Nantikan drama 20 Episod berjudul “Setelah Cinta Itu Pergi” yang akan bersiaran pada januari 2019 menerusi siaran slot Samarinda TV3. Drama Setelah Cinta Itu Pergi menampilkan pelakon-pelakon yang berbakat antaranya Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Julia Farhana Marin dan ramai lagi. Drama Setelah Cinta Itu pergi adalah arahan Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd.
TAJUK DRAMA : SETELAH CINTA ITU PERGI
JUMLAH EPISOD : 20 Episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
SIARAN TV : Slot samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Ezdiani Abd Rahman
PENGARAH : Heykal Hanfah
TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Juliana Farhana Marin, Shah Jaszle, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Fizo Omar, Faye Kusairi, Oktovia Manrose, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi.
WATAK PELAKON
- Fahrin Ahmad sebagai Ikram
- Nina Iskandar sebagai Marina
- Julia Farhana Marin sebagai Insyirah
- Shah Jaszle sebagai Muiz Lukman
- Azrel Ismail sebagai Adam
SINOPSIS DRAMA SETELAH CINTA ITU PERGI
Perkahwinan yang telah dijalinkan oleh Ikram ( Fahrin Ahmad ) dan Marina ( Nina Iskandar ) membawa kebahagian dengan disulmi cinta yang sentiasa mekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan yang telah ditentukan. janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. kehadiran Insyirah ( Julia Farhana Marin ) dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.
Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan dengan kata dusta yang diberikan. Hati Marina remuk kala dia dipersalhkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta ikram, kesetian Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. hati itu makin parah saat lafaz terzahir di mulut sang suami.
Marina pergi membawa diri dengan hati yang luka. Disangka kasih berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.
Setelah Cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati nak memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan yang dilakukan Ikram terhadap Marina.\
Kerana tidak mahu Marina hidup dengan kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh terhadapnya. Namun cinta yang bertaktha di hati memang sukar untuk disingkarkan.
Hadirnya Adam ( Azrel ismail ) cuba untuk mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?
Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci kerana duka? Perlukah dia melupakan kebahagian yang pernah hadir di depan mata begitu saja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Marina setelah cinta itu pergi?
Jangan lupa saksikan drama Setelah Cinta Itu Pergi yang akan bersiaran pada Januari 2019 menerusi siaranslot Samarinda TV3.