juruaudit

Format Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 SPA

Pada artikel sebelum ini, kami ada menulis berkenaan contoh soalan peperiksaan jawatan Juruaudit W41 SPA. Artikel kali ini pula kami akan terangkan mengenai format soalan peperiksaan.

Format Juruaudit W41 SPA

Soalan peperiksaan juruaudit w41 terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu;

Bahagian A: Pengetahuan AM

Bahagian B: Kemahiran menyelesaikan masalah.

Pengetahuan Am

Jumlah soalan: 50 Soalan

Masa: 30 Minit

Pengetahuan Am adalah pengetahuan seseorang mengenai perkara-perkara umum yang tidak spesifik kepada sesuatu topik. Sebagai contoh topik kewarganegraan, nilai-nilai murni, moral dan integriti serta banyak lagi.

Pengetahuan Am ini sangat luas topiknya sehinggakan kita tidak akan menyangka soalan apakah yang akan ditanya.

Kemahiran Penyelesaian Masalah

Jumlah Soalan: 40 Soalan

Masa: 45 Minit

Bagi soalan menyelsaikan masalah, calon akan ditanya dengan memberikan satu masalah yang perlu diselesaikan. Ianya meliputi soalan matematik, sains, kemahiran hidup dan banyak lagi.

Kami mengucapkan selamat menjawab peperiksaan Juruaudit W41.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *