Seperti yang anda tahu, tajuk tugasan kerja kursus Geografi PT3 2018 adalah berkenaan guna tanah. Guna tanah di sini merujuk kepad aakitiviti yang mengubah dan meyesuaikan tanah untuk dijadikan tempat yang sesuai untuk aktiviti manusia. Di sini kami sediakan 10 jenis guna tanah yang boleh anda masukkan ke dalam kerja kurusu geografi anda.
Jenis-jenis guna tanah di kawasan Kajian Geografi
Berikut adalah 10 jenis kegiatan guna tanah yang terdapat di kawasan tertentu.
1. Guna Tanah kediaman
Kawasan kajian dijadikan tempat kediaman. Tempat kediaman di sini merujuk kepada kawasna perumahan. Tidak kiralah ianya jenis kediaman yang dibangunkan oleh kerajaan, swasta oleh pihak persendirian (individu).
Dari segi kawasan kediaman, terdapat 2 jenis tempat kediaman;
- Kawasan kediaman terancang: projek kerajaan, flat guru, kuarters bangunan kerajaan.
- Kawasan kediaman tidak terancang: rumah kampung, rumah yang dibina atas tanah sendiri.
2. Guna Tanah Perdagangan
Perdagangan merujuk kepada kegiatan jual beli di kawasan yang dibangunkan. Antara kegiatan perdagangan termasuklah kedai runcit, emproium ( shopping mall, supermarket) danjuga restoran.
3. Guna tanah untuk perindustrian
Perindustrian ini boleh dibahagikan kepada perindustrian terancang dan tidak terancang.
Perindustrian terancang: Selalunya industri yang ringan dan tidak menganggu kawasan kediaman. Ianya tidak mengeluarkan bunyi dan bauan yang menganggu.
Perindustrian tidak terancang pula adalah industri berant yang diletakkan jauh dari kawasna kediaman kerana ianya menghasilkan perkara yang akan menganggu seperti bunyi yang kuat dan bauan tidak menyenangkan.
4. Institusi dan kemudahan
Ini termasukalh institusi dalam pendidikkan sepetisekolah, kolej, tadika dan lain-lain. Manakala kemudahan pula seperti pejabat pos, bank, bangunan urusan kerajaan dan sebagainya. masjid, hospital, balai polis dan lain-lain.
5. kawasan lapang (reksreasi)
Terdapat juga guna tanah dijadikan tempat reksreasi seperti taman permainan, pusat sukan, kawasan joging dan lain-lain.
6. Pengangkutan dan komunikasi
Pengangkutan dan komunikasi juga antara perkara yang dilakukan dalam urusan guna tanah. Antaranya pembuatan jalan raya, lebuh raya, laluan keretapi , dan lain-lain. dari segi komunikasi pula contohnya pembuatan tiang telefon rangkaian untuk menguatkan ‘signal’.
7. pertanian
Antara guna tanah pertanian utama di Malaysia adalah penanaman kelapa sawit, getah, dan koko.
8. Peternakan dan akuakultur
Dibahagikan kepada peternakan haiwan darat dan air. Iaitu hawian darat seperti lembu, kambing, dan ayam. Makala air pula seperti ikan air tawar (keli,dll), ikan laut.
9. Hutan
Dijadikan hutan
10. Pantai
Dijadikan pantai. Sama ada pantai semulajadi dan pantai ditambak.
Semoga 10 senarai ini dapat membantu anda untuk menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2018 dengan mudah dan senang.