Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi, 1992

Ibubapa Rahmat bercerai ketika umurnya 9 tahun. Susulan dari perceraian tersebut, Rahmat dan adiknya, Nana, 4 tahun berpindah keluar dari rumah datuk sebelah ayah oleh ibunya ke Bandar Baru Bangi.

Ibu Rahmat menyewa sebuah bilik di rumah teres dua tingkat dari kenalan dikenali sebagai Aunty Rose. Selaku tuan rumah, Aunty Rose menginap di master bedroom tingkat atas manakala 3 beranak di bilik tingkat bawah.

Aunty Rose menguruskan kafetaria di kilang ibu bekerja dan menawarkan salah satu bilik untuk disewa selepas perceraian. Kawasan kejiranan tempat Rahmat menetap tiada rakan sebaya jadi selepas pulang sekolah, Rahmat akan keluar merayau dengan rakan-rakan sekolah di sekitar Bandar Baru Bangi yang ketika itu masih rancak dibangunkan. Kata Rahmat, kalau mak orang lain mungkin dah sebat kakinya kerana merayau tak tentu hala berpeleseran dengan budak-budak liar. Tapi ibunya tiada pilihan, sebagai ibu tunggal – yang bukan sahaja menanggung dua anak tapi juga menanggung tiga orang pakcik Rahmat yang ketika itu di sekolah menengah – segala overtime dan shift yang boleh buat duit, ibu akan buat. Lepas habis shift, buat part-time pula dengan Aunty Rose di kafetaria kilang.

Rahmat cuma bertemu ibu waktu malam sahaja. Begitu juga dengan Nana yang lebih banyak habiskan masa di rumah pengasuh langkau 3 rumah dari rumah Aunty Rose. Bagi Rahmat, hidup bebas tanpa pengawasan orang dewasa is like kid’s ideal life. Di kala rakan-rakan kena kurung lepas balik sekolah dan buat kerja sekolah, dia suka hati je boleh buat apa. Mungkin sebab tu dia lebih senang berkawan dengan budak-budak liar. Cuma kadang-kadang Rahmat terkilan juga bila orang lain balik sekolah dapat makan tengahari dengan keluarga, masakan panas dan sebagainya, Rahmat cuma diberi makan recycle sarapan pagi tadi yang kadang-kadang dah bersemut.

Rahmat bagitahu aku yang Aunty Rose sebenarnya adalah seorang bapok. Itu pun ibu yang bagitahu kalau tak memang dia tak tahu langsung sebab Aunty Rose dari segi fizikal memang macam perempuan betul, perempuan pun boleh kalah. Rahmat tak banyak interaksi dengan Aunty Rose sebab dengan ibunya sendiri pun dia jarang jumpa. Masa pindah masuk, Aunty Rose bagi amaran kepada Rahmat dan Nana supaya jangan sekali-kali bermain kat tingkat atas. Jenguk pun tak boleh. Rahmat okey aja sebab dia pun tak minat nak melepak kat rumah. Biasanya balik dari sekolah terus campak bag, baju, seluar sekolah dan keluar semula sampailah azan Maghrib baru balik rumah.

Kejadian aneh terjadi selepas dua bulan menginap di rumah Aunty Rose. Rahmat masih ingat ketika itu musim hujan. Sebelum ini kalau hujan tengahari, dia akan lepak dulu kat sekolah sampai hujan berhenti lepas tu merewang. Tapi pada hari itu, baru je sampai rumah, hujan turun dengan lebat. Terperangkaplah Rahmat dalam rumah sambil berharap cepatlah hujan berhenti. Lagi dia minta hujan berhenti, lagi lebat pula jadinya. Nak tak nak, terpaksalah dia melepak kat rumah tengahari tu.

Rumah Aunty Rose jangan kata TV, radio pun takde. Mungkin juga Aunty Rose letak TV dan radio dalam biliknya. Tarikan untuk explore tingkat atas rumah membuak-buak. Setiap kali dia pandang ke tangga rumah, makin kuat keinginannya. Ditambah pula dengan kebosanan melampau.

“Alahh bukan ada sapa tau pun.”

Satu, satu anak tangga di naiki Rahmat. Dia masih risau walaupun kemungkinan untuk kantoi dengan Aunty Rose amat tipis. Tingkat atas ada tiga bilik termasuk master bedroom dan kesemua pintu bilik tertutup. Rahmat masuk ke bilik air dan mendapati ruangan tersebut kosong. Kosong as in takda shower head, takda sinki, takda tombol. Cuma ada lubang di lantai of what supposed to be attached with mangkuk jamban.

Okay, weird enough. Rahmat menuju ke pintu bilik berdekatan dan putar tombol. Berkunci. Dia cuba buka pintu bilik sebelahnya pula, juga berkunci. Akhirnya dia menuju ke pintu bilik ketiga. Rahmat tak menaruh harapan besar kerana kalau dah dua pintu sebelumnya berkunci, kenapa tidak yang ini. Disebabkan dah sampai kat depan tu, dia putar tombol dan what do you know? It’s not locked.

