Drama Selamat Malam Tan Sri

Drama Selamat Malam Tan Sri TV2

Drama Selamat Malam Tan Sri TV2

Drama Selamat Malam Tan Sri

Jangan lupa menyaksikan drama Selamat Malam Tan Sri yang bakal bersiaran pada 27 September 2018 menerusi siaran RTM TV2. Drama 26 Episod ini menampilkan ramai pelakon yang berbakat antaranya Dato Eizlan Yusof, Reen Rahim, Marisa Yasmin, Julia Zieglar dan ramai lagi. Drama Selamat Malam Tan Sri ini adalah arahan Raja Mukhriz raja Ahmad Kamaruddin di bawah terbitan IRIS Integreted Sdn Bhd.

 

TAJUK DRAMA : SELAMAT MALAM TAN SRI

JUMLAH EPISOD : 26 Episod

TARIKH TAYANGAN : 27 September 2018

WAKTU TAYANGAN : Rabu – khamis , 8:30 malam

SIARAN TV : RTM TV2

PENULIS SKRIP : Ahmad Saabun

PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

TERBITAN : IRIS Integrated Sdn Bhd

PELAKON :  Dato Eizlan Yusof, Reen Rahim, Marisa Yasmin, Julia Zieglar, Haliza Misbun, Idris Khas, Zain Alexander, Shakila Khoriri, Nikki Palikat, Sharifah Shahora, Mak Wan Latah, Haeriyanto Hassan, Farra Queen, Shukri, Hazlan Tamsir, Asang

 

WATAK PELAKON

 

  • Dato Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Rahman Shah
  • Reen Rahim sebagai Hanim Hanani
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Rosnita
  • Julia Ziegler sebagai netty Karmila
  • Haliza Misbun sebagai Datin Suhaila
  • Zain Alexender sebagai Hadi
  • Idris Khas sebagai Saiful Azam
  • Shakila Khoriri sebagai Mazwin
  • Nikki Palikat sebagai Puspa

 

SINOPSIS SELAMAT MALAM TAN SRI TV2

 

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri – Mengisahkan tentang seorang wartawan yang bernama Hanim Hanani yang ingin membongkar rahsia Tan Sri Rahman yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seakan tiada lagi hari esok. Dia seorang yang gigih berkerja, siang malam hanya tahu memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman pula telah jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.

keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. jika Itulah alasan dan tujuan, dia menafikan. dia bukan cemburu kemewahan,  bukan juga Kerana kasihan. malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun tidak dapat menafikan soal harta darjat dan prestage turut terdetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu hatinya mula terdetik terhadap Tan Sri .

Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri: Bukan satu malah dua.  Puan Sri Rosnita adalah isteri pertamanya yang mempunyai kedudukan harta dan ternama.  Begitu juga isteri keduanya Netty Karmila adalah bekas seorang ratu cantik yang digilai ramai.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti bahawa dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.

Setelah terjadi kekeliruan dan situasi yang tidak masuk akal tiba-tiba muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa saja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim Hanani menjadi keliru memikirkan siapa yang harus dia pilih. Dia ingin lari, pergi jauh tapi ke mana?

 

Nantikan drama Selamat Malam Tan Sri yang akan bersiaran di RTM TV2 pada 27 September 2018, Rabu-Khamis, 8:30 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *