surat tidak hadir ke sekolah

Contoh Surat Kiriman Rasmi Format dan Template Mudah Terbaik

Surat kiriman rasmi merupakan satu jenis surat yang digunakan untuk menyatakan urusan rasmi seperti tidak hadir ke sekolah  , urusan permohonan , menyatakan ketidak hadiran dan macam-macam lagi. Di sini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk menulis surat kiriman rasmi berserta contohnya.

Format Surat Kiriman Rasmi

Surat kiriman rasmi ditulis dengan format seperti berikut;

  1. Alamat anda sebagai pengirim
  2. Alamat penrima
  3. kata sapaan (tuan,puan)
  4. Perkara/ Subjek
  5. Isi
  6. kata penutup
  7. Nama dan tanda tangan

Kesemua ini haruslah ditulis di sebelah kanan.

Selain surat berbentuk aduan, surat rasmi juga digunakan untuk permohonan, ucapan tahniah, pemberitahuan dan banyak lagi bergantung kepada jenis urusan.

Di bawah adalah gambar format untuk anda memahaminya dengan mudah;

format rasmi

Contoh Surat Kiriman Rasmi Berserta

Di bawah ini adalah contoh surat kiriman rasmi;

Surat rasmi jenis aduan.

==============================

Ahmad Bin Abdullah,

Lorong 1, Taman Waja,

45300, Sabak Bernam,

Selangor

___________________________________________________________________

Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam

45300, Sabak Bernam,

Selangor.                                                                                             19 April 2019

Tuan,
Aduan Jalan Rosak di hadapan Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan rumah saya sebagai pengadu. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.

02.   Kerosakan ini berlaku pada minggu lepas, sehingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.

03. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.

Sekian, terima kasih.

Ahmad

___________

(Ahmad Bin Abdullah)

 

=======================================

Anda boleh menggunakan contoh dan tempate di atas ini untuk menulis surat kiriman rasmi anda sendiri.

Semoga dengan panduan ringkas ini dapat membantu anda menulis surat rasmi dengan mudah dan cepat.

Jom kongsikan contoh surat kiriman rasmi ini kepada rakan lain yang mungkin ingin tahu bagaimana cara menulis surat kiriman rasmi.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *