Badan Aku Mempunyai Penghuni ‘Lain’

Cerita ni bermula dari aku berumur 13 tahun. Waktu tu aku baru memasuki tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri pantai timur. Biasalah, kehidupan di asrama, hal ragging dengan senior tu memang dah biasa. Kena menyanyi lagu, tiup lampu sampai padam. Tapi aku bukan nak cerita hal ragging. Kisah ni bermula bila aku kerap pengsan sewaktu perhimpunan pagi. Masa tu, sekolah aku adakan perhimpunan tiga kali seminggu (isnin, rabu & jumaat). Dan setiap kali perhimpunan, aku mesti pengsan dan memang akan end-up kat klinik desa belakang sekolah.

Nak dijadikan kemuncak cerita, suatu hari, aku memang letih teramat sangat dan aku pengsan. Waktu tu perhimpunan rasmi hari Isnin, dan minggu tu minggu terakhir sebelum cuti dua minggu untuk sambutan Tahun Baru Cina. Tapi kali ni, aku dibawa terus ke Hospital Raub & kena admit semalaman. Parents aku datang dari Shah Alam, terus bawa aku pulang. Di rumah, aku hanya berehat.

Tapi aku perasan, aku tak rasa seperti berada di rumah. Seolah jasad aku di rumah tapi roh aku berada di sekolah. Siang malam aku kerap bertanyakan kepada family, “bila nak balik sekolah?” dan sepanjang seminggu pertama berada di rumah, aku tak sedar yang sebenarnya aku dah beberapa hari tak makan. Lapar tu lapar tapi aku seolah olah lupa yang aku tak makan lagi. Asyik teringat ke sekolah. Nak kata ada boyfriend, baru 3 bulan masuk. Tak kenal orang lain selain budak kelas & budak dorm.

Atuk aku perasan mengenai perubahan cucunya. Biasalah, atuk jadi risau dan ambil keputusan untuk bawa aku pergi berubat. Dari Shah Alam ke Wangsa Maju, aku pergi berubat dengan seorang pakcik ni. Rumah dia biasa, takde kain kuning ke ape. Bila sesi berubat bermula, dia suruh aku duduk melunjur kaki. Dia duduk di belakang aku dan mula baca ayat Al-Quran. Dia hanya sentuh kepala aku. Reaksi aku? Cuma rasa panas dan sakit. Tapi masih boleh tahan. Tak lama pun, dalam 10 minit, dah selesai. Dia kemudiannya tanya beberapa soalan yang membuatkan aku terkejut :

Pakcik : Awak belajar kt sekolah asrama?
Aku : Ye (aku agak atuk aku yang bagitau sebelum kami datang)
Pakcik : Awak selalu sidai kain waktu malam?
Aku : Ye, sebab siang tak sempat (part ni aku dah pelik)
Pakcik : Belakang asrama, ada padang luas? Tempat tu berbatu?
Aku : Ye, sebelah padang. Tapi macam mana tau berbatu?

Mula-mula aku syak dia ada anak saudara yang belajar kat situ. Tapi takkan la hal laluan berbatu pun nak cerita dengan pakcik. Aku dah rasa tak selesa.

Pakcik : Sebenarnya awak ada tersepak batu tempat ‘dia’ berehat. Sekarang ni dia dah masuk dalam badan ikut ibu jari kaki kanan. Jangan risau, pakcik dah sediakan air. Bawak minum & mandi 7 kali. Baca selawat banyak2. Sentiasa baca al-quran.

Sesi persekolahan bermula. Tapi parents aku tak setuju keputusan aku nak sambung di situ. Diorang rasa lebih baik aku bersekolah harian biasa yg dekat dengan rumah. Aku dengan berat hati, keluar dari sekolah tu.

Genap sebulan lepas kejadian aku tukar sekolah, 13 April 2006, pukul 12 malam. Aku masih ingat lagi sampai sekarang pasal mimpi aku malam tu. Memang takkan aku lupakan. Malam tu aku tidur awal, tak tau kenapa aku rasa mengantuk sangat. Dalam pukul 10 malam, aku tidur di bilik mak aku. Waktu tu semua orang ada kt bawah (ruang tamu). Aku tak sedar bila aku terlelap tapi mimpi tu memang real.

Dalam mimpi tu, aku dan kawan-kawan dari sekolah asrama dulu dalam perjalanan ke kelas prep malam. Susur gajah antara sekolah dan asrama memang sempit dan sekelilingnya memang gelap & takde lampu. Ada beberapa pokok kelapa sawit yang besar di sekeliling susur gajar tu. Masa berjalan tu, tiba tiba aku terdengar ada orang mengilai. Rupanya pontianak datang ke arah aku dan angkat aku ke hutan belakang sekolah. Aku takut sangat sampai aku tak sedarkan diri. Tahu tahu hari dah siang & aku terjaga sebab dengar kawan-kawan aku azan. Terus aku terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh dan menangis. Terus aku turun ke bawah & peluk mak aku sambil menggigil. Aku tak faham kenapa genap sebulan aku tinggalkan sekolah tu, terus aku bermimpi mcm tu. Dan sejak tu, bermula lah segalanya dan aku bukan lagi seperti dulu.

4 thoughts on “Badan Aku Mempunyai Penghuni ‘Lain’”

Leave a Comment