Bila Nak Keluar?

Assalamualaikum, pertama kali aku ingin ucapkan terima kasih kepada admin.

Kisah ini digarap dari apa yang aku ingat dan cerita dari kawan-kawan dan dari family aku sendiri ketika aku “tidak sedar”. Sekadar ingin berkongsi. Mungkin kisah ini bukanlah kisah seram tapi bolehlah kita mengambil pedoman sedikit sebanyak dari apa yang berlaku. Aku bukanlah seorang penulis handalan tapi aku cuba untuk menulis sekadar yang termampu. Maaf kalau ada yang tak faham, tersilap, atau apa-apa je lah. Huhu.

Kisah ini berlaku 8-9 tahun yang lepas. Aku adalah seorang bekas pelajar universiti di Seri Iskandar, Perak. Seri Iskandar ada 2 je universiti, UTP or UiTM je. Mana-mana student universiti antara dua ni mesti akan tahu selepas baca kisah ni.

Kisah ni berlaku kepada diri aku sendiri pada zaman asasi aku. Tahun ni dalam 2008/2009. Aku stay kat blok Metana/Etana. Kalau korang nak tahu, dua blok ni bersambung and di tengah-tengahnya ada satu surau dan bilik fellow. Blok ni ade satu tingkat je. Ground floor and first floor. Aku stay kat ground floor. Satu bilik dua orang.

Malam tu aku nak tidur agak awal sampaikan kawan aku pun pelik. Sebab biasanya aku stay up buat keje atau tengok movie. Tapi malam tu dalam pukul 9 aku nak tidur dah.

“Aih, din, awal kau nak tidur malam ni” kawan aku tanya.

Aku tak endahkan dia. Terus ke katil. Tarik selimut pasang earphone.

Tidur.

Tidur.

Dan tidur.

Pukul 2.30 pagi, airmata aku tiba-tiba keluar dengan lajunya.

Aku menangis teresak-esak. Aku sampaikan gigit selimut aku tak nak bagi roommate aku mendengar esakan aku.

Kenapa aku menangis?

Serius aku cakap, aku tak tahu kenapa aku menangis. Tapi yang penting aku menangis seperti aku tak nak hidup dah. Terlalu sedih!!!

Aku sembamkan muka aku ke bantal. Menangis lagi.

Aku nak berhenti menangis tapi tak boleh!!!

Aku menangis teresak-esak. Tapi tak tahu sebab apa.

Selepas setengah jam, baru air mata aku mula berhenti. Pukul 3 lebih masa tu.

Aku terus bangun, aku pergi tandas basuh muka, ambil wuduk semua. Then terus ke surau.
Seriously, sejak aku masuk and stay kat blok tu, aku tak pernah ke surau. Tapi pagi tu, aku tak tahu kenapa, tapi aku terus ke surau untuk solat.

Aku dah rasa tak sedap badan dah masa tu. Tapi aku masih sedar. Aku jalan naik ke tingkat atas. Senyap lain macam malam tu. Sunyi sangat. Aku terus masuk ke surau dan tunaikan solat sunat seorang diri.

Selesai saja aku habis tahiyat akhir, aku meraup muka. Entah kenapa aku terasa nak pandang ke arah pintu surau. Aku terkejut bila nampak satu kepala terjongok untuk tengok ke dalam surau. Rambutnya panjang sangat. Satu suara seram seperti berbisik dengan aku.

“Bila nak keluar…..?”

Aku pejam mata rapat. Angkat tangan dan doa.

Buka saja mata, tiada orang tiada kepala tiada apa pun kat pintu surau.

Suasana masih senyap.

Aku cepat-cepat lipat sejadah dan keluar dari surau tanpa menutup lampu. Bulu roma aku time tu meremang tak tahu nak cakap macam mana. Dalam fikiran aku, aku tak nak toleh belakang, aku nak sampai ke bilik aku je.

Sampai je bilik aku, cepat-cepat aku kunci pintu dan tarik selimut tutup muka.

Selepas itu aku tertidur kembali.

Pagi.

Kau pernah tak rasa bila kau tak dapat nak control badan diri kau sendiri? Itulah aku rasa bila aku bangun pagi tu. Aku rasa macam aku “tak sedar” lagi dari tidur. Aku bangun mandi sambil fikir apa aku buat semalam? Kenapa aku nak mandi ni? Kenapa aku kena gosok gigi ni? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

Badan aku lemah sangat. Tak bermaya. Lemah yang teramat dan blur sangat aku masa tu. Aku rasa masa tu aku dah dalam separa sedar dah tapi aku gagahkan juga nak ke kelas.
Aku naik motor ke kelas pagi tu macam kebiasaannya. Lecture pagi tu 2 jam sahaja. Biasalah, lepas habis lecture, kitorang akan tukar ke hall lain pula untuk lecture lain. Dari hall 2 ke hall 1. Seorang seorang bangun meninggalkan hall 2 menuju ke hall 1.

Aku tanya kat kawan aku.

“Dah korang ni nak pergi mana?”

“Laa…g hall lain la.”

“Dah kenapa kau nak pergi hall lain? Aku nak duduk kat sini.”

“Mengarut apa kau ni? Dahla, jom!” Dia berlalu.

Aku termangu saja kat situ. Sedar-sedar dah kosong senyap sunyi hall 2. Aku pun bangun dan jalan ke hall 1. Masih “tak sedar” dan tak bermaya.

Lepas habis je 2nd lecture. Kitorang ada lab session (guna komputer) pula. Tugasan kami hari tu untuk menyiapkan beberapa tutorial.

Masuk je lab tu, aku duduk di tepi kawan aku dan terus tenung komputer.

“Woi! Ko buat apa?”, Kawan aku menegur.

“Eh, tak de apa lah.” Aku menoleh dan menjawab dengan nada serius.

Aku menoleh kembali ke skrin komputer dan merenung kembali. Dalam dekat setengah jam juga rasanya aku merenung komputer tanpa berbuat apa-apa. Kawan aku dah jeling semacam dah kat aku. Aku pun berpaling kat kawan aku.

“Mir, tolong hantar aku balik bilik. Aku tak larat Mir, aku dah nak mati ni rasa”.

Kawan aku terus ajak aku balik. Aku tinggalkan motor aku di situ dan terus pulang naik motor kawan aku.

On the way nak pulang ke bilik tu;

“Makan dulu la Mir, lapar kan.”

Amir terus membelok ke kiri masuk ke kafe asrama kami. Kami ambil nasi masing-masing nak duduk di satu sudut. Aku ambil nasi campur dan teh tarik.

Bak kata Amir masa tu, aku duduk dan makan dengan gelojoh masa. Apa yang berlaku kat kafe ni aku tak sedar langsung. Kisah kat kafe diceritakan oleh Amir sendiri.

Kafe.

Amir ambil teh tarik dari tangan aku dan cuba untuk meminumnya.

“Weh! Panas gila weh! Macam mana kau minum ni!”

“…..”

Aku ambil balik teh tarik tu dan sekali sedut je habis. Amir terkejut yang aku mampu habiskan air tu dengan sekali teguk. Air yang baru mendidih tu kau minum, bayangkanlah sendiri. Tak terbakar ke mulut weh!!

Amir yang dah pelik dengan aku dari tadi dan terus call parents aku. Nak dijadikan cerita, parents aku memang ada kat Perak masa tu.

Mak aku datang terus. Mak aku masuk ke bilik aku.

Aku terkejut!!

“Woi!! Ko siapa?!” Aku tanya dengan nada yang kasar. Seriously, aku memang tak kenal dengan family aku sendiri!

“Adik ni dah kenapa?! Ni mama dan abah lah!”, Ayah aku menengking.

“…..” Aku tak memberikan respon. Hanya kembali bersila atas katil.

Mak dan ayah aku tarik ke kereta. Bawa aku ke klinik universiti. Sampai je kat klinik, aku terus dibawa masuk berjumpa dengan doktor.

Doktor buat checkup dan mengesahkan yang tidak ada apa-apa abnormalities pada aku.

“Cuba baca ayat Kursi”, Doktor suruh aku.

“Haa?? Apa tu?” Aku tanya.

“Hmm…”

Doktor suruh aku beberapa kali untuk baca ayat kursi. Ada dia bacakan dan suruh aku ikut bacaan dia. Namun, aku endahkan sahaja.

“Cuba sebut Allah” doktor terus mencuba.

“…..”

“Cuba sebut Allah”

“…….”

“”Allah” doktor tak putus asa.

“Ellahhhh”

“Allah”

“Ellahhhh”

Time tu aku still tak boleh nak sebut Allah dan baca ayat Kursi. Tapi aku paksakan mulut aku untuk sebut jugak Allah. Sebab tu jadi Ellah macam mulut senget sikit.

At last, doktor inform kat parents aku yang dia tak mampu buat apa-apa. Sebab memang aku sihat dan tak ada apa-apa abnormalities. Tapi Alhamdulillah, doktor faham sangat dengan keadaan aku.

“Macam ni lah, saya bagi MC seminggu, makcik pakcik cuba lah bawa dia berubat”

Mak dan ayah aku mengangguk sahaja lalu bergerak pergi.

Ayah aku heret aku keluar dari klinik. Aku hanya ikut berjalan sahaja. Tak tahu dibawa ke mana. Ikut saja.

Mak dan ayah aku ada bawa aku ke dua tiga tempat untuk berubat namun keadaan masih lagi tidak berubah. Aku tak ingat sangat time ni. Last sekali, ayah aku contact kawan dia, seorang ustaz yang boleh mengurut. Ayah bawa aku ke KL untuk jumpa ustaz tersebut.

“Teruk sangat dah ni”, Ayat pertama ustaz cakap bila jumpa.

Ustaz menyentuh dan terus mengurut aku satu badan. Aku punya menjerit tak ingat dunia. Sakit yang amat. Sampai ke tulang boleh rasa ustaz tu tekan. Macam nk putus urat ni. Part mata tu dia tekan macam nak terkeluar bijik mata weh. Part ibu jari kaki, ya Allah, dia tekan tu memang sakit gila!!!!!! Last sekali aku muntah yang banyak sangat lepas tekan ibu jari. Lepas saja aku muntah. Aku terduduk. Perasaan lega terus menerjah dalam tubuh aku sebab aku mampu mengawal balik badan aku. Aku sedar sepenuhnya. Aku hanya senyap menanti ustaz untuk menceritakan apa sebenarnya berlaku.

Ustaz bertanya pernah lalu atau main di kawasan pokok besar ke? Aku teringat a week before
that, kami ada adakan sukaneka between blok asrama. Antara 4 blok budak-budak asasi. Sukaneka tu diadakan di belakang Pentana (kalau tak silap aku nama pentane blok kt hujung sekali tu). Belakang blok tu ada macam padang kosong dan penuh dengan pokok-pokok besar. Kat situ jugak ada tasik.

Ustaz cakap mungkin kat situ la aku “tersembat” makhluk tersebut. Dia ikut aku cuba masuk dalam badan aku melalui saluran darah. Saluran darah aku tersumbat dan darah tak sepenuhnya sampai ke otak. Sebab itulah aku tak mampu mengawal badan aku sendiri. Ustaz cakap tahan sedikit sahaja lagi mungkin saluran darah aku akan pecah dan jadi lagi tak terkawal.

Itulah alkisahnya aku di tempat asing. Selepas peristiwa itu aku ada la dua tiga kali berlaku benda sama, Jadi “tak sedar”. Bila jumpa ustaz tu dan mengurut, keadaan dapat dipulihkan. Sehingga kini, Alhamdulillah, semuanya kembali ke sedia kala. Aku tak lagi menerima gangguan tersebut. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Moga kita dapat mengambil iktibar.

Tidak nampak tidak rasa bukan bermakna tidak wujud.

Assalamualaikum.

11 thoughts on “Bila Nak Keluar?”

    • dalam banyak2 ganguan dan penampakan yang sy alami , kes ni paling sy takut dan cuba hindarkan. ada sesetengah makhluk dia masuk tanpa di kesan. tau tau melekat. makhluk ni muka licin tak silap sy.. mcm virus. ngeeee~~

      Reply

Leave a Comment