surat rayuan contoh mudah

Contoh Surat Rasmi Rayuan Mudah dan Ringkas

Surat rayuan adalah surat yang ditulis untuk membuat rayuan berkenaan sesuatu perkara. Ini termasuklah rayuan untuk memasuki matrikulasi, rayuan memasuki Universiti, rayuan biasiswa dan banyak lagi. Pada artikel ringkas ini, kami akan kongsikan contoh surat rayuan yang mudah dan senang untuk anda tulis. Surat rayuan ini sesuai untuk sega jenis rayuan. Anda cuma perlu menukar sahaja perkara ataupun subjek surat ini.

Format Surat Rayuan

Surat rayuan ditulis dalam format surat kiriman rasmi. Ini kerana urusan rayuan merupakan urusan rasmi yang perlu ditulis dalam format dan bahasa rasmi. Kami ada menulis mengenai surat kiriman rasmi sebelum ini.

Ikuti sahaja format yang kami nyatakan pada artikel berkenaan untuk menulis surat rayuan ini.

Apa yang penting di dalam surat rayuan adalah anda perlulah menyatakan sebab yang munasabah supaya permohonan dan rayuan anda diterima.

surat rayuan contoh mudah

Contoh Surat Rasmi Rayuan Mudah dan Terbaik

 

 

Azman Bin Yahya
No 9, Jalan Embun,
Sabak Bernam, 40000,
Selangor
_________________________________________________________________

Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor
Kampung Kathong,
42700, Banting,
Selangor                                                                       7 JULAI 2018

Tuan,

RAYUAN MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI SESI 2018/2019

Merujuk kepada perkara di atas, saya Azman Bin Yahya ingin membuat rayuan agar permohonan saya untuk memasuki Kolej Matrikulasi Selangor diterima masuk.

02. Saya membuat permohonan rayuan ini kerana kesemua permohonan saya untuk menyambung pelajar tidak berjaya walaupun saya mempunyai keputusan Sijil Pelaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

03. Di sini saya lampirkan keputusan SPM saya berserta dengan sijil-sijil kegiatan kokurikulum saya.

04. Saya berjanji akan memberikan sepenuh daya usaha saya untuk belajar jika rayuan saya ini diterima.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

_______________________
( AZMAN BIN YAHYA)

 

Selamat menulis surat rayuan

Kami mengucapkan selamat menulis surat rayuan. Semoga permohonan rayuan anda diterima dengan jayanya.

Yanet García showed flexibility for JBalvin and taught more boldebolin 30 recipes to burn fat- icyep – kalinga cabs

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *