Ini Jawapan Ernisha Apabila Netizen Persoalkan Sikap Biadapnya Di Rancangan Mentor

Ini Jawapan Ernisha Apabila Netizen Persoalkan Sikap Biadapnya Di Rancangan Mentor

Minggu lepas kecoh mengenai Dewi Remaja 2018/2019 melibatkan tiga bekas finalis mereka iaitu Haneesya Hanee yang telah ditarik balik gelaran juara dan dua lagi peserta iaitu Ernisha dan Fazreen yang tebabit dengan kontroversi berparti sakan di kelab malam. Ekoran itu juga Ernisha dan juga Fazreen dilarang sama sekali menggunakan gelaran finalis dewi remaja.

Ernisha Maafkan ‘Pengkhianat’

Selain Haneesya, di media sosial juga kecoh memperkatakan mengenai Ernisha kerana imejnya yang bertudung di Dewi Remaja namun hanya mengenakan pakaian yang tidak sepatutnya di kelab malam tersebut. Susulan dari Kontroversi itu, Ernisha telah memuat naik kenyataan maafnya di instagram miliknya dan mengaku bahawa kejadian itu merupakan kesilapannya sendiri. Malah dia turut memaafkan sesetengah pihak yang dianggapnya sebagai ‘pengkhianat’ ekoran dari video yang telah tular itu dpercayai kerana perbuatan ‘orang dalam’.

Natizen Persoalkan Sikap Biadap Ernisha Di Rancangan Mentor

Meskipun begitu, netizen turut mempersoalkan mengenai tingkah laku Ernisha yang di lihat seperti seorang yang biadap dan kurang ajar. Terdahulu, turut tular di media sosial mengenai rakaman salah satu episod pengenalan rancangan realiti Mentor dimana Ernisha turut mencuba nasib untuk menjadi protege kepada Datuk Syafinaz Selamat.

Namun rezeki tidak menyebelahinya kerana Ernisha dikatakan tidak mempunyai ciri-ciri yang diinginkan penyanyi itu sekaligus mencetuskan ketegangan diantara kedua-dua belah pihak. Kerana kontroversi kelab malam baru-baru, netizen turut mengungkit kembali mengenai ‘drama’ di ujibakat Mentor terdahulu.

Ernisha Akui Dibayar

Menafikan bahawa dia sememangnya bersikap sedemikian, menurut Ernisha dia telah dibayar pihak Mentor untuk mencetuskan ‘drama’ seperti yang diperlihatkan kepada penonton menerusi saluran TV3.

Kata Ernisha dalam ruang komen milik instagramnya,

” Biasalah Netizen taktahu pasal ini. Sbb kita dibayar for this. I setuju buat camtu sbb nak tahu kemampuan tahap i berlakon macam mana. Berani tak i buat watak macam tu. But still netizen akan rasa i rude af. Redha jela”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *