Kronologi dan Kenyataan polis berhubung kehilangan Siti Masitah

Malaysia dikejutkan dengan penemuan myat Siti Masitah dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Ikuti laporan berita yang dipetik dibawah .

Pekan – Myat kanak-kanak dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang snjata.

Ketua Jabatan Siasatan Jnayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, identiti myat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.

“Bedah siasat myat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kemtian.

“Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat,” katanya.

POLIS menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan myat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat Kuantan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mngsa.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas myat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada Ahad.

“Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Amran berkata identiti mayat dikatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita Kemboja yang tiada dokumen pengenalan diri mengenai kehilangan anaknya selepas kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 30 Januari lalu.

“Bagaimanapun, sama ada myat ditemui adalah sama dengan mngsa hilang belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dibuat,” katanya.

Amran berkata berdasarkan laporan ibu kanak-kanak itu, anaknya juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mti mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Media pada Ahad melaporkan penemuan myat itu yang difahamkan berada dalam keadaan tidak sempurna oleh orang kampung, di kawasan semak terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.

Sehubungan itu, seorang wanita daripada komuniti Kemboja di Pekan, mendakwa myat itu anak ketiganya daripada empat beradik yang dikenalinya berdasarkan pakaian pada mngsa. – BERNAMA

Kronologi kehilangan Siti Masitah

30 Januari 2018

– Dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir setelah meminta wang RM1 untuk ke kedai runcit ada jam 5 petang.

– Basikalnya ditemui lebih kurang dua kilometer dari rumahnya pada jam 10 malam oleh penduduk kampung.

– Usaha mencari Siti Masitah diteruskan penduduk kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit, iaitu di kawasan sama myatnya ditemui.

9 Februari 2018

– Myat mngsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

– Ketika ditemui myat mngsa dalam keadaan tertiarap dan tidak sempurna.

– Kepala juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mngsa tidak dijumpai.

– Myat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat esok.

‘Saya nampak tangannya diikat.. luluh hati saya’ – ibu murid kelas mengaji ini luah rasa sedih

Kehilangan Siti Masitah Ibrahim yang ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini membuka kejadian sebenar anak kecil ini dibunuh
kejam.

Penantian 11 hari berita kehilangan kanak-kanak ini akhirnya terjawab, malah ia dikejutkan dengan kejadian tragis apabila mangsa yang kerketurunan Kemboja ditemukan dalam keadaan tangan diiikat, tanpa seluar dan organ badannya dikeluarkan.

Malahan, kepalanya juga dikatakan terpisah daripada badan.

Penduduk kampung menunjukkan lokasi myat Siti Masitah ditemukan.

Myat kanak-kanak malang itu ditemukan penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu kira-kira jam 4 petang, sebelum melaporkannya kepada polis.

Ibu mngsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, dia dan suaminya Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan anaknya itu.

“Saya sendiri pergi melihat dia, betapa luluh hati saya apabila melihat keadaan Siti Masitah di lokasi kejadian. Saya nampak tangannya diikat.

“Saya cam baju yang dipakainya kerana baru seminggu saya beli baju itu untuk Siti Masitah,” kataya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medang Hilir di sini hari ini.

Katanya, walaupun kejadian ini amat berat untuk diterimanya, bagaimanapun dia bersyukur Siti Masitah akhirnya berjaya ditemui setelah 11 hari menanti tanpa sebarang berita.

Keadaan basikal Siti Masitah yang ditemui penduduk kampung pada jam 10 hari kehilangannya.

Siti Masitah tidak bersekolah biasa tetapi belajar mengaji di Surau Kampung Medang Hilir.

Menceritakan semula kejadian sebelum Siti Masitah hilang, anak ketiga daripada empat beradik tersebut meminta izin untuk keluar rumah dan meminta wang RM1 daripadanya.

Menurutnya, dia pada mulanya tidak mengesyaki anaknya akan hilang, namun mula risau apabila Siti Masitah tidak pulang selepas waktu Maghrib.

“Dia keluar rumah dalam jam 5 petang untuk ke kedai.. saya pada mulanya tidak perasan kerana tengah jahit baju tapi bila jam 6.30 saya mula risau dan suruh anak sulung saya cari.

“Selepas Maghrib, saya makin risau kerana anak sulung saya masih tak jumpa adiknya dan kami minta tolong orang kampung.

“Dalam jam 10 malam orang kampung jumpa basikalnya dan saya terus buat polis,” katanya.

Sumber : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *