Bilik i-102 – Kisah Di Sebuah Kolej Islam

Assalamualaikum kepada para pembaca Fiksyen Shasha, sebelum ni aku hanya silent reader kat page ni dan adakala ada juga kisah- kisah yang aku tak baca atas faktor kesibukan dan tiada masa. Terima kasih jika cerita ini disiarkan. Ini kali pertama aku bercerita disini memandangkan ada salah satu student buka cerita pasal “qaryah” kami di salah sebuah kolej universiti islam. Tapi berbeza dengan cerita aku kerana aku berada di blok dan bilik lain. Aku jadi trigger sikit sebenarnya bila nak ceritakan balik kisah ini. Mungkin ada yang seram dan mungkin ada yang tidak, maaf dipinta awal- awal.

Kisah 1
Sejak kecil aku memang dianugerahkan dapat melihat dan merasa kehadiran “benda” tu, tak terkecuali ketika kali pertama aku jejakkan kaki di peringkat asasi. Masa intake aku masuk tu bulan Ramadhan, kejadian jadi lepas raya. Okay banyak omong kosong. Sem 1, tak obvious lagi kehadiran dia tu. Dia hanya main-main bagasi beroda yang ada di bawah katil roomate aku, dan malam tu mereka yang dengar ialah mila, hikmah dan izzah kalau tak silap, selalu terasa seperti diangkat ke suatu tempat yang lain dan hari last paper final exam, aku turun balik bilik pukul 2 lebih sebab study dan aku seolah diperhatikan semasa tidur dengan keadaan kedua belah tangan aku dipegang erat oleh gigi-gigi yang tajam. Nasib baik tak effect kat paper exam aku.

Untuk pengetahuan, dalam bilik aku ketika itu hanya ada 4 orang daripada 4 katil double decker, tapi budak katil sebelah aku dapat tawaran ipg, jadi dia pindah dan tinggal aku sorang menghuni katil tu. Sementara bahagian hujung bilik ada 2 lagi roomate aku, Qis dan Izzah, dan dorang hangkut sekali kawan depa dari Aras 5, Karmila aka mila. Hikmah pula asal blok lain tapi kadangnya tidur kat bilik kami.

Kisah 2
Sem 1 dia tak menyerlah sangat, mungkin hanya nak bagi salam perkenalan pada kami. Namun sewaktu sem 2 yang paling aku rasa teruk dan kemuncak. Kemurungan aku jadi teruk juga disebabkan peristiwa itu. Malam pertama aku balik qaryah untuk Sem 2, macam biasa bilik kami gelap dan hanya ada sipi cahaya dari lampu luar qaryah. Kami statik pada katil kami semasa sem 1, malam tu aku sorang je kene. Aku terjaga dan terasa sangat yang ada seseorang belakang katil aku, aku jadi kaku, aku kuatkan diri bangun juga dan tengok sekeliling.

Aku pun duduk je atas katil dalam keadaan gelap tu, katil sebelah dan bahagian atas memang kosong, takde orang. Hati aku malam tu rasa tak sedap, aku whatsapp kawan-kawan tapi mereka tak percaya dan cakap itu hanya perasaan aku dalam masa yang sama aku rasa setiap perbualan aku di whatsapp diperhatikan sebab aku dapat rasa ada rambut-rambut yang berterbangan dari atas katil kene kat kepala aku seolah-olah dia tengah duduk kat katil atas.(katil atas takde orang jadi katil tu dilipat jadi separuh supaya senang kene kipas kat katil bawah).

Aku pasang audio surah Yasin dan cuba untuk tidur tapi tak jalan. Rasa lagi diganggu, akhirnya aku dah rasa tak tahan sangat, aku bangun jugak dari katil dan aku nyalakan semua lampu dalam bilik tu sampai roomate aku terjaga. Aku dah macam nak nangis jerit sume ada tapi aku diam jugak dan tak cerita pada sesiapa. Lepas je azan subuh berkumandang, akhirnya baru lah aku dapat tidur lena.

Kisah 3
Cerita tak habis sampai situ je, aku jenis yang selalu “ditinggalkan” dalam bilik seorang diri sebab roomate aku jenis suka keluar dan aku pula jenis suka duduk sorang² jadi aku tak kisah pon, masa sem 1 dan 2 memang tak berapa rapat lagi masa tu. Bilik tu kedudukan dia 2 katil double decker di sebelah kiri ,ditengah² ada 6 meja study dan sebelah kiri 2 katil double decker.

Apa yang aku cuba nak terangkan kat sini adalah, bila aku sorang dalam bilik, aku akan nampak dan dengar macam² bunyi dekat kawasan meja belajar dan katil belah mereka tapi bila aku pula tak ada misal kata balik hujung minggu ke, dorang tak balik dan stay kat hostel, tapi dorang pulak yang akan nampak atau dengar macam² bunyi belah kawasan aku, seolah macam nak melagakan kami.

Nampak permainannya disitu. Mereka pernah dengar bunyi orang menulis kat meja aku (aku balik rumah) , barang jatuh² tapi bila check takde ape pon yang jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi macam orang main pensel tekan. Aku pula pernah dengar dekat kawasan mereka, bunyi orang tengah berjalan, jalan mengengsot (seret kaki), bunyi barang² jatuh, dengar locker kene ketuk macam ada orang dalam locker dll. Hikmah juga pernah cerita pada kami yang dia pernah mimpi perempuan berpakaian putih lusuh dengan rambut menggerbang sedang mengengsot dan tersenyum ke arah dia !!! (Aku syak dia nak tunjuk rupa dia memandangkan aku selalu dengar bunyi mengengsot di bilik tu)

Kisah 4
Waktu ni keadaan gangguan dah teruk aku rasa, waktu tu ada akak ni cadang aku mandi air limau yang dibaca ayat² suci. Masa aku balik dari kedai, saat aku masuk bilik nak letak bungkusan limau nipis atas meja, aku ternampak lembaga hitam berbentuk manusia lompat turun dari katil roomate aku, waktu tu Tuhan je tau apa aku rasa. Dan hari² seterusnya kalau roomate aku balik dari kelas dan nampak aku tengah gosok baju dengan muka pucat dan pintu bilik terbuka, haa maksudnya aku baru lepas nampak benda tu. Aku jadi lemah semangat lama kelamaan, masa aku balik rumah pon aku kene ganggu, badan aku mula sakit² sampai badan aku jadi mengeras, mujur ayah aku pandai mengubat, dia rawat aku dan bagi aku bungkusan garam kasar dan kacang hijau, terasa ringan sikit badan aku.

Tapi kaedah tu tak bertahan lama, benda tu seolah kebal dan tak takut. Jalan terakhir, kami satu bilik sepakat panggil ustaz di kolej untuk minta bantuan. Ustaz bacakan ayat² suci dalam baldi berisi air dan renjis diseluruh bilik mengikut lawan arah jam, dan dia berpesan pada kami agar buat 2 hari sekali. Padan hari seterusnya, terasa rahmatNya datang apabila ada dua pelajar second intake menginap bilik tu, kebetulan yang tak dijangka, apa² pon kami tak ceritakan kisah ni pada mereka pada mulanya untuk elakkan mereka rasa takut. Gangguan mula berkurang dan tak ketara macam dulu. Mungkin sebab ramai orang.

Kisah 5
Aku janji ini kisah terakhir, hahahaha. Waktu ni sem akhir kami, sem 3 , kami pindah bilik baru iaitu i-103 , sebenarnya ada je kejadian yang lain tapi yang paling obvious, satu malam aku terjaga seolah² dikejut, apabila aku bukak je mata, aku nampak pocong tengah berdiri betul² depan aku, ketinggian lebih kurang tinggi sikit dari aku, wajahnya hitam terbakar dan mata agak merah, dia sedang memandang tepat arah aku dan akhir menghilang perlahan begitu sahaja. Aku sangka malam tu hanya aku saja yang nampak, rupanya Izzah pon nampak benda yang sama tapi kedudukan pocong itu arah lain. Lama-lama kami buka semua cerita pada roomate kami sejak kami sem 2, kami ceritakan setiap apa yang kami pernah alami dan ada yang macam terkedu, terkejut, tak berani dengar… Tapi dalam banyak² roomate aku, Qis yang aku rasa tak pernah nampak atau dengar apa², rileks je hahahaha.

Banyak lagi sebenarnya kisah kami tapi aku cuma ceritakan sebahagian sebab aku rasa kalau ceritakan semua boleh jadi novel dah rasanya, hahahaha ! Apa pun masa sem 3 dengan bilik baru, ukhwah kami bertambah rapat dan terjalin erat dan akhiri sem akhir kami dengan seribu kenangan manis. Allah Maha Mengetahui. Terima kasih sebab sudi habiskan baca ?

Syika

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]

3 thoughts on “Bilik i-102 – Kisah Di Sebuah Kolej Islam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.