Penyanyi Terkenal Suntik DNA Ikan Salmon Untuk Terus Kekal Cantik…

Mengenai kecantikan, semua wanita menginginkan kecantikan pada diri mereka. Wanita yang inginkan kecantikan yang berlebihan sanggup berbelanjakan ratusan ringgit malahan sehingga ribuan ringgit.

Untuk jadi cantik juga, macam-macam orang sanggup nak buat. Kadang-kadang rawatan yang dilakukan itu macam tak berapa nak masuk akal pun ada jika difikirkan.

Baru-baru ini, seorang penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengakui dia melakukan rawatan suntikan DNA ikan salmon untuk terus kekal cantik.

Doktor yang merawatnya mendedahkan rawatan itu kini jadi pilihan ramai mereka yang ingin cantik terutamanya di Singapura dan Korea.

” Sebab itu kita lihat kulit muka mereka sangat bersih, cantik dan berkilau, ” kata doctor tersebut.

Krisdayanti yang sudah berusia 44 tahun itu disaranklan mengambil suntikan setahun sekali kerana kulitnya masih baik.

Suntikan DNA ikan salmon ini juga bertujuan untuk menghilangkan hiperpigmentasi, liang pori yang besar dan juga hilangkan kulit yang kusam.

Apa-apa pun sebelum nak buat, pastikan dapatkan nasihat doktor perubatan dahulu ya. Sebab takut benda jadi berbahaya kepada diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *