Berakhirnya Sebuah Kehidupan (Episod Akhir)

Tarikh yang telah di tetapkan kami terbang ke Kelantan. Sepanjang berada di atas kapal terbang isteriku kelihatan gembira melihat pandangan di luar. Di genggamnya tangan aku….
“ Bang…Siti gembira sangat. Terima kasih abang sanggup jaga Siti “. Katanya.
“ Itu dah jadi tanggungjawab abang Siti. Abang tak sanggup tengok Siti sakit. Biar abang yang sakit asalkan jangan Siti yang sakit “. Diam isteriku.

Akhirnya Firefly mendarat di Kota Bharu. Adikku sudah berada di sana untuk menjemput kami. Selepas solat maghrib kami berbual di luar rumah. Tiba2 isteriku menangis….
“ Pasai apa Siti menangis. Siti tak suka sini ka “. Aku bertanya. Terdiam isteriku
“ Bang…Siti rindu anak kita Siti Zinnirah. Siti tak nak ganggu dia yang sedang ambil periksa “. Kata isteriku. Akhirnya aku menalipon anakku lalu membiarkan mereka berbual melepaskan rindu.

Sepanjang berada di Kelantan isteriku hanya terperap didalam bilik kerana badan begitu letih akibat kehilangan berat badan yang mendadak. Di Kelantan memang ramai bomoh, hanya rezeki kita yang akan dapat yang betul-betul berkesan.

Aku membawa isteriku bertemu dengan seorang bomoh. Aku tak berapa berkenan sebab tok bomoh tu mulut celupar sedikit walaupun agak ramai yang datang untuk berubat. Ketika berubat tiba2 saja dia menarik tudung isteriku. Betapa malunya isteriku sambil menutup cebisan rambut yang terkeluar dari anak tudung. Akhirnya aku batalkan sesi rawatan sebab tidak bersetuju dengan kaedah rawatannya. Aku di perkenalkan pula dengan seorang tua. Cara dia berubat agak tele dengan tok bomoh yang mengatakan bahawa isteriku telah di santau baru setakat dada. Beliau terus memberi minum air jampi. Katanya ini hanya keracunan makanan.

Malamnya apabila masuk saja waktu Maghrib isteriku mulalah mengalami sakit dada, perut dan kepala. Semalaman kami tidak tidur. Aku menyuruh anak lelakiku yang turut serta buat solat hajat untuk ibunya. Itulah saja senjata orang mukmin iaitu doa. Aku mengambil kesempatan pada waktu yang hening memohon doa kepada Allah agar diringankan sedikit bebanan dugaan terhadap isteriku. Alhamdulillah selesai saja memberi salam isteriku telah nyenyak tidur.

Keesokkan harinya aku membawa isteriku berubat. Kata tok bomoh isteri disantau dari kaedah siam. Beliau terus menjampi agar benda itu pulang kembali ke tempat asalnya. Setelah kami sampai di rumah isteriku hanya diam tidak bersuara. Hanya matanya liar memerhatikan sekeliling. Aku dapat merasai bahawa ia sedang bertembung dengan benda yang berada didalam badan. Kata2 tok bomoh, orang yang melakukan kerja ini nak supaya isteriku hilang akal. Patutlah kadang-kadang dia bertanya kami berada dimana. Aku terus berdoa moga Allah lindungilah kami dari gangguan iblis dan syaitan serta hasad dengki manusia. Tiba2 isteriku mula meracau dan mengadu sakit dada. D***h banyak keluar dari mulutnya…

“ Abang….Siti sakit dada “. Katanya sambil terbatuk. Serta merta gugur airmataku. Aku tidak sanggup melihat dia menderita sakit. Terus aku talipon ustaz yang mengubat santau. Kata ustaz kejap lagi dia akan talipon kembali. Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan talipon dari ustaz
“ Ya Allah Budiman. Depa kuatkan lagi serangan. Depa guna kaedah patung yang di cucuk jarum. Saya dah hancurkan patung tu “. Kata ustaz. Aku melihat isteriku sudah tidak mengadu sakit dada tapi dia amat keletihan.

“ Siti…Esok kita akan pulang ke Penang. Abang nak bawa Siti berjumpa ustaz “. Kataku kepada isteriku setelah 3 hari berada di bumi Kelantan. Semalaman aku tidak tidur sebab asyik mengurut badan isteriku yang kesakitan. Itulah saja ubat untuk membuat isteriku lelap. Syukur dia tidak mengadu sakit malam itu. Biar aku tidak tidur asalkan aku dapat menjaga isteriku.

Aku bangun agak awal untuk bersiap pulang ke Penang. Aku melihat isteriku masih terkial2 tak tahu apa yang patut dia lakukan. Aku memapahnya ke bilik air dan biarkan isteri di dalam. Sekejap aku mendengar isteriku menaggilku…
“ Abang….Siti tak boleh bangun. Siti tak larat bang “. Aku meluru ke bilik air tapi ianya terkunci dari dalam. Nasib baik adik iparku ada kunci pendua yang boleh di buka dari luar. Bila aku masuk aku lihat isteriku terduduk dan tidak melakukan apa2. Aku menangis lalu memeluknya. Sedih aku melihat orang yang terlalu banak menolong aku berkeadaan demikian.

Aku memapah isteriku masuk ke dalam bilik. Aku lipas kesemua bajunya dan letak ke dalam beg. Selalunya dialah yang kemaskan segalanya untuk aku kalau berjalan2. Yang menyedihkan aku ialah bila melihat dia tidak tahu bagaimana memakai tudung. Aku menolong isteriku memakai tudung dan kami keluar menuju ke lapangan terbang Kota Bharu.

Firefly meluncur laju meninggalkan bumi Kelantan. Isteriku hanya diam sambil meletakkan kepalanya di bahuku. Aku menatap wajahnya. Inilah orang yang banyak membantu aku ketika aku sakit. Kini dia pula di uji. Aku terlalu rindukan senyumannya. Tidak putus2 aku berdoa agar kami dapat bersamnaya walaupun hanya seketika. Akhirnya firefly mendarat bumi Pulau Pinang. Setelah penumpang lain turun lalu isteriku di izinkan menuruni anak2 tangga. Terketar2 kakinya melangkah anak tangga. Akhirnya pekerja firefly meminta izin aku untuk mendukung isteriku dan aku izinkan lalu di letak di atas kereta tolak. Bila tiba di rumah ibunya menangis melihat keadaan anaknya yang seolah2 tidak mengenali sesiapa lagi
“ Ya Allah Aishah…Awat jadi lagu ni”. Kata ibunya. Sudah kering airmataku. Aku terus membawa isteriku berjumpa ustaz.

“ Budiman…Apa yang Allah bagi saya telah saya gunakan untuk isteri Budiman. Mungkin ini adalah kesan dari serangan. Budiman bawalah ke hospital “. Aku mendengar nasihat ustaz lalu membawa isteriku ke hospital.

Aku bergegas membawa isteriku ke hospital Pantai Mutiara. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Selesai aku mengerjakan solat maghrib, nurse telah menolak isteriku masuk kedalam ICU. Setelah segala kelengkapan dipasang aku dibenarkan masuk. Menangis aku terisak-isak melihat orang yang selama ini menjaga ketika aku sakit berkeadaan begini. Badannya dipenuhi dengan wayar. Dia nampaknya penat. Sempat juga dia mencium tanganku sambil menunjuk isyarat agar aku berdoa. Aku hanya mampu mengangguk dan aku terus memeluknya sambil menangis. Aku amat merinduinya.
” Kenapa orang sanggup buat begini kepada kita Siti “. Sambil memeluk aku menamgis namun isteriku tetap mengusap kepalaku tandanya suruh bersabar diatas ketentuan Allah. Aku melihat airmata mengalir dipipinya.

Aku menyuruh anak lelakiku masuk. Sebentar kemudian dia keluar sambil menangis. Katanya emak suruh berdoa. Bagaimana aku harus memberitahu anak gadisku yang sedang mengambil peperiksaan semnya. Bingung memikirkannya. Berita isteriku sakit telah tersebar luas. Kelihatan ramai orang datang untuk menziarahinya. Doktor memarahi nurse dan mengarahkan agar tidak membenarkan sesiapa melawat. Takut jangkitan kuman kata doktor. Tiba2 aku di sapa seorang rakan..

“ Budiman….Hang mau tak aku bawa jumpa guru tahfiz. Dia pandai pindah penyakit dari badan pesakit dan buang. Aku dah cuba dekat isteri dan alhamdulillah berjaya “. Aku setuju dan malamnya aku, anak lelakiku dan rakanku bertolak ke pusat pengajian tahfiz. Setelah lama menanti akhirnya aku di panggil.
“ Abang. Betul ka abang nak berubat untuk isteri abang “. Aku mengiakan.

“ Macam ni bang. Kaedah ni amat bahaya. Saya akan tarik segala penyakit yang ada dalam badan kakak dan pindah ke badan abang. Dari badan abang saya akan buang tapi tak semuanya dapat keluar. Itu kita akan buat kemudian “. Kata guru tahfiz dan aku setuju. Aku berjumpa anakku. Sebak aku berbicara ketika itu
“ Hermawan…Kalau ayah di takdirkan meninggal, Hermawan jagalah emak. Jangan buat emak menangis. Ini saja cara ayah nak tolong emak “. Akhirnya akami berpelukan. Aku terus berjumpa guru tahfiz dan telah bersedia.

“ Ok bang. Tolong bagi nama isteri abang dan emaknya “. Aku beri dan melihat guru tahfiz menggelengkan kepalanya
“ Jahatnya depa bang. Lani doktor dok kelam kabut bang. Isteri abang kena serangan jantung. Ada dua makhluk di sebelah kiri dan kanan. Saya dah hancurkan “. Dalam hati aku berdoa…
“ Ya Allah engkau berikanlah kesempatan untuk aku membantunya buat kali yang terakhir “.
“ Ok abang kalau dah ready. Abang bayangkan muka isteri abang dan baca Al Fatihah. Ketika itulah saya akan menarik penyakitnya ke badan abang. Akhirnya aku dapat merasai kesakitan di badanku dan bila ianya di keluar melalui hujung ibu kakiku terasa begitu sakit sekali.

Selesai guru tahfiz menarik keluar penyakit dia berkata
“Bang…Balik la. Isteri abang dah nazak sekarang. Ini saja ang mampu kita ikhtiarkan “. Kata guru tahfiz. Aku menangis di dalam kereta. Tiba2 aku mendapat panggilan talipon dari pihak hospital mengatakan isteriku dalam kritikal sekarang ini.

Bila aku tiba di hospital, terus aku berjumpa doktor. Doktor mengatakan bahawa buah pinggang isteriku rosak. Hati rosak. Limpa rosak. Sebelah paru-paru tidak berfungsi. Ya Allah mengapa manusia sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk hidup amat tipis sekali. Isteriku tidak lagi sedarkan diri. Dia berada didalam keadaan koma. Mendengar perkataan doktor membuatkan aku hampir terjatuh sebab aku tahu bahawa bila-bila masa saja isteriku akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku takut menghadapi saat itu. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Kau berikanlah ruang sedikit masa lagi untuk aku bersama isteri tercinta. Aku begitu merinduinya. Sudah lama aku tidak melihat akan senyuman isteriku.

Anak gadisku sampai setelah selesai peperiksaan. Menangis ia sebab terlalu sayangkan ibunya. Namun ibunya sudah tidak mampu lagi bersuara atau membuka mata. Dirangkul ibunya.
” Emak kakak minta maaf dekat mak. Kakak lewat sampai. Ayah…siapa yang buat emak sampai macam ni. Mak tak pernah bergaduh pun “. Aku hanya mampu menangis ketika itu.
” Sudahlah kakak. Inilah masanya kita sedekahkan ayat suci al-quran pada emak. Ini yang emak perlukan dari kita “. Aku menenangkan anak gadisku padahal aku amat tersiksa sekali ketika itu.

6.00 petang – Kami dibenarkan untuk membaca yasin di depannya. Aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan kalimah syahadah. Kaum keluarga dibenarkan untuk bersama. Didepannya aku berdoa, ” Berat hati abang untuk berpisah dengan Siti. Kalau itu merupakan ketentuan Allah untuk kita Siti, pergilah dengan tenang. Jangan risau tempat Siti adalah di syurga. Abang redho dan abang ampunkan segala dosa Siti. Terima kasih kerana menjaga abang dan anak-anak. Kita akan bertemu di akhirat kelak. Kita akan menuntut keadilan di sana “. Aku tidak dapat lagi mengawal perasaan yang selama ini aku pendam sehingga ditenteramkan oleh kaum keluarga.

7.20 petang – Aku melihat tekanan pernafasan digital yang di pakai isteriku semakin menurun. 20,19,18…….4,3,2,1……..Tatkala azan maghrib berkumandang isteriku telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. ” Inna lillahi wainna ilai hirojiun “. Walaupun aku sudah bersedia menghadapinya namun aku tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku telah pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang-ngiang janjiku padanya ” Siti kita akan pergi umrah dan haji bersama “. Esak tangis dari kaum keluarga tidak dapat dihalang lagi. Mayat dibawa pulang ketempat kami. Setelah dilakukan pembersihan mayat isteriku kelihatan tersenyum dan itulah senyuman yang aku rindukan.Manis sungguh senyumannya. Masyaallah air mataku berlinangan. Dalam hati aku berkata, ” Siti bahagialah hidupmu. Engkaulah telah mendapa Bihusnil Khatimah seperti yang di idamkan oleh semua orang”. Berita kem4tian membuatkan begitu ramai sekali yang melawat.

19 December 2008 – Mayat isteriku telah dikapankan. Sebelum dibawa ke masjid kaum keluarga di izinkan mengucup untuk kali yang terakhir. Seorang demi seorang datang mengucup. Akhirnya tiba giliran aku sebelum jenazah isteriku di tutup kembali. Aku mengambil peluang ini untuk menatap wajahnya yang terakhir. Aku memeluk isteriku berulang-ulang kali. Begitu juga aku mengucupnya berulang kali. Kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai terdengar esak tangis mereka. Selepas solat jumaat dan jenazah isteriku dibawa ke perkuburan sambil dilindungi oleh awan.

Ramai yang menyedarinya. Ada yang berkata tentu mayat ini seorang yang baik sehingga awan melindunginya. Selesai upacara pengkebumian semua orang pulang. Ramai yang datang untuk menenangkan aku supaya bersabar. Terimalah dugaan ini dengan tenang. Tapi Siti abang amat rindu padamu. Macam mana abang nak melalui hidup ini tanpa Siti. Kemana saja abang pergi wajah siti mesti dapat dilihat. Walaupun aku nampak tenang namun didalam hati Allah saja yang tahu betapa sunyinya hidup ini tanpa isteri tersayang. Kau dapat bertemu dengan anak yang kau rindukan selama ini dan aku serta anak2 terpaksa meneruskan kehidupan ini. Hanya memori indah yang masih tersemat di lubuk hati dan ia tidak akan hilang hinggalh aku sendiri yang di takdirkan m4ti…..


Ariff Budiman

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

32 thoughts on “Berakhirnya Sebuah Kehidupan (Episod Akhir)”

  1. Saya menangis disaat membaca tulisan ini. Terbayang di mata saat arwah nenek saya meninggal dunia di ICU 3 tahun lepas, dan hari ni genap 2 bulan arwah atuk saya pergi.
    Semoga arwah Kak Siti ditempatkan bersama para mu’minin dan solihin di Sana. Ameen.

    Reply
  2. Innalillah..alfatihah..smga Allah mencucuri rahmat buat roh kak ct.
    .maaf sy nk tya..tuan guru tahfiz tu kt mna..blh bg numbe tel tuan guru tahfiz tu tak..tima kasih

    Reply
  3. Innalillah..alfatihah..smga Allah mencucuri rahmat buat roh kak ct.
    .maaf sy nk tya..tuan guru tahfiz tu kt mna..blh bg numbe tel tuan guru tahfiz tu tak..tima kasih

    Reply
  4. innalillah..alfatihah untuk kak siti..tp smpai skarang masih tak tahu ke siapa yang hantar santau tu?? tertnya2 aku sorang2 siapa yg hantar santau tu..smoga orang tu mendapat balasan yang setimpal kelak..aminn..

    Reply
  5. Al Fatihah.. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman, Sedih betul baca kisah ni, sanggup orang tu buat mcm tu sekali..

    Reply
  6. salam takziah kepada penulis.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah isteri penulis.. pes time bace cerita dlm fiksyen shasha smpi mengalir air mata ni….

    Reply
  7. sedih sebak dan marah bersatu. allahuakbar semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.aamin
    bolehkan saya mendapatkan nombor telefon atau cara untuk hubungi ustaz yang mengubat isteri jika tidak keberatan

    Reply
  8. sedih sgtnya.. xleh tahan, nangis2 saya baca kisah ni.. sampainya hati utk hasad yg xseberapa. klu ikut episod 1, kak siti ni kena sihir sbb otai masak ajk masjid turunkn ilmu masak kt dy ja kn.. smpai meninggal dibuatnya.. xpa lah, byk yv bleh claim tu kat sana nnt. salam takziah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.