UCAPAN RAYA DAN PANTUN RAYA UNTUK KELUARGA DAN SHABAT HANDAI ANDA SEMUA

30 Koleksi Terbaik Ucapan dan Pantun Raya 2018

Selamat hari raya kami ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Setelah sebulan berpuasa, kita menyambut hari raya. jangan lupa ya untuk membayar zakat fitrah.Di zaman ini, ucapan hari raya tidak lagi diberikan melalui kad ucapan hari raya. Walaupun masih ada yang mengamalkan tapi tidak ramai. Kebanyakan orang sekarang telahpun berubah angin kepada ucapan melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan Instagram. Bahkan melalui SMS pun telah tidak ada.

Sudah pasti mencari idea sendiri untuk mengarang ucapan hari raya bukanlah senang. Maka, kami di sini telah mengumpulkan 30 koleksi terbaik ucapan dan juga pantun hari raya di tahun 2018 ini.

Ucapan-ucapan dan pantun ini bukanlah milik hak mutlak kami. Ianya merupakan hasil himpunan yang diperolehi dari sahabat handai dan juga melalui dunia internet.

UCAPAN RAYA DAN PANTUN RAYA UNTUK KELUARGA DAN SHABAT HANDAI ANDA SEMUA

Koleksi Terbaik Pantun dan Ucapan Raya 2018

Ini adalah beberapa koleksi terbaik pantun hari raya aidilfitri.

“Salam lebaran dengan penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita dan juga  terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma… Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Mohon halalkan segala jua pemberian seperti makan dan minum.. Moga Aidilfitri pada kali ini membawa lebih erti buat kita semua… Akhir kalam SELAMAT  AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN”
=======================================================================

“Indahnya Langit Kerana Awan,

Indahnya Lauta Kerana Kebiruan,

Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,

Indahnya Syawal kerana Kemaafan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”
=======================================================================
“Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam,
Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi,
Kuih Paling Keji = Taik Itik,
Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek,= Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka
Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk
Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang
Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam
Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet
Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih Orang tak madi = Bau-Lu
Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih Paling Lembap = Kuih Siput

Kuih Paling

 

=======================================================================
“Rumah Dihias Bagai Istana
Buat Persiapan Di Hari Raya
Jari Ku Susun Maaf Di Pinta
SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya
Selamat Hari  Lebaran Maaf Zahir & Batin”
=======================================================================
“Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya. Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA. Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA…*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati”
=======================================================================

“Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN 😉 ”
=======================================================================
“Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi”
=======================================================================

“Anak Jaws Main Gitar, Anak Sotong Main Tabla, Kad Raya Malas Nak Hantar, Send SMS Jer Sudahlah, Semoga Ingatan Tak Akan Pudar, Terimalah Ucapan Selamat hari Raya”
=======================================================================
“Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang.. Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga… SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN”
=======================================================================
“Gema Takbir Memuji Ilahi, Petanda Bermula Aidilfitri, SMS Dikirim Pengganti Diri, Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi, Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari, Mohon AMpun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN”
=======================================================================
“1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir bergema menggegar Jiwa, Sekiranya ada Salah & Dosa, Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia, Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin”
=======================================================================

“Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN 😉 ”
=======================================================================
“Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin ”
=======================================================================
“Bila Takbir Raya Bergema, Hari Kemenangan Umat Berpuasa, Genangan Air Mata Mengusik Jiwa, Sepuluh Jari Saya Hulurkan, Ampun Maaf Di Pinta, Selamat hari Raya”
=======================================================================
“Jika Jiwa Sebening Air, Maka Jangan Keruhkan. Jika Hati Seputih Awan, Jangan Mendungkan. Raih Kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri ”
=======================================================================

“Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin ”
=======================================================================
“Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita ”
=======================================================================
“Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan sianak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ”
=======================================================================

“Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”
=======================================================================
“Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan… SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN”
=======================================================================
“Cincin disarung hati berdebar, Jarinan lembut wajah terhias, Ramadan disambut penuh sabar, Aidilfitri disambut dengan meriah… SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ”
=======================================================================
“Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin”
=======================================================================

“Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin. ”
=======================================================================
“BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa! SeLaMaT HaRì RäYe. ”
=======================================================================
“Masak Lemang Sambil Berdiri, Hendak makan di Aidilfitri, Nak hantar Kad raya Posmen dah cuti, SMS sahaja dapat ku beri, Bukan Lupa Tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.. SELAMAT HARI RAYA AIDI£FITRI MAAF ZAHIR BATiN….”
=======================================================================
“Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin ”
=======================================================================
“Malam-malam lihat lampu jalan, tengok-tengok hantu raya, hati-hati diatas jalan, supaya selamat pulang beraya.Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin ”
=======================================================================
“Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi, Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah”
=======================================================================

“jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, sms ku kirimkan pengganti diri, tanda ingatan tak lupa dihati.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin”
=======================================================================
“bulan ramadhan bulan yang mulia, di sambut dengan hati yang gembira, kini syawal semakin menjelma,tangan ku hulurkan maaf dipinta… Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin”
=======================================================================
“Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan. Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.”
=======================================================================

“Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso…Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin”

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Moga ucapan ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara anda dan sahabat handai, keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh copy paste setiap ayat ucapan hari raya ini. Dan anda boleh hantar ucapan-ucapan ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang tersayang.