"Mayat Abang Dibuang Ke Dalam Lombong. Kami Sekeluarga Takkan Maafkan Orang Yang Punya Angkara"

“Arwah Abang Dibuang Ke Dalam Lombong. Kami Sekeluarga Takkan Maafkan Orang Yang Punya Angkara”

"Mayat Abang Dibuang Ke Dalam Lombong. Kami Sekeluarga Takkan Maafkan Orang Yang Punya Angkara"

Terlebih dulu diucapkan, Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung dalam kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari.

Mangsa dikenali Muhammad Azizul Roslan, 24, berdasarkan pengecaman pakaian mangsa oleh ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pemeriksaan awal terhadap mayat didapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa ke lokasi kejadin untuk memancing,

“kita dapati joran yang digunakan mangsa sudah dipatahkan dan kawasan berkenaan terbuka serta tidak berpagar.

“Mangsa ditemui pada jarak empat meter dri kawasan tebing kolam berkenaan” katanya ketika dihubungi, hari.

Mohd Ali berkata, berdasarkan keterangan bapanya, mangsa keluar rumah pada jam 1.30 tengah hari semalm untuk memancing namun, tidak pulang.

“Jasad mangsa kemudian ditemui dekat semak dalam kolam berkenaan dengan kakinya kelihatan terapung,” katanya.

Jasad kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang mungkin dijalankan pagi esok.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan –

Sumber : HMETRO ONLINE

Adik Kepada Mangsa Menceritakan Segalnya

Sahirman Roslan adalah adik kepada mangsa Muhd Azizul Bin Roslan. Azizul Roslan ditemui mati di kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kantahan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari.

Sahirman memberitahu abangnya disamun ketika sedang memancing.

“Dia memancing seorang, yang jadikan kes samun sebab dompet handphone hilang. Dan barang pancing yang dimiliki bertaburan. Selipar jauh dari mayat yang menunjukkan dia bergelut. Joran patah. Nampak macam dia cuba pertahankan diri. Kemungkinan dia mati di darat, dan diorang letak di dalam air.”

Sekali lagi diucapkan salam takziah buat keluarga arwah. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Semoga pembunuh dapat ditangkap dengan segera.

Sumber : Sahirman Roslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *