Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Kisah yang saya hendak ceritakan ini dah berusia sedekad yang lalu. Ini kali pertama aku menulis dan hantar bagi FS, sebelum ni jadi silent reader ajolah. Ayuhlah kita mulakan.
Aku seorang perempuan tapi memang suka ikut abang ke, sepupu ke, bapak saudara kemana mana sebab lahir lahir dah perangai “jantan” bak kata mak aku. Ikut mood nak ikut atau tak, buat aktiviti yang kasar, tak main ah masak masak ke apa ke, geli lah konon nya. Huhuhu. So, ada suatu hari tu aku ikut atuk saudara (aku panggil dia Paksu), aku pergi memancing kat satu ladang sawit, ladangnya taklah seluas ladang yang biasa kita tengok tu and ladangnya berdekatan dengan rumah, dalam 2 3 minit naik motor. Kami berdua je waktu tu plan nak memancing, yang lain ada Cuma dorang plan pasang pukat burung. So, kami berpecah.
Dah pusing pusing dalam ladang, terjumpa laaa port baik untuk memancing. Ada titi kayu melintang atas anak sungai. Dah parking motor, set up sikit mana yang patut maka bermula lah penatian penuh kesabaran. Oh ya, time ni p memancing waktu malam, lepas isyak macam tu. Malam masih muda. Dalam setengah jam macam tu, kami rasa bosan, kami bukak lah lagu jiwang, time tu zaman mp3, so bukak kuat kuat kat mp3, dengarlah samar2 lagunya. Maklumlah, Kawasan tu sunyi. Tak ada orang lalu Lalang. Bunyi enjin kenderaan pun nipis je, bunyi jauh.
Tengah sedap layan lagu, feeling2 broken joran ditarik tarik, umpan mengena. Tapi malang nya, ikan terlepas bila dikarau. Takpe bukan rezeki, cuba lagi. Tengah ralit pasang umpan, kitaorang pakai cacing dan belalang time ni, ada seorang pakcik tua datang tegur. Time ni kitaorang tak pandang pakcik tu, biasalah duduk kat titi, kaki hayun2 menghadap sungai (harap korang paham ye).
Macam gini dialog nya.
Pakcik: dapat ikan ke mancing kat sini nak.
Poksu: tak dapat lagi ni pakcik, saja cuba nasib kat sini. Kot kot ada rezeki
Aku: tadi ikan tarik tarik, tapi dikarau terlepas pulak.
Pakcik: biasanya orang tak dapat ikan mancing kat sini. Jarang orang datang sini malam2. Balik lah nak, pergi tempat lain. Tempat ni bertuan.
Dah pakcik tu cakap macam gitu, aku angkat lah kepala nak cakap “oo yeke”, sekali angkat kepala tengok dia, hmm berderau darah aku bila pakcik tu tak pegang kepala dia sendiri. Maksudnya, dia berdiri sambil kelek kepala dia macam mak mak kelek bakul kain, haa macam gitu. Aku apa lagi, terus bangun pastu lari, paksu aku dah “woii” kan aku, pastu aku jerit ah cakap “hantu sebelah tu woi”. Time tu baru reti dia nak tengok pakcik tu, gelabah biawak bangun lari. Dengan joran, umpan, moto semua tinggal kat situ je. Time lari tu, terngiang ngiang pakcik tu cakap “nak, jangan lari. Pakcik bukan nak takutkan, pakcik cuma pesan.” Keesokkan harinya baru lah kami p ambik moto nya. Joran memang ntah kemana lah, paksu aku sebelum dia lari, dibalingnya joran tu. Hmmm. Nasib baik joran diy je, buat pakai buluh. Taklah terasa sangat kehilangan.
Sekian itu saja lah cerita nya. Terima kasih.
Sb tu digalakkan baca selawat nabi Sulaiman as tu. Minta izin cari rezeki kat situ. Ni sebagai adab je. bukannya syirik pun, sb dah tentu kat tempat cam tu ada penghuninya.
aku rasa tu jin islam la.. sbb dia ckp elok je dan tak gelak lepas korang lari.. cuma dia berupa mcmtu sbb tu je idea yg dia ada..
ppeerrrrrggghhhhh
hahaha..ringkas dan mudah difahami…takde kepala, ok arr tu sempat lari..kalau org laen mau tak terjelepuk pengsan…