Pintu ditolak perlahan dan menayangkan isi bilik tersebut kepada Rahmat. Dinding bilik dihiasi wallpaper dengan pattern yang sama dengan lantai. Katil bertiang saiz king yang agak tinggi di mana Rahmat boleh masuk bawah katil tanpa merangkak. Ada kain renda-renda bergantungan di katil berbumbung dan meja kecil antik sebelah katil.

Atas meja kecil ada telefon dan patung kecil yang Rahmat dah tak ingat sangat apa bendanya. Meja solek ada cermin besar dengan alatan makeup berderet atas meja. Rahmat buka laci-laci satu persatu dan hanya jumpa kertas-kertas. Aktiviti menyelongkar diteruskan pada almari baju pula. Almari baju Aunty Rose amat besar sampai ke siling. Bila Rahmat buka ada cermin di bahagian dalam salah satu pintu almari tersebut.

Baju-baju perempuan bergantungan padat dan tiada apa yang menarik perhatian Rahmat. Dia alihkan pandangan ke depan katil bilik dan nampak TV yang ada built-in VCR player dan juga mini compo. Kaset-kaset ballad penyanyi-penyanyi wanita tempatan bersepah di rak TV.

Di rak TV ada tape-tape putih tak bertanda. Tajuk semua takda tapi banyak bersusun dalam kotak bersebelahan. Ambil masa juga Rahmat nak figure out camana nak pasang TV. Butang paling besar ditekan dan static noise terpapar.

Tape yang tergantung di mulut VCR menguji curiosity Rahmat. Dia takdalah buta teknologi sangat untuk mengetahui yang tape tu akan automatically masuk dalam VCR dan play video tapi masalahnya dia tak tau camana nak keluarkan balik tape. M**i lah dia nanti kalau Auntry Rose tahu dia curi masuk bilik.

Entah macam mana, Rahmat cuit sedikit tape dan terus masuk ke dalam VCR. Static noise berganti dengan paparan imej. Minda kanak-kanak Rahmat tak mengerti kenapa ramai lelaki dewasa bercium sesama mereka dan apabila lelaki-lelaki tersebut mula berbogel, cepat-cepat dimatikan TV.

Nasibnya baik kerana sebaik sahaja TV dimatikan, tape secara automatik terkeluar dari VCR dan tergantung seperti tadi. Okay, masalah selesai dan Rahmat tahu dia kena keluar dari bilik Aunty Rose sekarang juga.

Dia mendekati almari baju untuk menutup semula almari yang ternganga dan semasa dia memegang pintu almari, di cermin ada imej lelaki badan besar berbulu berdiri di pintu bilik. Cepat-cepat Rahmat tutup pintu almari dan lihat ke arah pintu bilik.

Takda siapa.

“Keluar, keluar.” Suara lelaki seakan berbisik kedengaran dari bawah katil. Rahmat dah panik tapi sifat ingin tahu yang meluap-luap membuatkan dia tengok juga ke bawah katil.

Rahmat nampak ada orang bogel berpeluk tubuh di bawah katil. Kata Rahmat lagi, dia tak nampak sangat muka kerana gelap tapi kelihatan jelas sepasang mata bersinar.

Apa lagi, lintang-pukang Rahmat lari keluar bilik. Berdentum pintu bilik di hempas dan Rahmat terus keluar rumah. Hujan pun hujanlah.

Kejadian itu dipendam sendiri oleh Rahmat dan tiada siapa pun ahli keluarganya tahu sehinggalah hari ini.

Days went by dan Rahmat pun semakin melupakan kejadian bilik Aunty Rose. Kejadian kedua terjadi pada hari Sabtu. Ibu dan Aunty Rose keluar pergi pasar dan dia terpaksa jaga Nana sehingga mereka pulang. Masa itu Rahmat dah pandai hisap rokok jadi berbekalkan dua batang rokok yang dibagi rakan, dia menyalakan sebatang sambil standby di pintu dapur.

Hilai tawa Nana dari ruang tamu pada mula tidak dipedulikan. At least dia tahu adiknya okay bersendirian di sana sementara dia habiskan rokok. Makin lama makin rancak pula Nana ni sampai cakap, “turunlah! turunlah!”

Rokok tak dihabiskan dan dicampak sejauh yang boleh. Rahmat ke ruang tamu mendapati adiknya main lari-lari acah di ruangan tangga. Kejadian di bilik Aunty Rose menerjah di minda dan segera dia dapatkan Nana.

“Nana jangan main kat situ!”

“Tuuu…” Kata Nana sambil menjuih bibir ke puncak tangga. Rahmat nampak lembaga hitam dengan mata bersinar sedang menjenguk dari tepi tangga. Kata Rahmat, setiap kali lembaga hitam tu main ba ba cak dari sebalik tangga, Nana terkekek kekek ketawa.

Cepat-cepat dia bawa Nana keluar rumah dan mereka tunggu kat depan sampai ibu balik. Rahmat mengunci mulut tentang kejadian di rumah tapi Nana excitedly ceritalah pasal “acik kat tangga”. Rahmat perasan air muka Aunty Rose berubah waktu itu.

