Jangan mudah tertipu dan terperdaya dengan penampilan dan tingkah laku seseorang. Kadang yang nampak baik, itulah sebenarnya yang jahat.
Terbaru, seorang pengguna di Twitter berkongsi cerita seorang mak cik yang mencuri di kedai tempat dia bekerja di dalam KLCC.
Gadis ini meminta orang ramai untuk membantunya mencari mak cik ni.


Mula-mula wanita berkenaan terlepas, tapi mak cik ini dengan bijaknya kembali ke kedai sama pada keesokan harinya tanpa mengesyaki pekerja kedai itu sudah mula mengecam mukanya.


Tak nak terlepas untuk kali kedua, gadis ini cuba untuk mengekori gerak gerinya di dalam KLCC. Yang peliknya, mak cik terbabit buat kerja terkutuk ini sambil membawa nak.

Selepas kejar mengejar, pihak keselamatan akhirnya dtang dan ingin berbincang dengan makcik ini di dalam pejabat. Tiada rasa bersalah dan ketakutan, walaupun sudah di bawah berbincang, mak cik ini berjaya melarikan diri dan meninggalkan barang yang telah dicurinya.

Apa yang melucukan, barang yang dicuri terdiri daripada barang dapur seperti halia, daun sup, ekor lembu dan lain-lain. Macam bahan nak buat sup ekor saja.

Lepas sahaja berkongsi cerita, ada pengguna yang menceritakan bahaw mak cik yang sama juga pernah mencuri barang dlam kedai mereka di KLCC.

Ramai netizen bengang dengan perangai mak cik ini. Nampak elok berpakaian cantik, tetapi rupanya mencuri.

Semoga mak cik tu dapat ditangkap dan dibawahkan ke pengadilan dengan apa yang telah dia buat. Semoga mak cik ini juga berubah menjadi baik dan tidak melakukan perkara yang terkutuk.