“harap Ada Jodoh Lagi” – Sekali Lagi Aliff Aziz Berharap Pada Bella Astillah…

Sebelum ini kita digemparkan dengan satu berita yang mana berkait dengan Aliff Aziz. Dikatakan beliau telah bersama dengan wanita lain.

Sekali lagi masalah yang berulang dimana Aliff Aziz telah diketahui bersama dengan wanita lain dan telah tular di media sosial.

Kesilapan besar seorang artis yang berlaku curang meskipun dahulunya telah diberikan peluang, kini masalah rumah tangga telah sampai ke tahap kritikal dan akhirnya terjadi penceraian.

Aliff Aziz berharap pada Bella Astillah…

Pernah memberikan bayangan dia ingin rujuk semula dengan Bella Astillah, kali ini penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menyatakan hasrat yang sama.

Aliff akui bekas isterinya itu Bella Astillah seorang wanita yang baik dan sudah banyak berkorban, tiada wanita lain yang mampu menandinginya. Sentiasa berada di sisi Aliff Aziz saat susah dan senang.

Kata Aliff, ketika itu dia tidak menghargai segala pengorbanan dan bersikap angkuh mengambil mudah soalperasaan bekas isterinya.

“Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya. Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini.

Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini. Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan.”

Aliff selalu berdoa semoga ada jodoh lagi dengan Bella, peluang kedua untuk mereka bersama semula.

“Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami”

Lumrah manusia, kita hanya akan menghargai setelah semuanya pergi. Masih tidak terlambat untuk Aliff berubah menjadi seorang insan yang lebik baik

Semoga ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Kepada Aliff dan Bella mohon terus bersabar dengan apa yang telah berlaku kerana itu satu ujian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *