ukcg

Contoh Soalan UKCG 2018 Format INSAK Temuduga dan jawapan

Sebelum layak untuk menjadi guru, pemohon yang membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) perlulah mengikuti ujian kelayakan calon guru (UKCG) ataupun dipanggil sebagai ujian INSAK guru. Pada artikel kali ini, kami kongsikan artikel mengenai contoh dan format soalan UKCG 2018.

Tarikh UKCG 2018 dilaksanakan

Semakan panggilan UKCG 2018 boleh dilakukan pada 4 April hingga 17 April 2018. Semua calon boleh tahu bilakah dan di mana ujian kelayakan calon guru ini dilaksanakan.

Format Soalan UKCG 2018

Berikut merupakan format soalan peperiksaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018.

Soalan terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

  1. Ujian bertulis
  2. Ujian kecergasan fizikal.

Ujian Bertulis UKCG 2018

Ujian bertulis UKCG terbahagi kepada bahagian A dan bahagian B.

Soalan bahagian A dan bahagian b perlu dijawab dalam masa 45 minit.

Ujian kecergasan fizikal 2018

Ujian kecergasan fizikal wajib dijalankan oleh semua calon perguruan. Manakala calon yang memilih opsyen Pendidikan Jasmani perlu menjalani ujian khas amali Pendidikan Jasmani. Sebelum ujian ini dijalankan, calon perlu menanda tangan surat persetujuan melakukan ujian kecergasan fizikal.

Ujian Amali yang terus dilakukan semasa temuduga juga meliputi calon yang memohon opsyen berikut;

  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab

Contoh Soalan Peperiksaan UKCG 2018 Ujian Kelayakan Calon Guru

Berikut adalah contoh soalan UKCG bertulis;

ukcg

 

Manakala format bagi ujian fizikal pula terbahagi kepada beberapa jenis ujian yang calon akan ketahui semasa menghadiri ujian tersebut kelak.

Ujian Kelayakan Calon Guru 2018

Adakah anda terpilih untuk menduduki UKCG pada tahun 2018? Jika ya, semoga contoh soalan UKCG 2018 ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan menduduki ujian ini.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *