Adik Dan Teman Lelaki Disyaki Bunuh Abang Sendiri Direman 6 Hari

Remaja beusia 14 tahun dan teman lelaki, 15, direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh abangnya di Taman Glenview, Kamunting, Taiping Semalam.

Memetik sumber dari BH Online, pasangan itu ditahan di rumah masing-masing, semalam dan dibawa ke Makahmah Majistret Taping jam 8.30 pagi tadi.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail bagi membolehkan kedua-dua suspek disisat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Semalam, mayat abang mangsa yang berusia 16 tahun itu dilaporkan ditemui dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelanggan tangan , jam 12.18 tengah hari di belakang sebuah rumah kosong bersebelahan kediamannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping , Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua remaja terbabit mengaku membunuh mangsa.

Siasatan awal juga mendapati kejadian dipercayai berpuca akibat pergaduhan antara mangsa dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit suspek tertinggal di rumah mereka.

Difahamkan, mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarganya sebaik bedah siasat dijalankan dijabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selesai jam 10.30 mlam, semalam.

Menurut sumber forensik juga, kematian mangsa disebabkan pendarahan berlebihan akibat tikaman di leher.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *