Berkenan

Assalamualaikum & salam perkenalan buat readers semua. Terima kasih admin sebab sudi share story saya ni kat FS. Ini first time saya berkongsi cerita. So, masih banyak lagi cacat cela, guys.. bare with me ok! Bismillahirohmanirrahim. Kisah ni terjadi pada tahun 2013. Masa ni saya baru lebih kurang 3 bulan bekerja di sebuah bank tempatan di Penang. Sebelum ni saya bekerja di Seri Kembangan, so bila dapat offer job kat belah2 utara ni memang happy tak ingat la( sebab saya asal Kedah & dah boring dok KL, hehhe).

Di Penang tu saya menyewa bilik di sebuah pangsapuri kat area Tanjung Tokong. Rumah tu saya sewa bertiga sebab rumah tu ada 3 bilik. Kiranya, sorang satu bilik la, privasi sikit. Ok, saya cerita sikit pasal rumah sewa saya ni. Honestly, saya suka tinggal situ. Clean & friendly neighborhood. Dekat dengan town, so Tesco, 7E & Mekdi pun berdesup je dah sampai. Paling best, dekat dengan laut jugak! Ok, cukup setakat tu.

Dalam dok happy2 macam tu, tanpa saya sedari cerita seram saya dah pun bermula. Saya je yg tak amik port. Ok, saya ni jenis yg jarang sangat dapat mimpi. Tambah2 lagi mimpi hantu ni. Tapi, sejak saya duduk di Penang ni saya kerap mimpi hantu. Nak spesifik lagi, Cik Ponti. Selalu dpt mimpi Cik Ponti berdiri dalam bilik tidur saya & dia renung je saya. Sehinggalah satu malam tu, saya mengigau Cik Ponti tu terbang terus depan muka saya. Saya nampak dengan jelas rupa dia. Mata merah, muka mcm mayat kering, mulut takde bibir, taring je semua. Saya dah mula rasa tak sedap hati.

Selepas gangguan mimpi, dia mula kacau hidup seharian saya. Ada sekali tu, saya balik kerja agak lewat, lepas maghrib baru sampai rumah. Masa naik lif dah rasa semacam, sorang2 pulak. Rumah saya tingkat 2, tapi rasa macam lama pulak dlm lif tu. Bila pintu lif bukak, saya buat bodoh je keluar tak tengok kiri kanan dah terus jalan sampai depan rumah. Lagak macam berani padahal dah meremag segala bulu kat badan ni. Sampai jer depan rumah, cepat2 bukak grill dan masuk. Tapi mata ni jahat nak tengok kat lif jugak (rumah saya kedua dari lif, so boleh nampak dengan jelas). Nah, memang dia ada berdiri kat situ. Rambut panjang sampai kaki beb! Kaedahnya malam tu tidoq bukak lampu sampai pagi lah hahhahha.

Selepas penampakan tu, saya selalu lah kena gangguan2 kecil. Biasanya terjadi bila saya sorang di rumah. Dia bukak pili shower, main bukak tutup lampu, ketuk2 tingkap. Saya hadap je, bacalah apa doa yang diingat dan tawakal kat Allah. Saya ni pulak jenis yang suka menyendiri, bukan sombong yer. Cuma lebih selesa buat hal sendiri. So, saya tak pernah cerita atau tanya pasal gangguan2 ni dengan housemate saya.

Bila hampir sebulan hidup saya tak diganggu dengan makhluk halus ni dan mimpi2 ngeri pun dah takde, saya rasa syukur sangat. Maybe Cik Ponti tu dah boring kut sakat saya. Pffftt! Akan tetapi bermula pula episode saya sakit. Mula2 demam panas. Dah baik demam batuk pulak. Sampai dah tak larat pegi klinik. Satu hari tu, saya kena senggugut yang sangat teruk. Period pun banyak. Sampai boyfriend saya (sekarang dia husband saya) terpaksa bawak saya ke ER sbb dah lemah sangat. So terpaksa la stay kat wad ER sampai sihat sikit baru doctor bagi balik.

Sebenarnya saya sendiri dah mula rasa pelik dengan keadaan diri saya. Dah hampir sebulan period taknak stop bleeding. Sampai boyfriend saya tegur muka saya pucat. Dia cadangkan saya balik kampung je, rehat kat rumah ayah. Sebelum ni saya ada balik kampung, tapi saya malas nak cerita kat mama saya takut dia risau. Saya lebih rapat dengan mama sebab ayah saya garang orangnya. So, saya nekad nak settle semua keje dan ambil cuti balik kampung.

Malangnya, belum sempat nak balik cuti di kampung sakit saya menyerang lagi. Masa tu dah pukul 11 malam. Saya dah siap2 baring nak tidur. Tiba2 saya turun darah banyak sangat, dah macam org gugur pulak. Habis katil lencun kena darah. Saya cuak dah. Cepat2 capai phone dan call boyfriend saya. Nasib baik rumah sewa boyfriend saya dekat je, dia terus datang ambil saya. Terus bawak saya balik rumah ayah saya di Kulim.

Sampai je rumah ayah, terus diorang bawak saya pegi ER sebab tengok saya dah pucat sangat. Saya rasa mengantuk sangat masa tu, mungkin darah dah keluar banyak. Saya sempat tengok mama nangis. Sedih la pulak. Bila sampai ER, kena la admit wad. Lepas 3 hari duduk wad, doktor bagi balik. Period pun dah stop. Dapat MC 5 hari.

So, saya rehat kat rumah ayah je. Boyfriend saya dah balik Penang dah. Lepas rindu kat phone jer lah. Ecehh! Ok, selama saya kat rumah ayah ni mimpi Cik Ponti tu datang balik. Kali ni sama jugak dia renung je saya dalam bilik tidur saya. Sampaikan saya confuse antara mimpi atau realiti. Boleh dikatakan tiap2 malam saya mimpi benda yang sama. Akhirnya, saya cerita jugak kat mama saya pasal gangguan2.

Peliknya, mama rilek je( mama saya ni kuat risau). Mama kata, takpa. Kita ikhtiar. Sehari selepas tu, mama kata nak bawak saya berubat dengan sorang ustaz ni. Kawan kelas mengaji mama yang bagitahu pasal ustaz tu.Dah kata nak berubat, saya ok je la. Pada hari nak pegi jumpa ustaz tu, saya rasa malas yang teramat sangat. Mama dah siap2 barang2 yang kena bawak. Bila mama suruh saya bersiap, saya kata takyah pegi lah. Merepek jer semua ni. Mama tetap pujuk saya baik2, tak berleter macam biasa ok! Akhirnya, dengan muka masam saya ikutkan je.

Rumah ustaz tu dekat je dalam 20min perjalanan naik kereta. Saya rasa macam lama sangat nak sampai, dengan panas dalam kereta walhal aircond sejuk je. Saya boleh pulak tengking mama, bawak kereta slow sangat. Mama diam je. Kami sampai rumah ustaz tu dalam keadaan saya bengang. Rasa menyampah semua ada. Rasa nak blah je( mungkin Cik Ponti tu tanak saya berubat kut). Pendekkan cerita, ustaz tu pun mula la berubat saya. Dia bagi salam & dia suruh saya jawab salam. Saya ikut je. Dia mula dari ubun2 kepala turun sampai kaki. Saya tak ingat ayat apa ustaz baca. Tapi bila dah selesai semua, ustaz suruh kami balik. Dia cakap jangan risau, dah takde.

Keesokan hari, baru mama cerita semua. Saya tak ingat pun saya tengking2 mama. Mama cakap, ustaz bagitahu ada makhluk aka Cik Ponti berkenan nak duduk dengan saya. Mula2 dia kacau dalam mimpi. Ustaz cakap kalau batin saya tak kuat, dia dah boleh masuk. Tapi batin saya kuat (tak tau macam mana boleh kuat), sebab tu dia buat bagi saya sakit dan takut. So, bila badan dah lemah senang la dia nak masuk. Ustaz pun ada pesan kat mama, saya akan buat perangai hodoh tak mau pegi berubat. Sebab tu la mama rilek jer. Baru saya tau, kesian mama kena tengking, sorry mama!

Itulah kisah saya yang tak seseram mana. Saya sekadar berkongsi cerita. Maaf ye kalau cerita ni panjang dan bosan. Sekian terima kasih.

13 comments

  1. Cik ponti tak memilih tapi mmg cik ponti kalau da suke dia akn follow selalu..

    Seyes.. mmg aku ada pngalamn y sikit lebey kurng mcm ni.. tp xseteruk ni..

    Cik ponti tu suke dtg time aku pregnant je.. tp dia xkacau.. duk sebelah.. pastu msuk dlm mimpi.. pastu mnghilang je mcm tu.. bile aku pregnant lg dia dtg lg.. huhu… mmg tkut giler…

    Time xpregnnt mmg dia lansng x visit aku.. aku xprnh nmpk muke dia msa dia mnjelma tu.. dlm mimpi mcm ada nmpk tp xingt sgt da..

    1. Mesti seri org pregnant ni lain sket kot…
      Tu yg asl pregnant die dtg…
      Lps bersalin die nk visit tp segan tu…
      Sbb xde bajet nk beli hadiah utk baby…
      Hehehehehe…

      1. Hahaha… xpn dia ingt nk jd mnantu saya kot.. kbetulan ank lelaki lak… btul la tu.. nk beli hadiah xde budget, segan nk visit

        *minta maap cik ponti klu kirenya mndengar… aku xdpt nk menantukn dikau, xsnggp aku.. mnta dijauhkan la.. manusia y prngai mcm cik ponti and sedara2nya pn aku xnk..

  2. sy pon penah kene .. hantu perempuan sama umur berkenan nak kawan .. sampai sakit xleh bangun .. lepas dah ok boleh nampak hantu pulak .. ajeee gileeee

      1. tak reti bercerita la kak yulie.. tp skrg dah kerap mimpi 3 kepala pontianak dtg kacau lepas tu bangun2 mesti pukul 3pagi .. nak kencing pon pikir 5000juta kali ..

      2. Umak aiii…
        TIGA KEPALA…?????
        Dik…
        Org mimpi satu kepala pn dh serem, inikan plak tiga…
        Uiisshhh…klu akk tu dh terjage jenuh tahan xmo td smle dh…
        Kakooottt…
        Seb beklah toilet dlm blk…
        Akk ni dhler sejam sekali carik toilet…
        Haruuuu wei klu nk kena pikir 5000juta kali tu…
        Huhuhuhuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *