Pertama sekali, semoga kita dijauhkan dengan perbuatan terkutuk ini. Amin
Pasti semua sudah tahu bahawa berkhawin dengan adik beradik itu adalah haram. Namun, di dunia serba kemodenan ini ramai yang berkahwin sumbang mahram yang mana kita tidak boleh menikah dengan seseorang itu di sebabkan dasar-dasar yang tertentu seperti ibu, adik beradik dan sebagainya.
Curang Dengan Isteri, Lelaki Nikah Adik Sendiri
Sumbang mahram dengan darah daging sendiri. itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di daerah Bulukumba Sulawesi, Selatan Indonesia.
Lelaki tersebut didakwa menikahi adik bongsunya sendiri yang sedang hamil empat bulan setelah mereka menjalinkan hubungan intim.

Perbuatan mereka terbongkar apabila isteri lelaki tersebut menonton video pernikahan berkenaan dan memperoleh dokumen sah pernikahan suami dan juga adik iparnya dari keluarga mentua.
Dengan tidak perlu memikir panjang, isterinya segera bertindak membuat laporan polis.
“Saya harapkan keadilan dan meminta hukuman berat dikenakan dan menangkapnya”, katanya.
Sementara itu, abang lelaki tersebut mahu tindakan tegas dikenakan kepada kedua-dua adiknya itu kerana perkara tersebut dilarang keras dalam agama.
Menurut beliau yang mempunyai tujuh adik beradik, lelaki itu adalah adik ketiga yang menikahi adik kandungnya yang paling bongsu.
Apabila nafsu mengusai fikiran, nilai moral dan agama diktepikan.
Sumber : Sinar Harian