Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih pada admin Fiksyen Shasha jika cerita aku disiarkan. Aku kembali di sini sebab ramai yang minta aku ceritakan lagi pengalaman aku, kan? Oh, lupa nak bagitau terima kasih pada yang memberi komen pasal penulisan aku. Aku akan cuba sebaik mungkin. Okay, let’s start.
Aku nak cerita pasal bercuti ke Langkawi. Okay, mesti ramai yang tahu kisah mistik di Langkawi, kan? Aku pun salah satu saksi kisah mistik di Langkawi tersebut. Pada hari pertama aku nak ke Langkawi, dalam kereta sudah excited menyanyikan lagu yang didendangkan di radio. Tengah syok bernyanyi, aku terpandang seorang budak kecil di tepi jalan sedang melambai ke arah aku. Aku pun tersenyum sambil melambai ke arahnya kembali.
“Bye!” suara girang aku keluarkan. Cermin kereta aku turunkan supaya budak kecil itu nampak aku melambai ke arahnya.
“Woi, kau lambai siapa?” kawan aku bernama Suraya menegur dari tempat duduk belakang.
Aku pusing ke belakang. “Aku lambai budak kecil tuh lah. Kau tak nampak ke?” aku siap tunjuk ke arah budak kecil itu.
“Mana ada sesiapa dekat situ. Kau jangan main-main Una.” kata Suraya.
Terus aku telan air liur. Nampaknya aku tersalah lambai oranglah nih. Perlahan aku kerling kembali budak kecil itu dibelakang, ternyata dia masih ada di situ dengan senyuman yang menyeramkan. Suasana dalam kereta terus jadi sunyi sepi. Sebab, masing-masing tahu aku ada kebolehan melihat semua makhluk halus nih.
“Lain kali, janganlah tegur. Isyy… Kau memang tak boleh bawa pergi bercutilah.” kawan aku bernama Aisyah pula bersuara.
“Sudah, jangan nak bergaduh dekat sini pula. Lagipun Una mana tahu nak bezakan mana satu manusia mana satu makhluk halus. Cuba jangan nak salahkan dia jek. Dia pun tak mintak nak ada kelebihan nih lah.” Suraya membela aku. Hanya Suraya saja yang faham perasaan aku. Kena sayang lebih nih.
Aku hanya berdiam diri. Kang kalau menyampuk, lagilah si Aisyah tuh naik darah. Biarlah air lawan api. Sebelum pergi ke Langkawi, kami bertiga awal-awal sudah tempah homestay untuk kami menginap untuk seminggu. Aku tengok dalam rumah, wahh… Cukup cantik. Kira okaylah untuk kami bertiga. Tak besar dan juga tak kecil. Cukup sederhana.
“Lepasnih, apa kata kita pergi Pulau Dayang Bunting. Lagipun, aku memang teringin nak pergi sana.” aku memberi cadangan dan semua setuju. Selepas kemas apa yang patut, kami bertiga terus gerak ke Pulau Dayang Bunting. Bila sampai, terus aku ucap Subhanallah. Memang cantik sangat.
Semasa kami semua menaiki bot, seorang lelaki agak berusia menceritakan kisah pulau itu. Tapi, aku tidak dengar apa yang dia ceritakan. Mata aku setia memandang air yang berkocak. Aku tak tahu kenapa, air itu seakan memanggil aku untuk turun mandi. Tanpa sedar, aku bongkokkan badan dan hulurkan tangan kanan aku. Terasa sejuk bila air terkena tangan. Suraya menepuk bahu aku membuatkan aku terkejut dan terus berdiri tegak.
“Kau buat apa?” soal Suraya.
Aku terdiam. Apa yang aku buat? Aku langsung tak tahu apa yang aku buat. Kenapa tangan aku berair? Segala persoalan singgah dikepala aku.
Setelah melawati Dayang Bunting, perut kami bertiga terus rasa lapar. Kami mencari kedai makan yang berhampiran. Aisyah menunjuk satu buah kedai yang agak ramai di situ, kami bertiga berjalan ke kedai itu. Semasa aku jejakkan kaki di kedai itu, aku rasa tapak kaki aku panas sangat. Macam berjalan dekat bara api.
Spontan aku toleh ke belakang kedai tu, sumpah aku cakap, aku nampak satu entiti seakan nenek kebayan yang sedang merenung tajam ke arah aku. Muka dia seakan marah. Dia menderam seperti binatang yang ingin bergaduh. Kenapa dia marah pada aku? Aku tak buat apa-apa pun. Ataupun mungkin dia takut pada barang yang aku bawa dalam beg?
Aku keluarkan yassin dari dalam beg. Dan ternyata dia memang marah pada aku. Mukanya terus berubah menyeringai. Mata terbeliak merah. Mulutnya besar ternganga sampai mencecah ke bahu. Aku takut gila time tu. Aku nak gerak tapi langkah aku terhenti. Rasa macam digam. Aku tutup mata dan baca ayat Qursi berulang kali. Yassin aku dakap kuat-kuat.
Bila aku dapat sedikit kekuatan, aku berlari cari kawan aku. Aku tarik tangan diorang keluar dari kedai tu. Memang panas gila. Tak tahu macam mana orang ramai boleh berselera makan dekat kedai tu. Serius aku cakap, aku nampak makanan diorang ada ulat. Bertimbun! Banyak pula tu!
Nak dipendekkan cerita, malam tu aku ceritakan perihal kedai itu pada Suraya dan Aisyah. Lepastu, aku suruh diorang temankan aku tidur malam ni. Takut aku nak tidur sorang-sorang. Aku ingat malam tu, dia tak munculkan diri rupanya dia muncul dalam alam mimpi. Sedang aku lena tidur, aku bermimpi sorang budak kecil yang aku jumpa di tepi jalan bersama dengan nenek kebayan tu berdiri depan aku.
Wajah mereka sama seperti apa yang aku nampak. Lagi menyeramkan, aku dengar suara hilaian tawa yang sangat kuat. Berdengung telinga aku. Aku tutup telinga dengan kuat. Aku tak tahan, aku takut gila time tu. Aku berlari dengan kuat tapi aku tak jumpa jalan keluar.
Kiri kanan aku semua gelap gelita. Aku tak boleh buat apa, aku nangis kuat-kuat. Budak kecil dan nenek kebayan tu, masih kejar aku dari belakang. Aku berlari lagi kuat. Mulut aku terkumat-kamit meminta tolong dari Yang Esa.
Tiba-tiba, aku dengar suara memanggil nama aku. Sangat lembut suaranya. Aku berhenti dan pandang sekeliling. “Tolong! Tolong aku keluar dari sini!” aku menjerit kuat.
“Una! Una!”
Aku tersedar. Aku bangun dengan linangan air mata. Badan aku terasa penat sangat, macam berlari 50km. Berlumba-lumba udara masuk dalam mulut aku.
“Kau okay tak Una?” Suraya menegur. Aisyah turut sama ada disamping aku.
Aku terus bangun dan peluk mereka berdua. Dengan erat, aku menangis dalam dakapan mereka.
“Aku takut!”
Maaf semua, aku terpaksa berhentikan penulisan aku sebab aku ada hal. Kalau ada masa lapang, aku sambung bercerita pasal bercuti di Langkawi ni. Korang jangan marah yaaa… InsyaAllah aku akan hantar sambungan kisah ini dengan secepatnya… Assalamualaikum, buhbye.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
woahhhh..best2….sambung lagi tauuuuuuu..hehehehehhehe
Woahhh!!..sambung la lagii🥺
Hmmm.. Cerita dah best. Tapi mcm sangkut je endingnya..
sambungan pls 🥺