
Penyanyi yang ternama di tanah air, Datuk Jamal Abdillah kehilangan adiknya, Ahmad Tihami atau lebih dikenali dengan panggilan Hamka yang meninggal dunia pada pukul 7. 20 petang selasa, lapor berita AWANI.
Menurut penyanyi terkemuka itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur nakibat sakit jantung.
Pemergian adiknya Hamka, kata Jamal Abdillah,merupakan berita yang amat mendukacitakan beliau sekeluarga, namun meraka semua redah dan terima bahawa itu semua ketentuan Allah.

“Allahyarham adik saya mendapat sakit jantung sejak beberapa bulan yang lalu dan dirawat di IJN sehinggalah keadaan nya kritikal sebelum meninggal dunia,” kata Jamal Abdillah kepada Astro AWANI.
Jenazah Allahyarham Hamka, ujarnya, akan dikebumikan di Kulim, Kedah, pada rabu hari ini.
Sehubungan dengan itu, Jamal memohon semua ahli keluarga atau kenalan adiknya agar dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Allahyarham adiknya yang juga anak keenam daripada tujuh adik beradik.
Sumber : Astro AWANI