SOLAT

Panduan Cara Solat Tarawih Bersendirian di Rumah Serta Niat dan Bacaan Doa

Bulan Ramadhan baru sahaja menjelma, antara ibadat pada bulan Ramadhan adalah solat tarawih. Solat tarawih dilakukan sebanyak 8 rakaat, ada juga melakukannya dengan 20 rakaat. Pada bulan Ramadhan solat tarawih dilakukan di masjid, terdapat juga solat tarawih yang dilakukan di rumah. Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan cara untuk solat tarawih bersendirian di rumah. Panduan ini penting kepada mereka yang tidak berkesampatan untuk hadir ke masjid. Sebagai contoh mereka yang berkerja shif malam, ataupun kepada wanita yang berada jauh dari masjid.

Panduan Solat Tarawih di Rumah Bersendirian

Berikut adalah cara untuk solat tarawih bersendirian di rumah.

  1. Niat solat tarawih.

” Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Alla taala.”

” Usolli sunnatattarawih rakataini lillahi taala”

2. Rakaat pertama baca Alfatihah dan surah, rukuk, sujud

3. Rakaat kedua juga baca Alfatiha dan surah,rukuk, sujud

4. Beri salam

Solat tarawih dilakukan sama seperti solat biasa. Cuma ianya dilaksanakan sama ada sebanyak 2,4,6,8,…20 rakaat. Ianya bergantung kepada masing-masing,

Doa Solat Tarawih

Selepas selesai menunaikan solat tarawih, baca doa pada setiap empaat rakaat.

Doa bolehlah dibaca mengikut bahasa yang anda fahami sendiri. Atau boleh membaca doa=doa yang anda ketahui.

Berikut doa yang boleh anda baca.

doa tarawih

Solat Witir Selepas Tarawih juga bolehlah dilaksanakan.

Semoga panduan ringkas ini membolehkan untuk anda menunaikan ibadat solat tarawih ini di rumah dengan sempurna. Semoga dengan artikel ini juga, tiada lagi alasan untuk kita meninggalkan solat tarawih. Ini kerana besar pahalanya solat tarawih di bulan ramadhan ini.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *