). Awek mmg xyah ckp la pandang aku mcm mana tiap kali aku turun kerja. Yelaa..aku pakai kemeja long sleeve tp aku lipat sampai siku. Cutting badan cun sbb aku workout. Pakai honda civic. Umur baru 22. Kira nak dapat awek ni mudah la bagi aku.
So aku kenal ngn sorg awek ni. Org nya tinggi lampai. Putih, bibir dia perrghh. Dgn lesung pipit lagi. Sng cerita ciri idaman aku la. Aku gelar dia A je laa. Aku couple dgn dia tak smpai sbulan.
Tak tahu lh kenapa dia tiba2 nak putus dgn aku. Tp aku tak sedih lerr. Tk smpai sebulan kan.? Kahkah. Mcm yg aku ckp, bagi aku nk cari awek ni tak jd masalah. Seminggu kemudian aku dpt lg sorg awek. Dia ni pun ada ciri2 idaman aku. Tp 2 mggu lepas tu dia ajak putus.
Aku silap kt mana.? Semua benda dia minta aku bagi. Aku sanggup bagi dia pakai kereta myvi aku sbb dia nk guna g kerja katanya. Dengan kereta2 dia bagi balik. Dia kata dia tak tahan. Hrrmmm..tak tahan apa.? Aku ada kongkong dia ke.? Ada marah dia ke.? Ape je aku boleh buat dalam masa 2 minggu..? Lepas tu aku dh mcm putus harapan kt perempuan. Bukan jugak maksud aku nak jadi gay. :P. Cuma xnak ada apa2 hubungan utk seketika. Fokus kt kerjaya lah katakan. Tp kerja pun xleh fokus sangat. Ada je yg tak kena. D pun perasan prestasi aku menurun. Mungkin sebab hubungan aku yg terputus di tengah jalan. Huhuhu.
Satu hari D cadangkan bercuti. So aku dgn F ok je. F ckp nak ajak someone special katanya. D pun ajak someone. Dua2 bawa awek. Aku pulak single masa tu. Yg aku tak puas hati. Awek si F ni adalah A . Ex aku. Weeeyyy..aku rasa nak sekeh je kepala dua ekoq ni. Rasa xnak pergi pun ada.
Tp malangnya tiket dah beli. D beli tiket round trip ke Thailand. Aku tanya kenapa Thailand.? D bgtau aku yg Thailand tempat sesuai utk org single mcm aku. Pund#k lu D..hahahaha. korg paham2 lah apa ada kt thailand tu. Sampai kt Thai, dorg pg lh bercengkerama. Tinggal aku sorg, Malam tak pernah siang, dduk di dalam bilik yg tak mungkin akan terang. Ecehh..hahaa. Bosan dok bilik aku g jalan2.
Jalan punya jalan aku jumpa satu kuil ni. Agak seram tapi rasa ingin tahu aku memuncak. Jadi aku masuk. Aku masuk je sami2 situ pandang aku lain macam. Kemudian salah seorg sami dtg Aku then cakap bahasa thai. Aku angguk2 je. Hahha. Aku mana tahu bahasa dorg.
Tepat2 pulak kat situ ada sorg pmpuan yg reti ckp bahasa thai dan english. So perempuan tu explain lah kt aku. Ni yg perempuan tu ckp dlm bahasa inggeris, tapi aku translate lah ‘semua nya angkara makhluk halus, apa yg terjadi pada awak skrg angkara sorg puteri (bunian???). Dia duduk dekat hutan tebal. Dia mula2 jumpa awak masa awak kena khianat (masa aku kena pukul dgn budak2 B ke??). Lepas tu dia jatuh hati and dia nak awak hidup dgn dia. ‘ Korg tahu apa respon aku??
Aku gelak punya lah kuat..bukan kena rasuk..tp kelakar weyy. Aku ckp kt dia aku tak percaya. Lg satu kalau betul, bukan aku suka dia pun. Dia tu hantu cetannn. Aku ni manusia, mana boleh sama hidup. Perempuan tu ckp kt aku ‘hati2 bila bercakap, nanti termakan ayat sendiri. Jgn kata kau tak suka dia. Nnti kau merayu rayu nak jumpa dia baru tahu.’ Pastu sami ngn pmpuan tu blah.
Tp dlm masa sama, rasa takut tu ada lah jugak. ‘Arrghhh..abaikan.
Macam2 benda aku dh hadap, mcm benda aku dh jumpa. Takkan ngn tuan puteri aku takut pulak.’ Kata hatiku dgn riak. Balik hotel tu aku tgok ‘belangkas2’ ni baru balik shopping. Sakan betul korg yerr. Aku jeling je si A ni. Dia pun tunduk2 malu ngn aku. ‘Ehh kau ni,,jantan kau ada depan mata tu. Cover sikit gedik kau. ‘ kata aku dlm hati. Meluat pulak aku.
Masa dh siap mandi semua aku dduk kat beranda sbb nak hisap rokok. Nak keluar mcm tak larat je. Lepas tu si A ni dtg kt aku. Aku pun halau lh dia, tak elok kalau F ni tgok aku berdua dgn awek dia. Si A ni mnta masa skit je sbb nak explain apa yg terjadi dgn hubungan kami dulu. Aku pn nak tahu jugak lerr..yelaa aku tak puas hati takde angin tkde ribut nak putus. Jadi si A ni cerita A-Z kisah cinta aku dgn dia yg tak seberapa dulu.
Dia ckp lepas dia terima aku jd BF dia, mlm tu terus mimpi buruk. Dia mimpi ada sorg perempuan tua ni, muka dia hodoh gila. Muka bernanah, hidung mancung mcm ahli sihir cekik dia. Dia terbangun dgn kesan tangan kt leher. Masa aku couple ngn dia, aku tak perasan sebab dia ni bertudung.
A cerita bukan sekali dua, Tp tiap malam dia kena mcm tu. Rumah dia kena kacau gakk. Mcm2 benda perempuan tu buat kata si A. Last sekali yg membuatkan si A ni tegar nk putus dgn aku, bila satu malam dia tgh tidur. Dia dgr suara berbisik kat telinga dia. Suara tu ckp, ‘jgn berani2 rampas org yg aku sayang kalau nak hidup lama, tinggalkan dia atau aku ceraikan kepala dari badan kau’ A terbangun dgn rasa takut ya amat. Esoknya dia terus minta putus kt aku. Aku tergamam gila dgr penjelasan si A ni. Mcm tak logik pun ada. Aku minta diri then terus balik kt bilik aku. Nak tidur sbb letih.
Tgh syok2 aku tidur. Ada org ketuk pintu bilik aku. Nak roboh bunyinya. Aku dgn mamai2 g buka pintu. Aku nampak si F ni muka pucat bgtau aku si A histeria. Meracau racau beliau masa aku sampai kat bilik dorg. Dia menjerit sambil cakap ‘maafkan aku.!! Aku xda niat nak rampas dia dari kau.’ Sesekali suara dia tersekat mcm org tak ckup nafas. Sambil2 A bercakap tu , jari dia asyik tunjuk kat luar tingkap. Aku rasa tak sedap hati dah. Aku suruh D laungkan azan.
Masa D laungkan azan tu, aku pejam mata. Tenangkan fikiran aku. Masa tu lah aku nampak awek kebaya ni kt luar tngkap. Bila aku buka balik mata, dia tkda pulak. Aku pejam balik mata aku dan aku cuba nk berkomunikasi dgn dia. Aku ckp dlm hati ‘jgn lah ganggu dia, aku dgn dia dah tkda apa2 hubungan’ . Habis je aku ckp mcm tu, awek kebaya ni pandang aku then senyum. Dia lambai kat aku dan perlahan lahan dia hilang. Aku buka lagi sekali mata tengok A dh tak meracau mcm td. Tp dia agak keletihan.
F.? Xyah ckp la.. ntah kenapa dia kibas2 si A ni pakai selimut. Nak jd bomoh ke caner. Dia ckp nak pulihkan semangat si A. Pale otak kau la. D decide nk balik malaysia esok hari nya. Aku xda hal. Lagi pun aku xnak kes mcm smlm berulang. Sampai kat malaysia D suruh F bawakan Si A berubat kat utara tanah air.
Aku pulak balik rumah aku sendiri. Tp aku tak pernah rasa takut mcm tu. Aku rasa aku takut nak balik rumah sendiri. Sampaikan aku takut nak pejam mata. Nak tido, nak mandi, segala perbuatan aku kat rumah, aku sering rasa diperhatikan. Suasana rumah aku kadang2 rasa seram. Mlm pulak rasa kena tindih masa tgh tidur. Barang2 beralih tempat. Tp yg bestnya kadang2 bilik aku besepah, aku balik lepak ke balik kerja aku tengok bilik tu tersusun elok. Rumah aku bersih, wangi lain macam. Hahaha. Pada masa yg sama, seram la weyyy.
Dan utk pastikan story si A ni betul ke tak, aku try jumpa ex aku selepas si A ni.
Dia punya story lagi dahsyat. Kenapa? Dia kan pakai kereta aku, jadi kereta aku paling banyak buat hal kt dia. Malam2 alarm kereta aku tetiba berbunyi, start sendiri pun pernah. Bau busuk dalam kereta hari2 masa dia nak pergi kerja. Dan dia pun ada ‘finisher’ sebelum dia bawak aku putus.
Katanya masa malam dia balik kerja tu, dia tgh dgr radio. Tgh syok2 dengar lagu kat radio, tetiba siaran radio tertukar dan terus stop. Dia dgr suara org perempuan gelak kt dlm kereta, ulang suara DALAM KERETA ye. Dia apa lagi, terus la tercari cari suara tu dan terpandang lah beliau seorang nenek dgn muka yg amat buruk duduk kat seat belakang. Dia rasa mcm tercekik dan hampir hilang kawalan. Katanya lagi, setiap kali dia cuba control stering kereta, ada saja tenaga yg menarik stering tu ke pembahagi jalan. Brek seolah olah tak berfungsi. Mlm tu dia kena bisik gak, lebih kurang mcm si A kena. Tu yg next day dia terus minta putus dan pulangkan kereta aku. Hrmmm..
Next day tu aku jumpa si A. Dia dh semakin pulih tp dia mcm fobia nak dekat dgn aku. Aku minta maaf kt dia. Masalahnya bukan salah aku, aku tak buat apa2 pun. Dia ckp yg org tmpat dia berubat tu nak jumpa aku. Kena cepat sebelum terlambat. Kalau tak, boleh memudaratkan aku sendiri.
Benda ni memang baik kata si A, tp pada MULA-MULA jer. Lama2 aku layan menatang ni, aku boleh tertarik ke alam dorg.
Dan ya..!! Aku pernah masuk ke alam dorg. Korang takkan percaya ada apa kt alam dorg tu. Tp cerita tu akan aku publishkan dlm masa terdekat. Cukup lah korg tahu kisah aku ‘bercouple’ dgn awek kebaya ni. Kalau berkesempatan, aku ceritakan lagi masa aku ‘broke up’ dgn dia pulak. Angau dia lain mcm korg tahu. Masa tu, aku pergi dgn D je. D sendiri seram nk lepak ngn aku lepas tu. Hahaha . Kenapa D seram.?? (Jengjengjeng)
Gerak luu..pape roger.
– hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Alah sambung la lagi..please
nanti sambung ye… best!
Please sambung.. Tak sabar lak nak tau
dik…ko kena citer masa ko couple dgn dia tu camna…adakah serupa bila couple ngan manusia. Akak akan tungguuuuuu citer selanjutnya…..(jengjengjeng jugak)
Ako tnggu sambungan nye.. jgn lama2…
akak follow jer cite ko ni. seram + klaka. hahaha. i’m waiting your next story. 😉
Terbaik bro!
Sambung2 .
cerita la lagi. nak tahu..
sembang……cerita reka jer ni…tak best….
Hakak x kesah ni citer betol ke rekaan…
Yg pasti gaya penceritaan tu hakak sukeeee….
Cepat sambuuunnggggg neexxttt…
Sembang
Rumah jd kemas dan teratur ehh?
Untung ahh..hehe
orang gaji pree
Alaa.. Bersambung lagi… Cpt2 smbung crita ni.. X sabar nak baca.. Best sangat..
Xsbr tgu sambungn ?
Haha. Cerita penulis ni memang best walaupun pada masa yang sama aku rasa ni cerita rekaan.
Sambung lagi nanti.
na tau lagi!!! sambung2. .hahahah
weii citer cptt..best sgt
best!!! sambung please…
sembang
xpernah kecewa bc cerita awk nih…
memang ak knpem dia reka2 pun citer ni.. tapi kesahhhh. asalkan hiburan. lagi dik non
Cerita yg sebelumnya tajuk apa?
baru couple dah pergi honeymoon ke Thailand ke? ke A ngan F tu dah kawen..musykil aku…
Untunglahhhhh rumah kemas, tapi kalau kena kat aku macam tu konfem seram
Sebelum ni tajuk ceritanya apa? Tak best lah baca part 2. Tiba2 dah klimaks. hahahaha
cer search ” partner boss buat hal”. sblm ni ada 2 citer mamat ni kt FS…
tp mmg gila ahhh citer2 dia… mmg best… hahahaha
seram pun ye gk… try search ek… sure xsbr nk baca smpi hbs
BILA NK SMBUNG EK HHUHUHU
……… buat hal
Lepas ni sape lgi yg buat hal? X sbr nk bace sambungan ? sape2 yg x smpt nk bce tu, nihh ada tajuk dari part 1 pnye ??
Boss buat hal
Anak sedare boss buat hal
Partner boss buat hal
Awek kebaye buat hal
Mane sambungan..penantian tu satu penyeksaan
<3
F.? Xyah ckp la.. ntah kenapa dia kibas2 si A ni pakai selimut. Nak jd bomoh ke caner. Dia ckp nak pulihkan semangat si A. Pale otak kau la.
Part ne tak leh nak tahan. HAHAHHAHHHAHHHA
Nak tanya, pg bercuti dgn pasangan masing2 yg blm bernikah tu sewa bilik asing2 atau tidak? Terdapat kemusykilan disini. Kalau blh jgn menampakkan mcm hubungan sebelum nikah ni halal ye. Kita org islam.
adoi bang takleh tahan ah kalau mengaku diri tu hensem hahahaha
ade sambungan x ni?
Wow! A+. Genre horror ilek2 aje ni.
Hang ni “buat hal” la asyik dok stop je cerita buat aq jadi gila dok tunggu tunggu cita hang haha 10/10