Drama Sesegar Nailofar TV1

Drama Sesegar Nailofar TV1

Nantikan drama 13 episod berjudul “Sesegar Nailofar” yang akan bersiaran pada 23 Disember 2018 menerusi siaran slot Widuri RTM TV1. Drama Sesegar Nailofar menampilkan ramai pelakon yang berbakat antaranya Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman dan ramai lagi. Drama Sesegar Widuri adalah araham Amor Rizan dibawah terbitan NS Star Studio.

TAJUK DRAMA : SESEGAR NAILOFAR

JUMLAH EPISOD : 13 Episod

TARIKH TAYANGAN : 23 Disember 2018

WAKTU TAYANGAN : Jumaat hingga Ahad, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Widuri TV1 ( RTM )

PENULIS NOVEL : Zaid Akhtar

PENGARAH : Amor Rizan

TERBITAN : NS Star Studio

PELAKON : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Zarina Zainuddin, Naszeli Ngasri, Inas Sofea, Nelissa Edreena, Shahriza Mahmud, Leeza Zain

WATAK PELAKON

  • Erwin Dawson sebagai Iqbal
  • Hanna Aqeela sebagai Hazwani
  • Aishah Azman sebagai Salsabila
  • Kodi Rasheed sebagai Nazim

SINOPSIS DRAMA SESEGAR NAILOFAR TV1

Sinopsis Drama Sesegar Nailofar – Hubungan persahabatan antara Iqbal ( Erwin Dawson ) dan Salsabila ( Aishah Azman ) terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Salsabila kagum dengan kebijaksanaan Iqbal dalam pelajaran dan pada masa sama bertanggungjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa.

Ibu Salsabila, Shahera sewringkali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan sargoff. Dalam Diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dengan Nazim. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling Menyayangi.

Iqbal da Marisa terpaksa melanjutkan pelajaran di Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluarganya menyambung pelajaran dalam negara. Salsabila dan Iqbal telah berjanji akan setia dalam hubungan mereka.

Di Mesir Iqbal pula telah bertemu dengan Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Hubungan Ibal dan Hazwani pula mula menjadi rapat. Pada masa yang sama Iqbal seringkali mendapatkan email daripada seorang yang menggelarkan namanya Nailofar. Iqbal mula bertanya-tanya siapakah gerangan Nailofar tersebut.

Salsabila menggesa Iqbal untuk mempercepatkan usaha untuk meminangnya. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dengan Nizam kerana bimbangkan kesihatan ibunya yang mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki itu. Rombongan Iqbal untuk meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibu Salsabila walaupun ayah Salsabila telah merestui hubungan mereka berdua.

Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yanag panas baran dan Kasar.

Sementara itu pula Iqbal bertemu dengan Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.

Salsabila pula terkejut dengan gambar suaminya Nazim yang berlatar belakangkan logo kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dengan kumpulan penjenayah tersebut.

Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam dimukanya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dengan sikap Nazim yang sering memukulnya akhirnyta memberitahu perkara sebenar. Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.

Hazwani terkesan dengan kisah silam Salsabila dengan Iqbal yang menyebabkannya menjauhkan diri daripada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya untuk menyakinkan hazwani bahawa hubungan cinta dengan Iqbal telah lama berakhir.

Nazim didapati salah seorang kumpulan aggota kumpula Gagak Merah oleh pihak Polis dan tidak menghabiskan penggajiannya di England. Salsabila berasa tertipu dengan kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dengan tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila. Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya. Dia memukul Salsabila hingga menyebabkan isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim.

Kejadian itu membuka hati Hazwani untuk menerima kehadiran Salsabila dalam hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya?

Nantikan akan kesudahan drama Sesegar Nailofar yang akan bersiaran selama 13 episod pada 23 Disember 2018 menerusi siaran slot Widuri TV1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *