Kisah kali ini berkisarkan seorang pakcik yang tidak asing lagi dengan keluarga aku, Pak Di, seorang yang kurus tinggi dan mempunyai warung bakso di rumahnya. Baksonya antara yang sedap di Kuching bagiku.
Rumahnya bersebelahan dengan rumah Pak Mad, pakcik aku yang pernah aku ceritakan pergi ke alam bunian suatu ketika dahulu. Hampir keseluruhan cerita adalah berdasar pengalaman sebenar yang aku olahkan mengikut perspektif aku dan Pak Di.
Pak Di masa mudanya seorang yang berani dan hebat bertempur. True fighter kata Pak Mad. Tidak takut akan cabaran dan pantang mengalah sebelum bertarung. Namun, bagi keluarga kami, Pak Di sangat baik dengan keluarga kami sejak Pak Di kecil lagi. Childhood friend Pak Mad.
Suatu Petang, 2018.
“Bang, ada dengar cerita ka?” Tanya Mak Ija.
Aku yang sedang baring di sofa ruang tamu lantas mengalih perhatian ke arah Mak Ija. Ketika itu, aku masih tinggal bersama nenekku dan Mak Ija memandangkan kedua ibubapa masih di negeri orang.
“Cerita apa tek?”
(Cerita apa tu?)
“Pak Di berhajat,bininya call mintak tolong ubatkan”
Aku tiada banyak bicara. Langsung bersetuju. Sempat aku Whatsapp Usman untuk memintanya menemaniku kerana ketika itu aku masih terlalu mentah dalam bidang rawatan. Namun, Usman tidak dapat bersama disebabkan urusan yang lain.
Maka, aku beranikan diri untuk ambil kes Pak Di. Petang tersebut selepas Maghrib, aku, makcikku dan nenekku menziarahi Pak Di. Kami disambut isterinya Mak Nor masuk ke dalam dan dijemput duduk di ruang tamu mereka.
Pak Di berkopiah hijau datang dari dalam bilik dalam keadaan pendek nafas dan lemah.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumssalam”, jawab kami bertiga.
Pak Di berbaju apek putih duduk di sofa. Pak Di nampak sangat lemah. Cukup dari riak muka dan nafasnya menggambarkan deritanya.
“Dah 6 bulan sik dapat tido kamek tok.”
(Dah 6 bulan tak dapat nak tido saya ni.)
Pak Di batuk bagai nak tercabut. Aku sekadar mengangguk.
“Udah gik merokok pak..ya kitak batok ya.”
(Udah lagi merokok pak..tu sebab batuk tu.)
Sempat anak sulungnya datang dan menasihati agar tidak merokok. Lantas anak sulungnya, Abang Wan bersalam dengan aku sebelum beliau keluar dari rumah. Pak Di mencuka wajahnya. Kurang senang ditegur bab rokok.
“Apa tanda-tanda dialami kitak, Pak Di?” Aku langsung memotong momen awkward ketika itu.
Aku menanyakan simptom-simptom Pak Di dan beliau menyatakan beliau sukar untuk tidur. Saat saja tidur sesak nafasnya dan badannya sakit yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
“Kamek sik dapat tido mena..ngantok tapi badan sakit..asal tertido bangun agik.. tiap-tiap malam macamya..dah enam bulan dah.”
(Saya tak dapat tido nyenyak..ngantok tapi badan sakit..asal je tertido mesti terjaga balik.. tiap-tiap malam macamtu..dah enam bulan dah.) Terang Pak Di kepada kami.
Isterinya, Mak Nor datang dan meletakkan air botol dan limau untuk dijampi. Sempat Mak Nor menghidangkan minuman dan sedikit kuih untuk kami. Aku teringat yang Mak Ija pernah menyatakan bahawa Pak Di ada diberi oleh seseorang sebotol minyak untuk melegakan sakitnya. Tapi, dengar cerita makin mengeruhkan lagi keadaan kesihatan Pak Di. Aku nekad untuk bertanya.
“Pak Di, ne minyak diberik orang ngan kitak oh? Ada?”
(Pak Di, mana minyak yang diberi orang kepada Pak Di ye? Ade?)
Namun, tiada jawapan. Seolah-olah soalan tersebut langsung tidak didengari semua orang yang ada di ruang tamu. Ya! Aku pasti! Aku sempat melihat setiap riak wajah mereka yang ada di situ. Umpama soalan tidak pernah keluar dari mulut aku atau seumpama mereka tidak dengar soalan tersebut.
Aku bersangka bahawa mereka tidak fokus dan aku langsung terlupa.
Aku memulakan sesi rawatan. Pak Di diarahkan memejam matanya dan berzikir di dalam hati.
“Zikir Pak Di, Ya Latif! Ya Latif! Terus zikir!”
Pak Di fokus. Aku mulai membaca sedikit wirid untuk memohon perlindungan dan kemudahan dalam proses tersebut.
“Mintak dengan Allah kesembuhan dan perlindungan. Merayu sepenuh hati! Nafikan kekuatan diri..semuanya Allah! Di dalam hati. Mulut tidak melafaz!” Tegasku.
Lantas segala penyakit, gangguan dan sihir yang ada diperintahkan turun dari kepala sehingga ke hujung kaki.
“Turun semua benda yang sik bagus!”
(Turun semua benda yang tak baik!)
Muka Pak Di berkerut. Berpeluh.
“Lagik! Sikda sigek pun tinggal! Yang ada di dada ya!”
(Lagi! Takda satu pun tinggal! Yang ada di dada tu!”
Mak Nor, Mak Ija dan nenekku hanya memerhatikan proses rawatan dengan penuh konsentrasi. Teh yang terhidang langsung lupa dijamah.
“Semuanya di hujung kaki! Berkumpol!”
“Asyhadu an laa ilaa haillah! Wa asy hadunna Muhammaddar Rasulullah!”
Huh! Nafas dihembus sambil tangan aku mengisyaratkan menarik segala gangguan yang ada di kaki dari jauh. Lantas dipulangkan kepada yang berhak.
“Okey Pak Di, mata masih dipejam..dan embak dirik kitak ke luar rumah.”
(Okey Pak Di, mata masih dipejam..dan bawak diri ke luar rumah.)
Pak Di hanya mengangguk tanda beliau faham.
“Pak Di, perintah yang menjadi sebab ke atas sakit kitak hadir di depan kitak.”
Tiada respon.
“Ada Pak Di?”
Pak Di menggeleng kepalanya. Aku menanti dengan sabar.
“Pak Di, coba pergi ke stall tempat Pak Di berjual dolok-dolok.”
(Pak Di, cuba pergi ke stall tempat Pak Di berjual dulu-dulu.)
Aku menanti dan terus menanti.
“Udah di stall?”
“Dah.”
Keadaan di stall lama beliau kosong, sepi dan berkabus. Stall tersebut di tempat yang terbuka pada waktu malamnya. Dikatakan, itulah stall pertama Pak Di beberapa tahun sebelum beloau berniaga di rumah.
Aku mengarahkan Pak Di mencari punca sehalus-halusnya.
Pak Di melilau kiri dan kanan dan menghampiri stall bakso lamanya. Tiada sesiapa pun. Keadaan gelap dan penglihatan terhad menurut Pak Di. Pak Di membuka sliding door ruang bawah tempat menyimpan barangan di stall beliau.
“Ah! Ada bungkusan di dalam stall kamek!”
“Okey Pak Di, check dengan teliti bungkusan ya.”
Sedang Pak Di cuba membuka satu-persatu bungkusan tersebut. Ada lembaga berlari di belakangnya dengan penuh pantas.
Pak Di menoleh.
“Ada benda berlari di belakang kamek!”
“Perintah Pak Di, suruh lembaga mendekat!”
Pak Di berdiri di tepi stall lamanya dan memerintah lembaga mendekati beliau.
“Hoi!! Jangan lari!”
Lembaga tersebut berhenti seketika. Apabila Pak Di mendekatinya, benda tersebut hilang serta-merta.
“Hilangnya..entah sine tujunya.”
(Hilang benda tu..entah ke mana tujunya)
“Coba carik gik Pak Di..fokus dan zikir.. insyaAllah kita jumpa pastok.”
(Cuba cari lagi Pak Di..fokus dan zikir.. insyaAllah kita akan jumpa lepas ni)
Aku meyakinkan Pak Di agar fokus dan sabar. Proses sebegini memang banyak dugaan dan rintangan. Hanya Allah yang dapat membantu kami. Tiada yang Berkuasa selainNya.
Tiada hasil. Pak Di gagal mencari lembaga yang berlari di belakangnya untuk kali kedua. Maka aku arahkan agar bungkusan yang dijumpai di stall dihapuskan. Maka aku tamatkan sesi rawatan kerana hari sudah pun Maghrib dan kami bertiga singgah ke rumah Pak Mad untuk solat Maghrib.
Baru saja selesai solat, Mak Ija mendapat panggilan telefon dari Mak Nor.
“Hello Ija! Tauk apa jadi lepas kitakorang balit ngubat tek?”
(Hello Ija! Tahu tak apa yang terjadi lepas korang balik tadi?)
Mak Ija pun menanyakan apa yang terjadi. Setelah mendapat tahu butir-butir cerita, panggilan dimatikan. Mak Ija langsung menoleh ke arahku dan menceritakan apa yang terjadi.
Rupanya, saat kami keluar dari rumah Pak Di,ikan laga Pak Di di dalam melompat-lompat keluar dari akuarium. Air berkocak dek perbuatan ikan laga tersebut. Tidak lama selepas itu,lampu rumah terpadam! Apabila bekalan eletrik rumah kembali pulih, ikan laga tersebut timbul! Sudah tidak bernyawa.
Beberapa hari selepas itu kami ziarah Pak Di dan memesan baksonya. Kata Pak Di, beliau sudah boleh tidur dan pusing-pusing bandar sambil gelak sakan.
Mak Nor hanya dapat menggeleng kepala melihat perbuatan suaminya. Baru sihat sikit sudah ambil peluang melepak dengan kawan-kawan.
Beberapa minggu selepas menziarahi Pak Di, aku mendapat panggilan dari Mak Nor untuk merawat Pak Di. Kali ini, Pak Di sakit teruk berbanding sebelumnya.
Maka, Mak Ija menemaniku pergi ke rumah Pak Di.
Kami dijemput masuk dan menunggu di ruang tamu.
Mak Nor masuk dan menjemput Pak Di ke ruang tamu. Pak Di dipapah perlahan.
“Pak Di, apa kabar kitak?” Tanyaku.
“Hahh. Hah..daa..datang balitt sakit tokk.hah.”
Pak Di menyatakan sakitnya datang kembali dalam keadaan tercungap-cungap.
Aku tanpa membuang masa ‘membuka alam’ Pak Di. Pak Di ‘berjalan’ dalam keadaan sangat lemah.
“Nampak Pak Di?”
Pak Di dengan mata terpejam dan dadanya yang berombak kerana sukar bernafas cuba fokus.
“Nampak..tapi..”
“Tapi apa Pak Di? Di sine kitak kinektok?”
(Tapi apa Pak Di? Di mana Pak Di sekarang?)
“Lemah gilak kamek..sik mampu kamek teruskan”
(Saya terlalu lemah..tak mampu saya nak teruskan)
Aku menoleh ke arah Mak Ija. Mak Ija memberi cadangan agar Mak Nor yang ‘dijalankan.’
“Okey Mak Nor, pejam mata..syahadah..selawat dan doa di dalam hati mintak ditunjukkan punca ke atas Pak Di”
Mak Nor sedia maklum dan mengangguk faham.
“Asyhadu anlaa ilaa ha illallah..wa asy hadunna Muhammaddar Rasulullah!” Tegasku.
“Mak Nor, pergi ke stall Pak Di yang mula-mula sekali.” Pesanku agar Mak Nor pegi ke stall yang pertama sekali di jalankan oleh Pak Di sekeluarga.
“Ada apa-apa? Nampak?”
“Nampakk..kabur.”
Aku menanti lanjutan dari Mak Nor.
“Sikda apa-apa di sitok..kosong.”
(Tiada apa-apa di sini..kosong.)
Maksudnya, berkemungkinan usaha Pak Di dulu merungkai ‘bungkusan’ yang ditemuinya di dalam stall berjaya. Aku bertanyakan Mak Nor, adakah ada kedai lain yang pernah mereka sewa selain kedai pertama.
Rupanya, selepas beberapa tahun di stall pertama, Pak Di dan Mak Nor berpindah dan menyewa di warung berdekatan dengan rumah mereka. Kemudian barulah mereka membuat keputusan muktamad untuk berniaga ke rumah mereka sendiri. Lantas aku perintahkan Mak Nor ke stall kedua mereka.
Mak Nor berada di dalam kedai tempat stall mereka yang lain.
Mak Nor melihat sekeliling..
Gelap. Kosong. Tiada sesiapa pun makhluk yang dapat ditemuinya di dalam warung tersebut. Mak Nor berjalan perlahan ke arah stall mereka. Stall-stall lain dilalui perlahan. Sampai saja di stall mereka, pintu tempat menyimpan barang stall dibuka.
Tiada apa yang pelik dijumpai.
Tiba-tiba..
Ada seorang lelaki berdiri melihat Mak Nor. Jelingannya tajam.
“Mak Nor? Kenal laki ya?” Aku bertanya.
“Kenal. Kawan rapat.” Muka Mak Nor berkerut.
“Perintah rantai panas ikat dari palak ke hujung kaki!”
Lelaki tersebut bergerak ke kiri dan kanan. Tidak statik! Mak Nor cuba merantai namun gagal.
“Fokus Mak Nor..jangan kalah! Ranteikan laki ya!”
Aku meyakinkan Mak Nor agar merantai kawannya.
Namun, lelaki tersebut hilang. Gagal dijumpai. Mak Nor mundar-mandir di dalam warung namun masih tiada kelihatan kelibat lelaki tersebut.
Mak Nor mengalah. Matanya dibuka. Aku juga buntu.
Mak Ija keluar rumah untuk mengambil udara segar. Pak Di sudah pun tidur keletihan di tepi sofa ruang tamu. Aku diam untuk beberapa minit. Begitu juga Mak Nor.
“Mak Nor..”
Mak Nor tersentak dan fokus kepadaku.
“Pejam mata..kita usaha lagik,insyaAllah.”
Mak Nor tanpa banyak soal terus memejam matanya.
“Ekot kamek..di dalam ati.. mulut diam jak.”
(Ikut saya..di dalam hati..mulut hanya diam)
“Ya Allah, seandainya ada punca-punca kepada permasalahan kami terutama penyebab sakitnya suamiku..punca yang kami tahu atau yang kami tidak tahuhapuskanlah ya Allah dengan KudratMu!”
Mak Nor tenang. Aku langsung memerintah Nur atau cahaya pergi ke ubun-ubun dan turun sehingga ke kaki beliau.
“Mak Nor? Ada rasa apa bila Nur dihantar kat kitak?”
“Rasa macam ada awan di mata.” Ujar Mak Nor sambil menunjuk matanya.
“Aishhhh..”
Aku dan Mak Nor menoleh ke ruang tamu atas. Abang Wan rupanya. Abang Wan kelihatan resah dan mundar-mandir di ruang tamu atas.
“Apa kenak Wan?” Tanya ibunya.
“Minyak..ilang..ada dalam plastik itam atas almari..tapi ilang.”
“Minyak?” Tanyaku.
“Aok..minyak..minyak diberik oleh kawan bapak..sik mungkin ilang..kamek jenis pergi jamban pun kamek kunci pintu bilit..sikkan dapat orang ambik minyak ya.”
(Ya..minyak..minyak diberi oleh kawan bapak..tak mungkin hilang..saya jenis yang akan kunci pintu bilik saya walaupun hanya ke jamban..takkan dapat orang ambil minyak tu.)
Kami pelik. Bagaimana boleh hilang? Walhal menurut Abang Wan, tadi ada tapi boleh hilang begitu saja. Dan secara kebetulan, ianya hilang saat aku mengarahkan Mak Nor meminta Allah hapuskan segala punca yang diketahui ataupun yang tidak diketahui.
Aku pun teringat bahawa aku pernah menanya mengenai minyak pemberian orang kepada Pak Di ketika kali pertama aku merawat Pak Di namun seakan telinga mereka semua di tutup dari mendengar pertanyaan bab minyak tersebut.
Kata Mak Nor, minyak tersebut diberi kawannya yang muncul dalam ‘alam’ ketika Mak Nor dijalankan. Kata kawannya untuk mengurangkan sakit-sakit badan. Walhal, makin teruk keadaan Pak Di.
Akhirnya rawatan aku tamatkan setakat itu. Beberapa minggu selepas rawatan, aku dapat khabar Pak Di dimasukkan ke institut jantung dan akhirnya meninggal dunia. Aku sedih dan menganggap itu adalah kegagalan aku. Namun, Usman menasihati aku bahawa itu adalah ketentuan Allah. Tiada yang lain dapat menyembuhkan kita, malah kalau sudah ajal, tiada yang boleh menghalang kehendakNya.
Salam dan selawat!
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ππΌππΌππΌππΌππΌ
Teknik rawatan apa ni ya. Kasi la mukadimah sket.
Teknik rawatan conjuring
Best!!!!
Salam, boleh ka ktk nangga dr jauh? Husb kmk kedak terkena dgn pmpn bidayuh d kuch ya. Kmk pun terkena tempias.