#Bebayuh – Bunting Bungas Part 2

Sambungan dari #Bebayuh-Bunting Bungas Part 1

Keesokannya aku teruskan rutin seperti biasa. Kejadian yang berlaku semalam masih menyelubungi perasaanku.

Sampai sahaja dipejabat pagi itu, aku terus menghubungi ibu untuk mengadu perihal semalam. Ibu lebih berpengalaman dalam hal mistik begini.

“nak tok la paling ibu takut kenak an kitak. Ibu ingat lepas bunting an kitak dolok setakat ya jak nya ngaco. Banyak baca kursi an 3 Qul ara. Lepas semayang jangan lupak baca quran. Polah pendinding kei dirik pun. Ingat ya. (Yang ni la paling ibu takut kena kat awak. Ibu ingat lepas bunting dengan awak dulu setakat tu jer dia kacau. Lepas sembahyang jangan lupa baca quran. Buat pendinding untuk diri sendiri. Ingat tu)”pesan ibu sebelum kami mengakhiri perbualan kami.

Agak sedikit lega setelah mengadu dengan ibu. Kini tahulah aku jantina janinku adalah perempuan. Kerana aku dan suami tidak mahu mengetahui jantina anak sehingga melahirkannya. Ibu pernah bercerita yang si semandin sukakan janin perempuan dari bunting bungas ini untuk dijadikan kawan mahupun lawan. Wa’iyazubillah.

Lewat tengahari setelah selesai menjamu makan di kiosk dekat luar kawasan pejabat aku terus mahu ke surau untuk menunaikan solat zohor. Rakan2 sepejabat yang lain hanya mahu menunaikan solat dalam pejabat sahaja. Malas untuk turun ke bawah katanya. Surau pula terletak di basement bangunan pejabat, hujung pulak tu.

Ada dua jalan untuk ke surau, satu kena masuk lif yang jauh sikit dari pintu masuk pejabat atau kedua dari pintu masuk pejabat lalu depan sikit untuk ke tangga `basement. Aku memilih laluan kedua kerana dekat sikit ketika aku masuk ke pejabat. Untuk sampai ke surau perempuan aku kena lalui satu taman bunga dan turun tangga terus ke surau. Ketika menuruni tangga aku tercium satu bauan bunga wangi yang aku kenal sangat. Bunga harum sundal malam!

“Apakah…” ayatku terhenti di situ saja.

Gatal pula mulut ini menegur. Aku membesar dengan bauan bunga itu kerana sering menemani Mak Nek (emak kepada ibuku) ketika dia datang bebayuh mahupun berubat orang kampong.

Setahu aku bauan tersebut hanya terbit malam hari sahaja dan ketika menyusuri taman bunga tadi tiada pula terlihat pokok bunga harum sundal malam. Laju kaki ku melangkah turun tangga dan sedikit berlari anak2 ke ke surau sambil menahan perutku. Maklumlah perut pun sudah memboyot.

Sampai di surau aku terus mengambil wudhuk. Selesai sahaja aku terus ke ruang solat. Sedang aku menyarung telekung, aku terdengar pintu masuk surau dekat dengan tempat ambil wudhuk di tutup kuat. Seolah-olah sengaja menghempas pintu tersebut.

Janinku secara tiba2 bergerak agresif dek mungkin terkejut dengan hempasan kuat tadi. Aku mengurut perutku perlahan sambil berselawat. Aku perasan yang pintu tadi seawalnya memang tertutup. Melainkan ada muslimah lain juga yang masuk ingin bersolat. Tetapi ternyata hanya aku seorang diri dalam surau perempuan ini dan aku hanya bersangka baik.

“Allahu…arrrgghhh!”aku jerit kuat seraya terduduk lantas menutup mukaku. Jelas dimataku ketika mengangkat takbir seraut wajah hitam ngeri dan terkopek2 kulitnya menjenguk aku dari bahu kiri. Allahu akhbar!aku takut sangat untuk membuka mata. Meremang bulu dibadan.

Jantung aku berdegup selajunya, hendak pecah rasanya. Janinku apatah lagi, menendang2 kuat. Senak dan sakit tak terkata. Aku takut untuk meneruskan solat, tetapi aku terngiang2 suara Ustaz sekolah pernah berkata sekiranya perasan takut ini dibawa2 lagi si semandin suka mempermainkan kita.

Aku gagahi juga bangun dengan mata terpejam kuat. Alhamdulillah, solat dengan mata tertutup. Tapi saat aku bangun untuk rakaat kedua, terasa belakang badanku disandar orang. Kuat sehingga aku terdorong selangkah ke hadapan. Allah!Surah al Fatihah ku baca tadi terhenti, sudahnya aku lupa akan sambungannya. Mataku pejam erat.

Jantung aku berdegup lagi laju. Mahu sakit jantung aku lepas ni. Aku ulang al Fatihah lagi sekali dan sambung ayat kursi. Serta-merta rasa berat dibelakang badanku hilang. Alhamdullillah selesai solat aku segera capai tudung dan terus keluar dari surau. Kali ini aku tidak mahu melalui kawasan taman bunga, aku naik lif sahaja. Pertama kali ku diusik setelah 5 tahun bekerja di sini.

Petangnya, suami jemput lewat dari pejabat. Cuaca semakin mendung. Langit mula menggelap walaupun baru pukul 0600pm. Musim hujan sudah ni. Aku belum lagi menceritakan usikan si semandin tengahari tadi dengan suami mahupun sesiapa. Raut wajah si dia masih aku teringat2. Ngeri!Sampai diperkarangan porch. Aku terlihat anak pokok bunga harum sundal malam tertanam di kaki tangga rumah mertua.

“aiee..bila ayah tanam bunga tok bang? (bila ayah tanam bunga ni bang?)”tanyaku sambil membelai bunga. Setahu aku ayah mertua memang tidak pernah menanam pokok bunga itu.

“entah!bunga apa ya? (entah!bunga apa tu?)” sahut suami. Sibuk dia memunggah barang yang dibelinya petang tadi keluar dari kereta dan terus naik ke atas.

Ketika aku masih ralit membelai bunga terdengar suara orang tengah berborak selang seli dengan ketawa kecil. Aku melihat jam baru 615pm. Aku pasti itu suara emak berborak dengan jiran sebelah kiri rumahnya. Tidak aku berani menoleh ke rumah kosong di belah kanannya. Aku berjalan ke arah suara-suara tersebut. Ternampak emak sedang berborak dengan Acik Tini disebalik pagar dawai dibelakang rumah. Aku segera mendekati mereka.

“kuat juak kau tetak melabang malam tadik ara. Pa cita cali ditangga kau malam tadik? Ya juak guntor ya juak nyaring kau tetak. Aku pulang beliang ati dengar. (kuat juga kau ketawa terbahak malam tadi. Cerita lucu apa yang kau tengok? Tu juga guruh tu jugak nyaring kau ketawa. Aku pulak yang takut dengar) ”kata Acik Tini. Aku dan emak berpandangan.

“pukol berapa ya cik?pandei2 jak kitak madah kamek tetak gia. Salah dengar kitak kali nak? (pukul berapa tu cik? Pandai2 jer awak cakap saya gelak macam tu. Salah dengar kot?)” tanyaku pelik. Memang pelik.

“dalam pukol 10 lebih gia asanya. Sekda nya aku salah dengar. Nang suara kau. Nak madah Ati, kan nya uda ikot lakinya transfer ke Perak. Belom gik nya ada balit ke sitok (dalam pukul 10 lebih macamtu rasanya. Tak ada nya aku salah dengar. Memang suara kau. Nak cakap Ati, dia kan sudah ikut lakinya transfer ke Perak. Belum lagi dia balik ke sini).

“bukan ara ya. dak semandin datang ngabas (bukan ara tu. Si semandin datang melawat)”kata emak sambil muncung kan bibir merah sirih nya ke perutku.

“bah!mupok kita. Maghrib dah ari (jom!kita balik)”Lantas kami menamatkan perbualan. Aku berjalan sambil memeluk tangan emak. Aku menoleh ke belakang terlihat Acik Tini mencuri2 lihat rumah kosong disebelah nun.

Malamnya, selesai makan malam kami berempat masih lagi duduk di meja dapur sambil minum kopi panas. Kali ini emak menutup tingkap dapur berdepan meja makan. Ironi nya pulak dia bukakan tingkap di sebelah sinki membasuh. Hmmm. Emak memang tak tertahan ruang yang ditutup rapat. Sesekali terasa angin dingin menerejah ke dalam menandakan hujan akan turun tak lama lagi. Aku terus membuka cerita hal tengahari tadi kepada mereka.

“uda ayah polah pendinding sekeliling uma. Garam dengan lada jangan dikutis rah penjan bilit tidor tokrang duak. Arap nya sik pat masok la (sudah ayah buat pendinding sekeliling rumah. Garam dan lada jangan diusik dekat tingkap bilik tidur korang berdua. Harap dia tak boleh masuk la)”ayah mertua agak berkebolehan sedikit dalam perubatan Islam.

“tekayo-kayo jak la nya ya carik kitak deng (merayau2 jer la dia cari awak sayang). Hahaha”usik suami yang ku rasa kan memang tiada unsur lawaknya di situ.

Aku sempat membuang air dan mengambil wudhuk sebelum masuk tidur. Suami pula pastikan tingkap semua ditutup rapat. Kunci di atas dan di bawah. Bilik tidur kami di penjuru belakang kiri rumah. Memang bersebelah dengan rumah Acik Tini. Suami kemudiannya sibuk sambung bermain PS2.

Aku terjaga dari tidur ku yang kurang selesa kerana janin bergerak agresif. Senak tak terkata. Aku mengiring menghadap suami yang pun sudah jenak tidurnya. Lihat jam di dinding menunjukkan pukul 120am. Keadaan agak sunyi di luar rumah. Tiada hujan mahupun angin. Sejuk pun kerana bilik ada penyaman udara. Sesekali aku terhidu bau bunga harum sundal malam dalam bilik tidur. Baunya seakan2 hilang datang.

“Paaappp!”tetiba tingkap di hujung katil terbuka luas. Aku terkejut dan terus pula membayangkan raut wajah ngeri siang tadi. Haisshh,pulak dah!Cepat2 aku kejutkan suami di sebelah. Suami pula malas2 nak tutupkan tingkap, sempat menggumam “angin” katanya.

Ketika suami baru nak berjalan ke katil tingkap sebelahnya pula terbuka luas. Aku terus duduk. Perutku semakin mengeras. Baru aku mengerti. Sekiranya janin ku bergerak agresif pasti ada sesuatu terjadi. Lesson learned.

Aku lihat suami mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu dan terus menarik tingkap dan mengunci nya kembali. Baru hendak berpatah balik tingkap seawal terbuka tadi, kini terbuka lagi. Cukup 3x ku kira. Aku pula bingkas bangun dan suami cepat menarik tangan aku dan kami terus keluar bilik dan terus ke bilik tidur mertua. Sebelum keluar pintu bilik tidur aku sempat menoleh ke belakang. Susuk hitam kini terapung2 di atas katil kami. Jelas di telinga ku dia memanggil nama ku sayu..”Áraaa”.

Esoknya aku dimasukkan ke hospital demam panas dan mengalami tekanan d***h yang tinggi. Hari2 seterusnya usikan si semandin semakin menjadi sehingga lahirlah si anak bungas. Nantikan sambungan seterusnya jika diizinkan. Jazakallah.

.

Ara
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 comments

  1. Kmek nunggu cita ya kak.. Mun kmek org smenanjung kmek mc phm bahasa ya tek. Sikda la susah mok di baca.. Huhu #siscuba

  2. Kuat semangat awak Kak.. Kalau saya mungkin pakej menangis dalam solat, tersedu sedan tahan perasaan.
    Btw, susunan cerita kemas.. Seronok baca.
    Saya suka sgt dgn Tuberoses (HSMlm) tu, mmg ada keinginan nak tanam. Tapi hajat tak kesampaian sbb selalu tertanya kalau2 bunga tu akan mengundang (benda tu) nnt ke?

    1. Bunga harum sundal malam tu salunya digunakan utk upacara perubatan tradisional. sbb khasiat dr ekstrak bunga tuh..kdg2 kita org melayu ni salu kaitkan bunga tu dgn cik pon..sebab bau wangi bunga tu mmg xdek siang hari..waktu malam jer. sbb tu kdg2 bila mlm hari kita selalu tercium bau wangikan..dtg nyer dari pokok bunga tu la..kdg2 bau tu kuat bole tahan smpi 2 3 hari kalo lekat kat baju..
      wallahualam kalo bau tu bole terikut smpi dlm rumah.
      kalo utk laki bini sesuai buat aroma dlm bilik tidur..huhu..phm2 jer la eyh..
      buat minyak wangi pun bole.
      saya ada tanam kat dpn rumah..mmg semerbak wangi mlm hari..

      1. Thank you Oozma Champa ?
        Bolehlah balik nanti ni cari benihnya.

        Mmg sejak zaman anak dara berkenan sangat beli letak dalam pasu, tapi sejak tgk cerita Meriam HSM tu.. Tak beli daaaaah ??

  3. Beraninye ko dik msk surau terpencil cmtu sensorg…
    Lengkali nk msk berteman atau inform kengkwn atau jgn lupe bwk hs yg ade kredit+fully caj…
    Ghisooo jd pape nnt org x tau plak…
    Kot x kena ganggu pon kot tetbe ade mslh kandungan tetbe ke bahaya tu…
    Tau…ingt tau…
    Bahaya tuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.