Bigo Hunterz ke Labrador Park Singapura

Assalamualaikum semua pembaca FS. Salam perkenalan dari saya Z yang berasal dari kota Singapura. Sebelum itu, minta maaf sangat sangat kalau ada yang terkurang dalam kisah saya ini. Tidak ada kena mengena mahupun secara kebetulan. Biarlah perkenalan saya ini short and simple. Apa pun terima kasih sebab sudi menyiarkan cerita saya ini.

Siapa yang tidak tahu akan aplikasi Bigo Live, kan? Ternyata Bigo live adalah platform untuk kita semua berkenalan antara satu sama lain dan juga berkongsi pendapat. Tapi di Singapura, Bigo ini dianggap app paling PUAKA. kenapa puaka? Sebab sanggup bersengkang mata dari malam hingga ke pagi di dalam bigo untuk berbual bersama teman teman. Dari Bigo kisah saya bermula.

Dipendekkan cerita, saya (Z) tidaklah seactive dalam lelaman tersebut hinggalah teman saya, Ziq mengajak saya menurut serta dalam live dia. Dari Situlah bermulanya “Bigo Hunterz” kami adalah team paranormal pertama di Bigo. Siapa yang tidak suka akan cerita seram? Jadinya sudah beberapa kali juga kami ke merata singapura untuk ghost hunting tapi alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Jadinya dengan app Bigo ini , 2 daripada teman saya akan LIVE semasa kami ghost hunting. Dari situlah kami mula terkenal dengan adanya team paranormal seperti kami di BIGO. Dengan cara mereka LIVE, ianya akan diSHARE dan jumlah penonton yang menonton kami akan melonjak naik dengan cepat. Dari situlah orang mengenali kami “Bigo Hunterz”.

Jadinya,Bagaimana kami tahu mengenai tempat tempat angker di Singapura ? itu semua kita membuat kajian or simple said HOMEWORK. Selain dari cadangan teman teman ke tempat yang mereka cadangkan, kami juga google tempat tempat angker di singapura. Banyak lelaman yang mengesyorkan kami akan tempat tempat angker di Singapura.

Balik ke kisah……

Pada bulan Mei 2017, Ziq dan Min berserta teman yang lain bercadang untuk mengadakan Ghost hunting yang terakhir sebelum menjejak ke bulan ramadhan. Jadi kami sembilan orang berbincang ke tempat mana yang patut kita pergi. Setelah habis berbincang semua bersetuju untuk ke “Labrador park ” yang terletak berdekatan dengan Pulau Sentosa. Hari pun telah ditetapkan. Sembilan dari kami bersetuju untuk berjumpa pada malam jumaat seterusnya.

Hari yang dinantikan pun tiba, kami semua dikehendaki untuk berjumpa di parkir kereta Harbourfront pada malam tersebut.Setelah semua ahli berkumpul, semua diberi nasihat serta harus check barang barang yang harus dibawa seperti lampu suluh , lilin , air botol sebelum kami bertolak ke destinasi. Memadangkan hanya 2 wanita sahaja waktu itu , mereka perlu kepastian jikalau 2 wanita tersebut ada datang haid. Setelah semua sudah siap , kami pun bergerak ke destinasi. Tidaklah jauh mana dari Harbourfront hanya 5-10 min perjalanan. Jadinya kami ke sana dengan 2 buah kereta. Ahli yang ikut adalah ( saya pakai nama samaran)

Z( saya sendiri )
Nab
Syam
Ziq
Black
Min
Mir
Botak
Fad

Sampai sahaja di parkir kereta di labrador park , kami keluar dan berkumpul dahulu. Untuk pengetahuan semua Labrador Park ini memang terkenal di kalangan pemancing. Serta tempat untuk riadah. Tetapi disebalik Hutan Labrador park terletak la sebuah tempat penjajahan tentera jepun ataupun dikenali sebagai “bunker” yang sudah lama terbengkalai. Malah bangunanya masih lagi teguh hanya sudah usang . Banyak kisah seram tentang sepanjang Labrador park ini. Masuk sahaja di laluan utama labrador, terletak “rumah quarters yang sudah lama terbekalai” namun kawasan itu adalah kawasan larangan. Walaupun tempatnya , memang orang kata “tempting” untuk masuk.
Kenapa tempat itu kawasan larangan ? WALLAHUALAM. Saya kurang pasti. Tetapi apa yang saya ketahui ibu bapa saya pernah tinggal di quarters tersebut sebelum ianya harus dikosongkan. Khabarnya banyak cerita mistik dikalangan yang tinggal di sana.

Jadinya , setelah semua berkumpul kami pun mengeluarkan perkakas yang perlu dibawa masuk. “bunker” tersebut betul betul terletak di belakang parkir kereta .Hanya ditutupi oleh pokok pokok hutan. Untuk memasuk ke dalam nya, memang agak payah kerana tempat itu adalah kawasan larangan tetapi kami terjumpa laluan yang tercerut ke dalam kerana laluan utamanya pagar dikunci. Jadinya sebelum masuk , kami memastikan “line clear” jadinya kami pun panjat tangga yang amat tinggi untuk melintasi ke pagar hadapan kerana di pagar hadapan adalah laluan utama untuk masuk ke dalam. Dengan keadaan yang gelap , semua berjalan rapat untuk masuk ke dalam. Lampu suluh dibuka. Jalannya yang amat licin kerana dipenuhi dengan lumut kami berjalan masuk dengan berhati hati.

Sampai Sahaja di dalam , memang mengeri kan seperti ada mata yang memerhatikan kami. Kami pun recce di tempat tersebut . setelah puas recce kami pun mengambil keputusan untuk berpecah kepada 3 kumpulan. Untuk pengetahuan semua, bunker tersebut besar hingga ke hujung.

Kumpulan 1 : Bangunan number 1
Min
Mir
Botak

Kumpulan 2: tower
Nab
Black
Ziq

Kumpulan 3: Basement di hujung bunker
Z
Syam
Fad

Setelah semua berpecah. Satu ahli dari kumpulan masing masing akan LIVE Melalui Bigo cuma kami berada di lain kawasan. Bila saya tiba dihujung bunker , memang seram teramat kerana terdapat banyak lukisan iluminati. Tetapi walaupun saya berada di hujung bunker, memang boleh dengar air lautan yang memecah kesunyian disitu. Jadinya kami bertiga bertekad untuk duduk di tengah tengah basement di hujung bunker. Lampu Suluh dimatikan, lilin dinyalakan dan kami duduk secara bulatan. Kami dikehendaki duduk , hingga lilin habis. Walaupun mengambil masa yang lama , memang resah menunggu. Jadinya walaupun kami tiga kumpulan berpecah, kami tidk tahu menahu tentang apa yang berlaku.

Tengah menunggu , tidak tahu menahu kumpulan satu ni menyeru makhluk tersebut. Tiba tiba sahaja dengar betul orang pekik “ HADIR” . 2 jam menunggu memang letih , tiba tiba nampak kumpulan satu dengan lampu suluh berjalan ke arah tower dimana kumpulan 2 sedang berkumpul. Dengan tidak semena mena, mendapat panggilan dari Black .Menyuruh kami ke tower tersebut. Kami sudah dapat agak pasti ada sesuatu yang berlaku. Kami packup barang dan terus menuju ke tower. Sampai sahaja di sana , saya dengar Nab terpekik pekik. Dari tower tersebut ada jendela, jadi Black memberitahu kami bahawa Nab kerasukkan dan menyuruh kami untuk naik.

Saya serta syam dan fad bersetuju untuk naik. Nak naik ke atas tower memang risky , tangga yang dah berkarat lagi bergoyang memang kita daki tangga berhati hati. Sampai di atas , kami kena daki tangga lagi ke atap. Sesampai sahaja di atas, Nab sudah terbaring dipegang oleh mir dan min. Matanya bungkam. Suaranya garau minta dilepaskan apabila mir membacakan ayatul kursi di telinganya. Tenaganya sangat kuat hingga hampir meloloskan diri keluar. Sepantasnya kesemua lelaki, memegangnya kuat. Tinggalah saya seorang diri dibelakan. Tiba tiba min berkata

“Korang ada bakar kemenyan eh”? semua terdiam.

Selepas itu , terdapat bau yang sangat wangi. Saya pun diam tidak mahu berkata apa apa.

Tiba tiba , angin yang entah dari mana meniup ke arah tengkuk saya.
Dengan cepat saya memegang tengkuk , lalu berkata pada mereka semua.

“Guys , aku rasa tak sedap ni “ kesemua lelaki tidak mengendahkan saya.
Saya berkata lagi.

“Guys aku rasa tak sedap ni” mereka tidak pedulikan apa yang saya ungkapkan.
Entah kenapa saya pun berpaling ke arah jendela. Menatap terus ke arah pokok yang dihadapan.

Pada masa itu , nab sudah sedar hanya kelemahan. Saya pula seperti berada di alam lain. Dengan mata yang masih terus tengok ke arah pokok. Black tepuk saya dari belakang.

“Kau ok tak ?” katanya Black

Saya mengangguk kepala.

Masih terus di jendela. Ditepuknya sekali lagi

“Kau ok tak ?” tanya nya lagi.
Saya jawap dengan nada marah “ AKU OK LA” dengan mata yang merah.

Lalu saya berkata , AKU NAK KELUAR.
Saya pun mendaki turun tangga tanpa menghiraukan mereka semua. Bayangkan tangga itu tinggi , saya boleh lompat. Bukan sekali malah 2 kali . Sama juga dengan tangga yang berkarat malah bergoyang itu. Turun 3 anak tangga gitu , lepas itu saya lompat. Pada masa itu , syam mengekori saya dari belakang.

Dengan suasana yang gelap gelita itu , saya melintasi keluar macam itu sahaja. Jalan dengan Fast pace hingga syam tidak dapat mengikut rentak jalan saya. Dengan tidak memandang kiri kanan, saya jalan menonong keluar dari tempat tersebut. Sampai sahaja di luar, saya terus duduk ditepi jalan dengan kepala tertunduk.

Dari situlah , saya terkena serpihan rasukkan dari Nab. Setelah semua keluar , mereka dapat agak saya kena rasuk. Cuba memanggil nama saya, saya hanya diam membatu. Hanya tertunduk sambil menangis. Kenapa saya menangis ? saya pun tidak tahu. Memang degil betul hingga tidak mahu keluar dari badan saya kerana mereka yang menyerunya. Saya marah hingga berteriak tidak mahu keluar.

Min dengan Mir berentap dengan saya. Hingga tengkuk saya dicengkam kuat kerana makhluk tersebut duduk atau berada di tengkuk saya. Akibat cengkaman itu, memang tenaga saya luar biasa. Saya mampu menolak dan menepis tenaga seorang lelaki. Sakit sangat dan berat sangat tengkuk saya .hingga saya mampu untuk tertunduk sahaja. Entah darimana datangnya darah dari telinga saya hingga sekarang tertanya tanya. Hampir sejam mereka semua berentap dengan saya, akhirnya saya tewas. Mereka berjaya mengeluarkan makhluk tersebut yang cuba berdamping dengan saya.

Setelah selesai, mereka dengan cepat memapah saya hingga dalam kereta untuk keluar segera dari tempat tersebut. Jadinya kami pun pergi ke kedai makan mamak berdekatan, tenangkan diri. Memang tika itu saya sangat lemah. Kami semua duduk disana hingga lepas subuh baru kami pulang. Sampai sahaja di rumah , bersihkan diri dan masuk ke bilik untuk rehat. Tetapi pemikiran saya masih tentang makhluk yang cuba berdamping dengan saya. Hingga tidur tidak lena. Pada waktu itu , saya memberitahu teman lelaki saya bahawa saya masih lagi resah serta ada yang memanggil saya kembali ke tempat tersebut.

Pada hari tersebut , saya kembali ke sana tetapi hanya berdua. Pada waktu itu memang dia marah sangat pada saya walaupun dia tahu saya memang minat tentang entiti. Kami tiba kembali tepat pada waktu maghrib. Kami jalan masuk ke labrador park berjalan kaki . sampai di pagar tersebut , saya berlari ingin masuk ke dalam tapi bernasib baik sebab dikejar dan ditahan oleh teman lelaki saya. Jikalau tidak, saya pun tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya.

Kami berdua pun duduk berdekatan sana , tapi kami berdua mengadap ke arah pagar tersebut. Memang saat itu , dengan jelas saya nampak orang melambai dari arah pagar tersebut dan memanggil saya untuk ke dalam. Dengan awalnya teman lelaki saya , sudah mengunci diri saya jadi saya tidak boleh bergerak ke sana. Entah apa yang dibuatnya , memang saat itu tengkuk saya masih sakit sangat. Rupanya , nasib saya cepat kalau tidak memang makhluk tersebut sudah sebati dengan jasad saya dan ingin berdamping. Dengan ilmu yang dia pelajari , alhamdulillah saya sembuh dan kembali ke alam nyata. Lepas dari apa yang berlaku , memang saya marah dengan teman yang menyeru makluk tersebut hingga membahayakan nyawa saya sendiri. Sejak dari itu saya tidak lagi, mengikut serta mereka. Dan saya sudah serik sangat.

Maaf jikalau jalan cerita kurang seram dan menarik. Saya hanya berkongsi pengalaman saya.

Terima kasih.

Z

15 thoughts on “Bigo Hunterz ke Labrador Park Singapura”

  1. dlu selalu lah tgk paranormal dekat bingo cm ade sekali tue lah nmpk mcm kak ponti tapi tak pasti lah salah tgk ke ape tapi nmpk mcm yee..

    Reply
  2. bila dah kena rasuk mcm tu kenapa nk dtg sana lagi? macam nak serah diri pulak..waktu maghrib lagi..better kalau jadi mcm ni terus jumpa org yg arif ustaz ke..

    Reply
  3. cerita bodo!!! puih!!! typical je cerita dengan cerita ghost hunting lain.admin sila tapis betol2 cerita nak publish.da sangap ke xde cerita sampai amik semua cerita bodo!!!!!

    Reply

Leave a Comment