(KREDIT UNTUK SEPUPUKU – ASRAF)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya dah menghilangkan diri dari dunia pena. Ada juga sebilangan peminatku yg masih bertanya hingga kini bila nak mengarang lagi cerita baharu. Akhirnya aku memutuskan untuk menjawab segala persoalan kalian dgn menyajikan sebuah kisah baharu. Khususnya buat seluruh pembaca FS dan tentunya para peminat setiaku. Ini merupakan kali ke-8 aku “berpencak silat” didalam ruangan FS.
Bismillah,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani…
Aku bukanlah insan yg layak untuk buka kisah hitam ni. Tetapi atas nama baik, aku terpaksa berkongsi demi pengajaran pada kita semua. Anggaplah ianya suatu petunjuk yg Tuhan nak sampaikan pada diri masing-masing.
‘Tok Wan’ (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang penduduk kampung yang cukup dikenali oleh masyarakat setempat di negeri pantai timur. Menurut cerita daripada sepupuku yang sekampung dgn Tok Wan, beliau amat terkenal dengan kemahiran merawat batin serta menyediakan khidmat ‘guna-guna’. Tak hairanlah jika setiap bulan Tok Wan selalu menerima kunjungan oleh tetamu luar bagi mendapatkan perkhidmatannya. Yang meminta khidmat merawat batin ada. Yang meminta ‘guna-guna’ pun ada. Kecil, besar, tua & muda. Sebutlah saja. Semuanya ada. Malah, orang kenamaan seperti Dato & Datin juga kerap mengunjungi Tok Wan. Semuanya atas nama kehebatan Tok Wan itu sendiri. Sepanjang hayatnya bergelar sebagai pawang yang tersohor, Tok Wan seringkali menguji kehebatan ilmu yang pernah dituntut olehnya di Negeri Wongsorejo (Jawa Timur) satu ketika dahulu. Tiada satupun orang kampungnya yang dapat menandingi kehebatan beliau. Namanya sentiasa terpahat di bibir jiran tetangga. Namun, keagungan Tok Wan tidak kekal lama.
Beberapa bulan kemudiannya, dikhabarkan Tok Wan telah kembali ke Rahmatullah. Tak perlulah aku terangkan bagaimana keadaan arwah ketika meninggal dunia. Biar Allah yang tau. Pemergian beliau hanya diiringi oleh beberapa jiran tetangga beserta keluarga sepupuku. Tok Wan tidak berkeluarga. Hidupnya cuma sebatang kara. Aku pendekkan sajalah cerita ni. Secara ringkasnya, pemergian arwah Tok Wan banyak meninggalkan tragedi hitam serba seram buat jiran tetangga secara keseluruhannya.
Al-kisah seram yang pertama mula menimpa pada keluarga sepupuku. Menurutnya, dia pernah terserempak ‘kelibat’ Tok Wan sedang bersila didepan serambi rumah sambil membelai seekor ayam hitam pada tengah malam. Waktu tu sepupuku baru balik dari bekerja. Betapa pucatnya muka dia bila ‘Tok Wan’ tu renung dgn sepasang mata merah tepat kemukanya.Adalah juga dalam 2 hari sepupuku demam gara-gara kelibat tersebut.
Menurutnya lagi, kalau dia bernasib baik maka dia boleh mendengar suara orang berbual di rumah arwah Tok Wan yg tak jauh daripada rumahnya. Manakala Makngah pula (mak sepupuku) pernah terdengar ada suara ‘membaca’ something dari arah rumah arwah Tok Wan. Wallahualam. Tapi suaranya cukup jelas kedengaran. Boleh sampai ke bilik tidur Makngah. Dalam beberapa waktu juga makngah pernah mengadu pada anaknya bahawa dia terdengar bunyi tingkap dapur pecah. Macam ada orang baling sesuatu dgn objek keras. Bila jengah kedapur tak ada pun tingkap yang pecah. Mungkin ini adalah gangguan daripada ‘kelibat’ arwah Tok Wan disebabkan Makngah pernah berselisih faham dgn arwah satu ketika dulu menurutnya.
Tambah makngah lagi, kadang-kala mereka dua beranak kerap diganggu dengan gangguan halus seperti bunyi orang berjalan didalam rumah. Pernah juga tengah malam tiba-tiba bilik tidur ‘mereka’ terasa bahang tak semena-mana. Paling menyeramkan apabila sepupuku pernah kena cuit di lengan bila dia sedang lena dibuai mimpi. Kejadian sebegini belum pernah lagi menimpa pada keluarga mereka sehinggalah Tok Wan meninggal dunia.
Manakala bagi sebelah pihak jiran tetangga pula, ada diantara mereka yang pernah terserempak kelibat Tok Wan secara ‘live’ di rumah masing-masing. Khabarnya waktu tu Tok Wan tengah berlegar-legar dibahagian ruang tamu rumah jiran seperti sedang mencari sesuatu. Akibatnya, ada dikalangan mereka yang menghidapi histeria disebabkan kemunculan kelibat arwah Tok Wan. Jangankan orang biasa, Tok Imam pun turut sama sekali kena kacau. Boleh dikatakan hampir separuh daripada penduduk dikampung tu kena ganggu. Ada kebarangkalian roh arwah Tok Wan masih lagi ‘tak tenteram’ disitu. Sebab itulah ramai yang terkena.
Cadangan oleh sebulat suara rukun tetangga bagi ‘membersihkan’ rumah Si Arwah tersebut pernah dilaksanakan. Tapi semuanya tak berhasil. Malah, ramai juga yang terkena tempias akibat cuba menjalankan Ruqyah keatas rumah tersebut. Nak dijadikan cerita, hampir berbulan-bulan juga masyarakat kampung sepupuku menerima gangguan aneh dan berbulan-bulan jugalah ‘kelibat’ arwah Tok Wan mengamuk disana.
Peleraian kisah ini akhirnya tamat apabila ada seorang ‘hamba’ yg diutus oleh Allah untuk membawa ‘qarin'(kembar ghaib) arwah Tok Wan keluar dari kampung lalu dilepaskan kelaut. Manakala rumah peninggalannya pula dirobohkan dengan serta-merta atas suruhan AJK kampung. Ramai jiran tetangga mendakwa mereka terjumpa pelbagai barang didalam rumah Arwah Tok Wan. Antaranya adalah kertas-kertas lama bertaburan diatas lantai yang mengandungi abjad Siam selain beberapa ayat yg tak dapat dikenalpasti. Paling mengerikan, mereka juga menemukan banyak kesan tompokan darah diatas lantai ruang tamu dan bekas colok kemenyan yang jatuh terbalik. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih sedia kala selepas daripada kejadian tersebut.
Apa yang aku sampaikan ni bukanlah niat untuk membuka aib ‘Si Mati’ demi menjaja nama sendiri. Tapi aku buat kerana aku nak jadikan kisah ni sebagai satu tauladan supaya kita jangan sesekali menyekutukan Tuhan@Allah demi mengejar kemewahan dunia & wang ringgit. Semuanya tak bawak kita sampai ke liang lahad. Sekian, terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
mungkin sebab tu orang kata kalau mandi laut jangan kutip botol2 atau apa2 dari laut/ pantai bawa balik rumah. Laut banyak tempat orang buang barang (makhluk halus) mungkin sebab air mengalirkan. Entah la.
baru kali pertama terdengar pasal jangan kutip apa2 dari laut dan bawa balik rumah. Boleh jadi betul. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca karyaku
betol, de gak dgr org yg berubat akn membuang brg2 tu kt laut @ sungai yg menghala ke laut..Allahu…
ingatkan kisah ibu mengandung tdi… Moga Allah ampun kan dosa tok wan penulis.
Samala hmm😂
citer real ke fake..sy pilih citer real dari fake
tq.
sama ada qarin…atau jin2 ‘belaan’ arwah yg dipelihara semasa hidup sebagai pawang. bila tuan dia dah meninggal dunia, mereka berkeliaran cuba cari tuan baru dgn buat kacau dlm kampung.
sbb tu jgn pergi jumpa bomoh @ pawang utk berubat @ minta bantuan mereka, boleh jadi syirik & tercabut iman drpd dlm diri.
Kenapa tajknya berbadan dua? Tak faham..