Kejadian ketiga berlaku dua, tiga minggu kemudian. Pada malam-malam tertentu, kawan-kawan Aunty Rose datang rumah. Rahmat rasa geng bapok juga sebab stail dan peel lebih kurang Aunty Rose je. Kalau stereotaip geng bapok melepak mesti memekak-mekak kan, tapi yang ni senyap je. Masuk rumah, naik tingkat atas lepas tu hening.

Tahu-tahu dah turun dan terus balik. Sudah tentulah Rahmat tak ambil port tapi iya lah, kalau dah kepingin nak tahu tu, sampai tang mana je dia boleh tahan. Rahmat buat plan, next sesi lepak geng Aunty Rose, dia nak skodeng.

Ibu dan Nana kebiasaan tidur awal, jadi Rahmat seperti ninja naik tangga. Tingkat atas rumah sewa gelap tapi ada lampu merah keluar dari gap bawah salah satu pintu. Kerana tak boleh tengok, Rahmat hanya mampu merapatkan telinga ke pintu.

Menurut Rahmat, dia dengar ada suara-suara mumbling tapi dari pattern suara-suara itu tak random seperti orang berbual. Bila diamati betul-betul, ianya seperti orang membaca in rhythm secara beramai-ramai. Kata Rahmat, contoh paling dekat dia boleh bagi ialah seperti orang nyanyi nasyid.

Tubuhnya rasa dingin. Nak kata angin, arah mana pula datangnya sebab semua pintu tertutup dan mana ada tingkap. Kata Rahmat, dingin tu macam dalam air-cond. Dia pula tak pakai baju masa tu, sampai mengigil-gigil. Swear to God kata Rahmat lagi, masa tu punyalah sejuk yang dia dapat tengok kabus keluar dari mulutnya.

Rahmat ambil keputusan untuk tamatkan operasi skodeng dan turun ke bawah semula. Sebaik sahaja dia putar badan nak pergi ke tangga, betul-betul kat anak tangga ada lembaga hitam dengan mata bersinar melihat tepat ke arahnya.

Panik punya pasal, dia pergi panjat tembok tepi tangga dan terjun ke bawah.

‘Prraakkk!’ Rahmat masih ingat bunyi tulang kaki kirinya snapped sebaik landing di salah satu anak tangga. Lepas tu dia tak ingat apa dah. Sedar-sedar dah kat hospital dengan kaki berbalut.

Dipendekkan cerita, tiga beranak itu tidak pulang lagi ke rumah Aunty Rose. Ibu berhenti serta-merta dari kerja kilang dan mereka berpindah ke kampong ibunya di Melaka.

Rasanya dekat setahun lebih kemudian, selepas court case dan sebagainya, Rahmat ikut ayahnya manakala Nana bersama ibu. No drama, all things good dan perpisahan mereka pun amicable. Rahmat akan melawat dan menetap dengan ibu setiap kali cuti sekolah begitu juga dengan Nana. Kata rahmat, ibunya tak pernah sekalipun cerita apa terjadi selepas dia jatuh tangga kat rumah Aunty Rose.

Sampailah baru-baru ni (beberapa bulan sebelum sesi rakaman) ibu akhirnya menceritakan kejadian malam tersebut. Masa tu ibu nak menunaikan haji so mungkin sebab tu lah dia cerita, mana lah tau takda rezeki nak jumpa lagi lepas tu kan.

Ibu terbangun bila dengar jeritan Rahmat di luar. Segera dia ke tangga dan mendapati Rahmat dah pengsan dengan pergelangan kaki kiri berputar ke belakang. Bila dah panik mestilah terjerit-jerit kan, ibu tanpa berfikir panjang segera mendapatkan Aunty Rose. Sampai di atas, ibu menuju ke pintu tengah di mana terdapat cahaya merah keluar dari bawah pintu.

Buka je pintu, ibu nampak sekumpulan bapok dalam keadaan berbogel mengelilingi mannequin seperti lelaki dewasa berwarna hijau. Bapok-bapok tersebut which termasuklah Aunty Rose dalam keadaan bersujud dan tengah menurun tak sedarkan diri sambil bernyanyi-nyanyi. Kata ibu, apa yang dia nampak tu buat dia lupa kejap pasal Rahmat.

When she came to her senses, dia tutup semula pintu, ambil benda-benda yang penting dan apa yang termampu dan bergegas ke rumah pengasuh Nana. Itulah kali terakhir mereka menjejakkan kaki di rumah Aunty Rose. They never heard of Aunty Rose after that. Menurut Rahmat, ibunya punyalah trauma sampai tak jejak kaki di KL lepas tu bertahun-tahun sampailah masa Rahmat konvo (UM) gara-gara takut terserempak dengan Aunty Rose.

Oh yea, kata Rahmat rumah Aunty Rose tu masih wujud di Bandar Baru Bangi. Hehehe

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Dammerung

20 thoughts on “Bandar Baru Bangi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.