
Apabila dalam keadaan mengandung, banyak minuman dan makanan yang harus dipantangkan. Bukan tak boleh makan tapi takut memudaratkan kandungan.
Rami yang akan berhati-hati dan memilih makanan yang bekhasiat untuk menjaga kandungan dan juga kesihatan ibu.
Mungkin ramai dikalangan kita yang belum tahu mengenai keajaiban air kelapa untuk ibu yang mengandung. Tapi apakah ini benar atau sekadar mitos ?
Sebenarnya, ramai yang telah buat kajian mengenai kebaikkan dan khasiat air kelapa kepada ibu mengandung. Namun ada juga yang dikatakan mitos.
Berikut dikongsikan antara khasiat air kelapa kepada ibu mengandung yang perlu kita tahu.

Khasiat Air Kelapa Kepada Ibu Mengandung
1. Melancarkan Penyingkiran Air Kencing
Air kelapa mengandungi pelbagai sumber mineral seperti potassium dan magnesium yang membantu melancarkan penyingkiran air kencing.
ini dapat membantu ibu untuk membersihkan saluran usus dripada toksin di samping menghalang pembentukan batu karang atau jangkitan dan seterusnya mengurangkan risiko ketika bersalin.
2. Minuman Tenaga Semulajadi
Simptom mual, muntah atau cirit birit boleh menjadikan ibu mudah letih akibat dehidrasi.
Air kelapa mengandunigi sodium, kalsium, potassium dan fosforus sedikit sebanyak dan dapat mengimbangi pH tubuh serta tekanan darah.
Secara tidak langsung, ia juga membantu mengembalikan tenaga dan fungsi pada otot.

3. Melegakan Pedih Ulu Hati, Sembelit Dan Masalah Pencernaan
Air kelpa jug membantu ibun memerangi rasa pedih ulu hati, sembelit atau ketidakhadaman yang kerap berlaku akibat perubahan bormon dengan meneutalkn kandungan asid dalam perut.

4. Meningkatkan Imuniti
Kandungan vitamin, mineral serta antioksidan dalam air kelapa mampu meningkatkan kekuatan pertanhanan badan secara semulajadi.
Asid lurik yang terkandung di dalam air kelapa turut terbukti membunuh bakteria dan jangkitan seperti flu di samping mengekalkan bakteria baik.

5. Menyejukan Badan
Untuk pengetahuan yang belum mengalami, ibu mengandung selalu terasa panas dan tidak selesa sepanjang mengandung, ini ramai yang melalui.
dengan sifat sejuk yang dimiliki oleh air kelapa, ibu dapat berasa lebih segar dan mengawal rasa panas pada badan akibat perubahan hormon.

6.Mengekalkan Berat Badan Optimum
Air kelapa adalah rendah kalori dan juga lemak.
Air kelapa adalah minumam alternatif yang baikbagi menggantikan minuman yang manis kerana ia tidak mengandungi perasa atau pengawet tambahan. Kandungan gulanya juga rendah, selamat diminum dan tidak menyebabkan diabetes gestasi.
7. Bagus Untuk Air Ketuban
Menurut laman kesihatan Hello Doktor, meminum air kelapa membantu mengoptimumkan tahap air ketuban pada ibu mengandung.
Faktor ini secara tak langsung melancarkan isipadu darah ibu mengandung dan menyediakan persekitaran yang baik untuk bayi dalam kandungan.

Sebenarnya air kelapa bukan saja sekadar sedap dan menyegarkan malahan mempunyai banyak kelebihan. Dapatkan air kelapa yang segar bukan yang telah ditambah gula.
Jangan lupa dapatkan nasihatdoktor sekiranya anda menghadapi sebarang masalah kesihatan sepanjang kehamilan.
Kredit : Ohbulan