i-suri

Cara Mendaftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah 2018

15 Ogos 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan notis mulai 15 Ogos 2018, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh mula dibuat, kepada yang layak untuk mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan datang ke mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Mereka yang boleh mendaftar adalah mereka yang berstatus suri rumah, balu, serta ibu tunggal yang pernah didaftarkan di dalam data Kemiskinan Nasional ataupun lebih dikenali sebagai prgram ekasih.

i-suri

Syarat mendapat Insentif i-suri RM40 dari kerajaan

Syarat yang perlu dipenuh oleh suri rumah supaya layak mendapat insentif adalah,  mereka perlu membuat caruman paling kurang RM5 setiap bulan ke dalam akaun KWSP dan juga bermumur di bawah 60 tahun.

Mengikut statistik, mereka yang layak terdiri daripada:

  • 221,890 suri rumah
  • 98,536 balu
  • 28,116 ibu tunggal

Ini bermakna, untuk memperolehi keistemewaan ini, anda perlu mendaftar dengan ekasih.

Maka, kunjungi segera cawangan KWSP terdekat. Atau hubungi;

 

03-8922 6000 atau rujuk website KWSP di www.kwsp.gov.my

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *